Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, April 30, 2012

Zizan (Raja Lawak) Dimasukkan Ke Hospital Akibat Keradangan Otot

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot. Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut. "Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. "Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami 'Acute Myositis' atau lebih dikenali dengan keradangan otot. "Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil," ujarnya. Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja. "Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih," katanya. Sementara itu, Marina berkata, Zizan menyampaikan salam terima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di Twitter dan Facebook yang mendoakan kesejahteraannya. "Dia berjanji akan kembali pulih dan amat terharu dengan sokongan para peminatnya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran yang tinggal tujuh atau 10 hari lagi. Manakala, keputusan untuk terlibat dalam program Super Spontan hanya akan diketahui selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital.

Thursday, April 26, 2012

Wawa Zainal Kini Setanding Lisa Surihani?

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2012: Perjalanan kerjaya lakonan pendatang baru, Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 20, semakin cerah selepas dia dilantik untuk menjadi duta baru Lipice menggantikan duta sebelum ini, Lisa Surihani.
Malah, pelakon yang baru sahaja kurang dua tahun mencerburi bidang lakonan, Wawa Zainal berasa hampir tidak percaya dengan kepercayaan yang diberikan untuk dia menjadi duta serta juru cakap untuk produk berkenaan. "Terus-terang saya sangat teruja serta gembira. Bagaikan tidak percaya pula, saya kini telah menjadi duta kepada jenama yang agak besar seperti Lipice. "Saya juga sangat bersyukur kerana dapat mengikut langkah pelakon idola saya iaitu Lisa Surihani untuk memegang title yang sama iaitu duta produk ini. "Saya rasa ini merupakan peluang yang sangat baik buat kerjaya saya sebagai pelakon untuk melangkah jauh serta lebih dikenali sama seperti Lisa Surihani sebelum ini," katanya selepas majlis yang mengumukannya sebagai duta baru Lipice. Pelakon Bunga-Bunga Cinta itu telah pun mengikat kontrak untuk menjadi duta Lipice selama dua tahun. Meskipun gembira dengan gelaran duta kepada produk berkenaan, namun dia memberitahu dia tidak mahu dirinya dibandingkan dengan Lisa Surihani yang sudah terkenal dan berjaya dalam bidang lakonan. "Saya masih terlalu hijau dalam indusrti hiburan ini untuk dibandingkan dengan Lisa yang memang sangat dikenali ramai. "Saya rasa sangat kerdil untuk dikatakan pengganti seperti Lisa iaitu pelakon yang saya hormati dan sanjungi. "Saya juga tidak merasakan yang Lisa akan tercabar dengan pemilihan saya sebagai duat baru Lipice kerana dia sudah berada dalam kedudukan yang selesa dalam indusrti ini," jelasnya merendah diri. Sementara itu, tambah Wawa yang juga anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu, peluang menjadi duta produk tersebut secara tidak langsung membuka laluan yang lebih mudah untuk bertapak dalam industri hiburan. Dalam perkembangan lain, Wawa Zainal yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama Shaheizy Sam kini sedang menjalani penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu. - Murai.com.my

Penyanyi Hattan dapat gelaran Datuk

PEKAN - Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011.
================================================================================================================= Tahniah bro....

Tuesday, April 24, 2012

Jimmy Shanley Nafi Sindir Ibu Mertua Dalam 'Tanah Kubur'

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley menolak tuduhan kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya yang juga usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis pada Jumaat lalu.
Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, itu berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana watak gigolo yang dilakonkannya itu mengikut skrip yang dihasilkan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd. “Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir. “Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain,” katanya kepada mStar Online, di sini, petang Selasa. Jimmy berkata demikian bagi mengulas dakwaan terbaru kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya apabila wujud watak Datin Iroh, seakan-akan singkatan nama pemilik produk kecantikan Natasya itu yang dilakonkan oleh Rozita Rohaizat. Ditanya mengenai dakwaan hubungannya dingin dengan keluarga mertua dan berkelakuan tidak manis apabila memanggil ibunya itu dengan nama Datin, bekas pengacara Trek Selebriti itu berkata dia tidak pernah mendengar tuduhan tersebut. “Saya jarang berkomunikasi dengan ibu mertua. Kami sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tiada apa pun yang keruh atau dingin berlaku antara kami. “Saya tidak mahu komen lebih, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan pada kehidupan sendiri sahaja,” katanya. Jimmy yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan memberitahu, selepas pelbagai kecelaruan timbul dalam kehidupannya, dia tidak mahu lagi untuk bercerita mengenai soal privasi. “Saya tidak mahu lagi untuk ulas apa-apa melainkan keadaan memerlukan untuk saya bercakap. Sebelum ini, sudah terlalu banyak hal peribadi dan rumah tangga saya diperkatakan. “Kini, saya mahu melangkah ke hadapan dan serahkan sahaja kepada pihak mahkamah bagi menentukan hal rumah tangga kerana mereka lebih arif,” katanya. Keputusan hak penjagaan ke atas anak perempuannya Zahrah Shanley hasil perkahwinan dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy akan diumumkan pada 30 April ini. Sebelum ini, Jimmy pernah memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010.

Saturday, April 21, 2012

Amir Raja Lawak Jawab Isu Sebagai Komentator

Assalamualaikum. Salam satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh (nak lebih sambung sendiri). Saya mulakan ucapan dengan ayat yang penuh bermakna iaitu I'm Sorry. Hai! Sudah tengok Super Spontan? Kalau sudah tengok baguslah. Kalau tak tengok lagi... Kenapa awak tidak tengok? Sibuk ker? Aarghh... lantak korang la, tapi jangan lupa tengok siaran ulangan tau! Sebenarnya.. abang errr... abang, abang eerr... (Eh rasa macam Abang Mamat Khalid la pulak) Straight to the point sajalah lah! Gembira saya pada hari ini kerana berpeluang untuk berkongsi dengan anda semua mengenai apa dan bagaimana boleh terjalinnya hubungan diri saya dengan rancangan terbaru iaitu Super Spontan di Astro Warna (saluran 132). Woi! (Trademark saya yang terbaru) Perasaan Menjadi Komentator Rasa macam terkejut dan tak percaya pula. Ingatkan dia orang saja nak main-main. Sebab dalam dua tiga hari sebelum itu, saya dapat tahu adanya rancangan baru. Saya ingatkan dia telefon saya untuk jadi peserta, rupa-rupanya jadi pengulas. Ketika itu bulan Mac, jadi saya ingatkan April Fool, rupa-rupanya March Fool! Swimming pool betol! (Cheeh, tiba-tiba je) Saya teragak-agak untuk terima. Sebab dia orang nak jawapan ketika itu juga. Banyak sangat ayat yang tiba-tiba masuk dalam kepala saya. Antaranya, saya jadi komentator untuk mengomen otai? Kena komen orang yang lebih berpengalaman dan dahsyat? Lagi pun saya baru setahun jagung dalam industri hiburan seni ini. Jadi sepantas penyu itu jugak saya dapat jawapan yang tiba-tiba masuk dalam kepala saya selaju Jet Apollo yang menuju ke planet Musytari. Saya berpendapat saya patut terima tawaran ini sebab ia sebagai satu penghargaan buat diri saya yang masih baby dalam industri ini! Manfaatkan Peluang Bagi saya, tugas saya sebagai komentator, bukanlah untuk komen sangat, ataupun untuk memandai, ataupun untuk lawan mereka tetapi lebih kepada hiburan. Lebih-lebih lagi, program ini berunsurkan komedi dan komen saya sebenarnya menjurus kepada penilaian saya terhadap peserta mewakili golongan remaja. Kalau anda semua perasan, pada minggu kedua, Harun Salim Bachik ada sebut yang tugas saya adalah bagi orang marah, bengkak dan sakit hati. Jadi kalau ada soalan saya yang membuatkan orang sakit hati, itu adalah kerana saya ikut kontrak dan peserta-peserta sendiri pun sudah sedia maklum bahawa tugas saya adalah seperti yang dinyatakan di atas. Jadi kepada penonton fanatik, jangan nak emosi sangat lah ya. Dah lama tak naik pentas Pada awalnya saya agak gementar untuk naik pentas. Sebab sudah setahun tak naik secara lintas langsung. Lagi pula kali ini saya naik tidak seperti yang sebelum-sebelum ini yang mana saya kena buat show. Tapi kali ni saya perlu memberikan komen dan ianya satu kelainan dan sesuatu yang janggal pada diri saya pada mulanya. Tapi Alhamdulillah, rakan-rakan komentator Boboyot & Boboi We telah berjaya membuka minda saya supaya berani untuk melontarkan komen yang lebih matang.
Kalau awak semua perasan, bila saya beri pendapat atau komen saya pada peserta, mereka akan balas balik apa yang saya cakap. Jadi itulah sebenarnya peserta-peserta yang terlibat dalam realiti TV nak buat bila kena komen. Tetapi sebelum ini, komentator atau juri dalam mana-mana program realiti, semuanya berpengaruh. Jadi diorang takut untuk lawan cakap. Tetapi Super Spontan telah berjaya membuat kelainan secara drastik iaitu meletakkan saya sebagai komentator, Ia juga membolehkan secara automatik peserta akan berasa selesa untuk jawab komen. Tahniah kepada Super Spontan! Di dalam Super Spontan, saya bukanlah untuk buat lawak tapi untuk beri komen saja. Kalau ada terselit lawak jenaka yang terkeluar dari diri saya, itu adalah bonus dari saya untuk anda semua. (Bonus sangat hihiiii :p) Suka saya di sini mengambil kesempatan (bukan ambik kesempatan 'yang itu'!) untuk mengucapkan zillion terima kasih kepada FINAS, Astro, produser, pengarah, kumpulan BOBOI, Kak Adibah, rakan-rakan peserta, yang mendoakan, yang support, peminat-peminat dan juga pemenat-pemenat (yang penat baca karangan saya) rakan-rakan media cetak & elektronik, kru-kru pentas, & kru-kru terlibat yang lain, audience yang hadir (audience yang sporting ajer tau) dan tidak lupa pengawal keselamatan yang jaga depan FINAS tu! Sekian dahulu buat masa ini, wabbilahi taufiq wal hidayah, jangan hisap fit, jangan buat jenayah. Wassalamu 'alaikum wa Rahmat ul-llahi wa Barakatuh! (Rasa macam nak raya dah! HAHA. Raya jangan lupa datang rumah! Kalau mereka yang nak kahwin tu jemput tau, jadi emcee!) - Murai ============================================================================================================== Aku rasa ok je Mir.. Memang ramai kutuk-kutuk ko tapi keberanian ko memang menjadi idola bagi orang2 kat luar sana.. Aku pun setuju la ayat ko bila kata peserta berani menjawab. Ye lah kalau otai yg komen mana diorang berani nak jawab.

Zarina sudah bergelar isteri kepada jejaka Indonesia?

8 Apr - Pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dikatakan telah bernikah secara senyap-senyap dengan jejaka dari seberang yang bernama, David Tamara. Perkara tersebut dapat dihidu oleh seorang peminat setia Zarina yang seringkali mengikuti perkembangan terbaru ratu kontroversi ini lapor beberapa blog hiburan tempatan. Kelihatan, Zarina yang berusia 24 tahun ini seringkali memutuskan kata-kata cinta kepada lelaki berkenaan di laman Twitter-nya. Zarina yang sebelum ini telah memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi telah menimbulkan tanda tanya terhadap status sebenar dirinya. Apabila ditanya mengenai spekulasi ini, Zarina tidak mahu memberikan sebarang komen dan memberitahu lebih suka mendiamkan diri daripada dihimpit pertanyaan mengenai kehidupan peribadinya. - Yahoo Entertainment ==================================================================== Betul ke?? Kalau betul, tahniahlah..

Anzalna Sudah Berani Terima Watak Penting

PETALING JAYA: Pelakon baru Anzalna Nasir berkata dia semakin berani untuk menerima tawaran bagi watak utama dalam drama televisyen dan filem selepas hampir setahun bergelar pelakon. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Nasir, 24, berkata kepercayaan penggiat industri dan rakan-rakan artis terhadap potensi bakatnya mengukuhkan kepercayaan untuknya menyahut cabaran itu.
“Saya mula berani untuk menerima tawaran bagi watak utama dalam drama dan filem pada tahun ini. “Sebelum ini, saya tidak yakin dan belum bersedia tetapi beberapa penerbit dan pengarah sering memberikan peluang itu,” akuinya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini. Bekas finalis pertandingan Dewi Remaja 2010 ini menambah, dia yang kini mula menerima tawaran watak utama dalam beberapa produksi drama dan filem melihat perkembangan itu sebagai satu platform yang baik untuk perkembangan kerjayanya. “Atas kepercayaan dan sokongan tersebut, saya perlu mencabar diri untuk menggalas watak utama dalam sesebuah drama atau filem yang ditawarkan. “Baru-baru ini, saya ditawarkan watak utama untuk drama Marhabah untuk TV3, Adam & Hawa (Astro) dan bakal terlibat dalam filem Dr K Kahwin Lima (KRU Studios),” katanya. Ketika ditanya mengenai publisiti yang berkurangan sejak kebelakangan ini, Anzalna berkata dia semakin aktif dihujani pelbagai tawaran dan tidak berkesempatan untuk berkongsi perkembangannya dengan pihak media. “Saya masih aktif berlakon. Memang saya akui agak menyepi kebelakangan ini kerana kesibukan saya di lokasi penggambaran. “Lagi pun, tiada apa yang panas atau sensasi untuk diperkatakan kerana tiada kontroversi mengenai saya pun,” katanya. - MStar

Thursday, April 19, 2012

Fara Asyikin jadi guru sepenuh masa



Penyanyi yang mula dikenali selepas memasuki pertandingan "Malaysian Idol" musim kedua, Farah Asyikin Zulkifli, kini bergelar guru sepenuh masa di Sekolah Antarabangsa Cempaka Damansara sejak 19 Mac yang lalu.
Farah yang mengajar subjek pentas dan drama untuk tahap sekolah rendah memberitahu selepas berhijrah, kehidupannya lebih teratur dan matlamat hidupnya lebih kearah bagi memberikan sesuatu kepada generasi muda. Dia juga amat gembira setelah bergelar pendidik sekarang.
"Saya pun tak sangka saya merupakan seorang pendidik. Alhamdullilah, selepas sebulan saya berasa lebih berkeyakinan untuk memberikan sesuatu yang kreatif kepada kanak-kanak di sini. Saya akan memikirkan sesuatu yang menyeronokkan ketika sesi pembelajaran agar mereka tidak bosan."
Walaupun kini dia bergelar pendidik sepenuh masa, dia masih tetap akan menyanyi malahan kini dia sibuk dalam menyiapkan lagu terbarunya "Berpisah Untuk Setia" yang dijangka akan diriliskan minggu hadapan.
Farah turut memberitahu jika ada yang mempertikaikan tentang penampilannya memakai tudung, ia tidak akan menjadi masalah baginya kerana dia sudah pun terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada ustaz.
"Saya takut juga nak buat lagu balik dan menyanyi, kerana ada setengah pihak memberitahu bahawa menyanyi ini haram, namun saya telah utarakan soalan ini kepada ustaz dan dia memberitahu tidak apa asalkan ada batas."
Farah Asyikin yang berusia 32 tahun ini turut memberitahu bahawa lagu ini menceritakan sepenuhnya kisah cintanya sebelum ini.
Lagu yang dicipta dari oleh Farah sendiri dirakamkan di Indonesia dan diterbitkan oleh Andrew Darmoko.
- Yahoo Entertainment
==============================================================================
Baguslah tu Farah.. Ada kerja tetap. Lagipun aku rasa Farah tak pergi jauh dalam bidang seni baik tumpu kat mengajar.

Bob Kuman perlukan bantuan tampung kos perubatannya

17 Apr – Terkedu seketika apabila membaca laporan eksklusif yang dilakukan wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidek mengenai keadaan kesihatan yang tidak sihat dialami oleh pelawak terkenal, Bob Kuman.
Kisah bermula apabila Bob terjatuh ketika sesi pengambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" sekitar tahun 2011. Ketika kejadian, Wahid Senario dan Lan Pet Pet ada menjadi saksi kejadian malang yang melanda diri Bob Kuman.
Dia yang memberitahu, "Dalam keadaan sakit, semput dan sukar bernafas ketika itu, saya gagahkan diri untuk pergi ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung. Selepas keluar dari hospital, saya diberitahu kos perubatan mencecah sehingga ke RM7,000, ketika itu tuhan sahaja yang tahu perasaan saya kerana produser drama tersebut langsung tidak mahu membantu. Itu yang membuatkan saya kecil hati. Mujurlah, ketika itu ada rezeki diterima untuk saya lunaskan hutang namun masih berbaki RM3,600."
Kesihatan Bob Kuman semakin merosot apabila kini dia terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen ditambah dengan pergerakannya yang terbatas sejak 8 April lalu kerana tidak mampu untuk bangun.
Ujar Bob lagi, dia amat memerlukan bantuan oksigen sendiri, namun tidak mampu untuk membelinya kerana kesempitan duit. Tambahnya lagi, setelah membayar kos perubatan semuanya, duit yang tinggal dalam akaun simpanannya berbaki RM36 sahaja.
Bagi mereka yang prihatin untuk menghulurkan bantuan boleh hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
- Yahoo Entertainment
==============================================================================
Kesian Bob.. Semoga ramai yang membantu.

Aida (Gadis Melayu) Tidak Anggap Penyakit Jantung Anak Sebagai Beban

PETALING JAYA: Bekas juara rancangan Gadis Melayu, Aida, 26, mengakui agak tertekan dengan masalah penyakit anak sulungnya, Aida Eirdeena Mohd Saiful Nizam, 10 bulan, yang mengalami Truncus Arteriosus Type 1 (jantung kongenital) sejak dilahirkan.

Aida atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali berkata, tekanan itu menjadi semakin kurang apabila dia menganggap perkara itu adalah ujian daripada Tuhan selain bersyukur anaknya semakin pulih sejak menjalani pembedahan pada tahun lalu.

"Tipulah kalau saya tak rasa sedih dan tertekan, namun saya tidak anggap pun penyakit Eirdeena sebagai satu bebanan. Sebaliknya, saya reda dengan ujian.

"Sepatutnya saya perlu lebih bersyukur sekurang-kurangnya Eirdeena ada potensi untuk sembuh jika nak dibandingkan dengan kes-kes kanak-kanak yang mempunyai penyakit yang tidak dapat diubati langsung.
"Saya dan suami (Mohd, Saiful Nizam Ismail) juga bersyukur kerana kami masih lagi mampu untuk menanggung kos perubatan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Aida, walaupun berjaya menjalani pembedahan tersebut, penyakit berkenaan tidak akan sembuh seratus peratus.

"Eirdeena mungkin akan dibedah pada masa akan datang bergantung kepada aliran darah ke paru-paru yang menggunakan tisu homograf semasa pembedahan sebelum ini.

"Apa-apa pun, saya akan memastikan dia diberi ubat mengikut masa yang ditetapkan dan saya mengambil langkah mencari maklumat mengenai penyakit anak saya ini, sekiranya berlaku apa-apa kepadanya. Saya dan suami juga mencuba kaedah perubatan tradisional," ujarnya.
- MStar
=====================================================================
Dugaan besar seorang ibu.. Insyallah akan dibantu OlehNya.. Sabar dan tawakkal..

Saturday, April 14, 2012

Natasha Hudson Sah Milik Carleed Khaza

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liyana Hudson, 30, sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah keluarga serta saudara mara kedua-dua belah pihak dan pihak media.

Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Natasha dan yang pertama buat Carleed.
- MStar

================================================================================
Tahniah Natasha.. Semoga kekal selamanya

Friday, April 13, 2012

Isu MyPR: Aaron Aziz Enggan Bergurau Dengan Wartawan Lagi


PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz akan lebih berhati-hati dengan pihak wartawan untuk memperkatakan sesuatu kerana bimbang gurauan yang dikeluarkan daripada mulutnya disalah tafsir dan disiarkan menerusi media.

Aaron berkata dia enggan mengulangi kesilapannya seperti yang berlaku pada Isnin lalu dimana kenyataannya berhubung dengan isu permohonan taraf pemastautin tetap (MyPR) telah disalah tafsirkan.

"Saya kesal apabila kata-kata gurau bersama seorang teman wartawan disalah anggap dan terus menjadi satu berita yang besar di akhbar pada keesokan harinya.

"Oleh itu, pengajaran untuk saya di masa akan datang ialah, jangan bergurau dengan wartawan, kerana ia mungkin akan menjadi satu isu yang serius nanti," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu berita gembira buat para peminat Aaron apabila pelakon kelahiran Singapura itu membuat kenyataan permohonan MyPR telah diluluskan dan ia akan diambil pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Aaron tampil membuat penjelasan dia belum mendapat sebarang kelulusan berkaitan MyPR lagi, namun, mengakui dia ada bercakap gurau seperti yang diperkatakan dengan seorang teman wartawan yang dikenalinya itu.

Kata Aaron, pada kejadian tersebut, dia dan temannya itu sedang rancak berbual mengenai kemenangannya sebagai Bintang paling popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011) selain isu kritikan daripada aktor Zed Zaidi yang tidak puas hati dengan kemenangannya itu dan hal tersebut mungkin membuatkan dia teruja untuk berbicara mengenai isu permohonan MyPR itu.

"Tak sangka selepas kemenangan yang diperoleh, dua kontroversi tercetus sekaligus. Dan ia merupakan cabaran yang paling berat perlu dilalui sepanjang saya bergelar pelakon.

"Malah isteri saya turut terkena tempiasnya apabila ramai yang bertanyakan tentang hal itu," katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Adam dan Hawa.
- MStar

Thursday, April 12, 2012

Nikita Mirzani mahu besarkan payudara

6 Apr –Walaupun sudah memiliki saiz payudara yang besar, Nikita Mirzani masih belum puas apabila dia meluahkan hasrat untuk membesarkan payudaranya.
Janda beranak satu ini memberitahu bahawa dia teringin untuk membesarkan kembali payudaranya setelah merasakan payudaranya masih biasa.
Pelakon filem "Nenek Gayung" yang berusia 26 tahun juga behasrat untuk memiliki payudara paling besar di Jakarta sekaligus mengalahkan semua artis wanita yang ada di Indonesia.
"Saya mahukan payudara paling besar dan mengalahkan semua artis yang memiliki payudara lebih mantap dari saya," Ujar Nikita yang ditemui di Mangga Dua, Jakarta tempoh hari.
Bekas kekasih kepada Indra Birowo menjelaskan bahawa alasan dia mahu membesarkan payudaranya adalah kerana merasakan lebih berkeyakinan dan anggun apabila bertemu orang ramai.
- Yahoo Entertainment

=====================================================================================
Tengoklah ni,..



Ceh.. Nak besar camne lagi ntah...

Wednesday, April 11, 2012

Sahkan Datuk K berkahwin, ganjaran RM100 ribu bakal diterima

10 Apr – Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.
Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.
Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.
Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara; Dato' Siti Nurhaliza.
"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut."
Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."
Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen televisyen swasta.
- Yahoo Entertainment
============================================================================
Banyak tu ganjaran. RM100 ribu tu.. Ada berani bagi lah bukti..

Tuesday, April 10, 2012

Maria Farida Sudah Serik Kongsi Kisah Cinta

PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida enggan mengulangi kesilapan dengan mendedahkan kisah cintanya kepada umum selepas laporan mengenai hubungannya dengan aktor kacak, Shahrizal Jaszle mendapat perhatian umum.

Maria, 42, berkata, dia serik untuk berbuat demikian kerana sebelum ini kisah cintanya mendapat liputan meluas selain pelbagai cerita negatif menjadi perbualan masyarakat.

"Saya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu seperti mana berlaku sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan atau bercinta bukan lagi untuk tatapan umum," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Maria, dia tidak mahu lagi mengenang semua kisah lalu yang pernah berlaku kepadanya dan terus optimis terhadap kehidupan dan kerjayanya sebagai pelakon.

Dia senang dengan kehidupannya kini di samping anak tunggalnya iaitu Mizan Ashley yang berusia 15 tahun.

"Semua kisah lama tidak perlu diingat kerana ia telah menjadi sejarah. Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan dan cuba memperbaiki diri untuk lebih berjaya," katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjayanya, Maria berkata dia lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang diterima bersesuaian dengan usianya.

Maria berkata, dia perlu berbuat demikian kerana tidak mahu membawa watak yang tidak sesuai dengan usianya selain ingin memberikan tumpuan kepada kehidupan peribadinya.

"Bukannya saya berlagak atau 'demand' tetapi usia saya kini mungkin tidak lagi sesuai untuk peranan wanita muda atau perempuan jahat.

"Jadi perlu lebih memilih supaya lakonan itu tidak nampak pelik dan dapat diterima oleh penonton," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Maria berkata dia juga mengehadkan projek yang diterimanya kerana bimbang gagal menyempurnakan amanah yang diberikan.

Ujar Maria, dia hanya mengambil satu tawaran setiap bulan dan melunaskannya sebelum menerima tawaran lain.

"Usia begini selalu penat dan tak dapat nak kejar semua benda dalam satu masa. Sebelum menimbulkan masalah lebih baik saya buat satu perkara itu mengikut kemampuan saya," katanya.

Lakonan terbaru Maria boleh ditonton menerusi drama bersiri berjudul Pesona Kasih di TV1 setiap hari Khamis pukul tiga petang.
-MStar
================================================================================
Takpe kak.. Diam-diam je. Tapi makin hari makin seksi plak akak Maria Farida ni.

Rita Rudaini Terima SMS Cerai Daripada Suami

KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.
- MStar
===================================================================================

Tak dapat restu dari ibubapa tu yg susah tu. Takpe Rita, tabahkan je la hati mu... Ada hikmah disebalinya..

Kesian anak diorang ni nanti..

Monday, April 9, 2012

Tasha Shila Lebih Selektif Memilih Watak Selepas Menang ABPBH




GENTING HIGHLANDS: Pelakon Tasha Shila akan lebih selektif dalam pemilihan watak selepas ini kerana tidak mahu para peminat dan penonton berasa bosan dengan kemunculannya di televisyen.

Tasha berkata, dia mengambil keputusan itu adalah kerana tidak mahu dilabel sebagai artis “stereotype” kerana sering tampil dengan watak sama.

"Bukan demand tetapi ingin mengelakkan orang berasa bosan sebab asyik bawa watak yang sama sahaja setiap masa. Tambahan pula, tahun ini saya memang berazam untuk mempelbagaikan lagi kebolehan berlakon supaya kehadiran saya dapat memberi kesan kepada penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha ditemui selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini pada malam Ahad.

Pelakon itu memenangi kategori Pelakon Wanita Baru Popular pada majlis tersebut.

Tambah Tasha, dia juga akan lebih memilih projek filem yang diterimanya kerana sebelum ini tiga filem lakonannya tidak memberikan impak kepada penonton.

"Ada beberapa tawaran filem pada tahun ini tetapi saya perlu lebih berhati-hati memilih kerana mahu watak itu memberikan impak kepada penonton dan bukan hanya diingati sebagai pelakon yang sering bawa watak 'gedik'," katanya.

Bagaimanapun, Tasha berkata, keputusannya itu tidak ada kena mengena dengan kemenangannya pada ABPBH 2011 sebaliknya merasakan perkara itu perlu dilakukan untuk memastikan kerjaya lakonannya stabil.

"Saya masih orang yang sama sebelum memenangi anugerah ini dan rasanya tiada sebab untuk berubah selepas memenangi anugerah ini.

"Kemenangan di ABPBH 2011 adalah sebagai satu tanggungjawab kepada saya untuk lebih serius terhadap apa yang saya lakukan dan yakin peminat sentiasa bersama saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia memasang angan-angan untuk melebarkan kerjaya seninya ke peringkat luar negara sebagai pelakon dan berharap cita-citanya itu akan tercapai suatu hari nanti.

Tasha berkata, dia perlu bekerja keras untuk merealisasikan impiannya itu kerana menyedari ia bukan satu perkara mudah.

"Semenjak bergelar pelakon telah banyak perkara yang saya lalui sama ada baik atau pun buruk demi mengejar sebuah kejayaan. Namun saya tidak pernah berputus asa.

"Atas dorongan itu juga saya yakin dapat mengejar impian saya dengan berkat doa keluarga, peminat dan usaha," katanya.

Sementara itu, Tasha memberitahu dia bakal muncul dengan beberapa buah drama dan telefilem seperti Landasan Cinta, Takdir Yang Terindah dan Friday I'm in Love.
- MStar
==================================================================================
Aik?? Baru menang artis terbaru popular je.. Bukan menang pelakon wanita terbaik kot sampai nak selektif tu..

Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz

PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.

Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.
- MStar


================================================================================
Alo alo ciannya, Zed Zaidi tak dapat calon. Tu yang meradang tu. Rilek lah. Harun Salim Bachik pun tak pernah menang pun . Rilek je.
Takpe tahun depan ko masuk, ramai2 undi ko..

Sunday, April 8, 2012

Bunohan Kutip RM720,000, Dain Said Puas Hati


KUALA LUMPUR: Walaupun hasil kutipan filem Bunohan hanya mendapat RM720,000, pengarahnya, Dain Said gembira dan berpuas hati kerana ia mencapai sasaran seperti yang diinginkan.

Dain berkata, walaupun angkanya dilihat kecil berbanding dengan filem-filem tempatan lain, ia sudah memadai kerana mengikut bilangan pawagam yang ditayangkan, hanya 40 salinan sahaja yang dibuat.

"Sebenarnya sasaran kami untuk kutipan filem di Malaysia hanyalah RM800,000 dan Alhamdulillah Bunohan hampir dengan sasaran tersebut.

"Dengan hanya 40 salinan filem untuk ditayangkan di pawagam, saya rasa ia satu pencapaian yang bagus berbanding filem-filem lain yang kebanyakannya membuat 70 salinan," katanya yang ditemui pada sesi dialog bersama Dain Said di Rumah Pena, di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, tambah Dain, filem itu sebenarnya masih lagi belum mempunyai angka kutipan secara menyeluruh lagi memandangkan Bunohan masih lagi ditayangkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand di bawah edaran Universal Pictures.

Dalam pada itu, Dain juga berharap agar Bunohan tidak dipandang rendah mengenai kutipannya tanpa mengkaji dahulu berapa jumlah pawagam yang ditayangkan, termasuklah di Astro First serta tayangannya di beberapa negara luar.

"Saya tahu, konsep filem artistik adalah satu perkara yang agak janggal buat masyarakat kita dan sebab itu pihak penerbit, Apparat Sdn Bhd, hanya membuat 40 buah salinan.

"Dan apabila ia mendapat respons yang positif, malah hampir mencapai sasaran jumlah penontonnya, ini bermaksud, Bunohan diterima masyarakat dan sedikit demi sedikit, filem berkonsep sebegini akan sebati dengan mereka di masa hadapan," ujarnya.

Bunohan telah ditayangkan pada 8 Mac lalu dan ia dibintangi oleh Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah.

Kos produksinya menelan belanja RM1.81 juta.

Sementara itu, pada sesi dialog tersebut, Dain berdiskusi mengenali cara penghasilan filemnya itu bersama dengan penggiat-penggiat filem serta golongan remaja yang meminati filem-filem tempatan.

"Diakui, saya rasa teruja dan terkejut melihat golongan muda ini ingin mengetahui tentang penyampaian cerita saya dalam Bunohan.

"Saya gembira mereka menghargai karya-karya saya," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Dain bakal menerbitkan sebuah filem Cina serta dan mengarahkan dua filem Melayu berkonsepkan aksi dan pembunuhan misteri.
- MStar
=============================================================================
Aku baru je lepas download dan tengok citer ni. Memang agak artistik dan susah nak faham..

Saturday, April 7, 2012

Natasha Hudson Nikah di Masjid Wilayah




KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2012: Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan Khalid Kamal,33 pada 15 April ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.

Tarikh dan lokasi pernikahan ini disahkan sendiri oleh pelakon filem Chermin itu menerusi kiriman pesanan ringkas yang dilayangkan sebagai undangan ke majlis bermakna berkenaan.

Sementara itu, laporan Berita Harian semalam turut mengesahkan, bahawa Natasha Hudson bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh berkenaan.

Menurut Natasha Hudson dalam akhbar perdana berkenaan, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup dan hanya mereka yang diundang, termasuk pihak media akan ke hari bersejarah itu.

Natasha Hudson telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Nessa Helena menerusi perkahwinannya sebelum ini.

Merupakan perkahwinan ketiga buatnya, perkahwinan pertama Natasha Hudson bersama seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin.

Manakala perkahwinan kedua Natasha Hudson bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.

Berita Natasha Hudson ingin mendirikan rumah tangga mula tersebar selepas dia pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.

Bakal suami Natasha merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri .
- Murai.com.my
====================================================================================
Harap-harap yang ni kekallah . Dah kali ketiga tu..

Natasha Hudson Nikah di Masjid Wilayah




KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2012: Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan Khalid Kamal,33 pada 15 April ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.

Tarikh dan lokasi pernikahan ini disahkan sendiri oleh pelakon filem Chermin itu menerusi kiriman pesanan ringkas yang dilayangkan sebagai undangan ke majlis bermakna berkenaan.

Sementara itu, laporan Berita Harian semalam turut mengesahkan, bahawa Natasha Hudson bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh berkenaan.

Menurut Natasha Hudson dalam akhbar perdana berkenaan, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup dan hanya mereka yang diundang, termasuk pihak media akan ke hari bersejarah itu.

Natasha Hudson telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Nessa Helena menerusi perkahwinannya sebelum ini.

Merupakan perkahwinan ketiga buatnya, perkahwinan pertama Natasha Hudson bersama seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin.

Manakala perkahwinan kedua Natasha Hudson bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.

Berita Natasha Hudson ingin mendirikan rumah tangga mula tersebar selepas dia pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.

Bakal suami Natasha merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri .
- Murai.com.my
====================================================================================
Harap-harap yang ni kekallah . Dah kali ketiga tu..

Jabatan Penerangan nafi, timbalan menteri sahkan

Jabatan Penerangan hari ini menafikan mengeluarkan arahan supaya televisyen dan radio menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan dan lelaki lembut berkuatkuasa serta merta kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)
Dalam status terbaru di Facebook, pentadbir laman itu berkata, status sebelum ini yang dianggap arahan hanya topik perbincangan Radio Bernama 24 , juga di laman sosial sama.
"Ia bukanlah satu arahan daripada mana-mana pihak.
"Kami meminta maaf jika terdapat kekeliruan akibat penyiaran status di FB kami semalam," status itu dipetik.
Semakan di laman Facebook radio tersebut mendapati, terdapat status yang sama, yang dikatakan arahan Jabatan Penerangan semalam.
Bagaimanapun, Radio Bernama 24 turut meminta pandangan pembaca sama ada tindakan itu relevan atau menafikan hakikat kehidupan semasa - perenggan yang tidak dimuatkan kembali Jabatan Penerangan dalam Facebook sebelum ini ( lihat foto atas ).
Kenyataan ini selari dengan kenyatan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim Datuk Seri Rais Yatim yang menafikan perkara itu.
Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan pengesahan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Maglin Dennis D'Cruz kepada The Star hanya kira-kira sejam selepas penafian Jabatan Penerangan.
Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.
- Yahoo Entertainment
=============================================================================
Ah.. Malas nak komen la.. Korang rajin komen la

Thursday, April 5, 2012

Lagu Julia Perez diharamkan



Uploaded with ImageShack.us


3 Apr – Lagu nyanyian penyanyi sensasi Julia Perez (Jupe) iaitu 'Belah Duren' dan 'Paling Suka 69' telah diharamkan untuk disiarkan oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Larangan tersebut dibuat kerana didapati lirik lagu tersebut mengandungi elemen berunsur lucah.
Menurut laporan yang dipetik dari detikHot, bukan sahaja lagu Jupe sahaja yang diharamkan, malah terdapat tiga buah lagu dangdut lain didapati liriknya mengandungi unsur lucah. Lagu tersebut adalah 'Cinta Satu Malam' nyanyian Melinda, 'Pengen Dibolongi' oleh Aan Annisha dan 'Mobil Bergoyang' dinyanyikan Lia MJ feat Asep Rumpi.
Perkara ini telah dijelaskan oleh Wakil Ketua Suruhanjaya, Ezki Suyanto kepada media di Hotel JW Marriot Surabaya pada Ahad lepas.
"Kelima- lima lagu tersebut dengan rasminya kita akan haramkan pada 2011 setelah mendalami dan memahami lirik dan judul lagunya," katanya.
Ezki mejelaskan bahawa pihaknya hanya melakukan pengharaman kepada judul lagu sahaja dan bukan kepada penyanyi yang menyanyi lagu itu.
"Yang kita haramkan hanya judul lagunya saja. Tapi kami akan memberi peringatan kepada stesen-stesen televisyen dan radio yang menayangkan agar lebih berhati-hati," tegasnya.
- Yahoo Entertainment
====================================================================================
Tajuk pun dah melampau. Memang patut la haram

IC sebenar Aaron Aziz

Lepas gempar dengan IC Aaron Aziz yang tipu sebelum ini, pelakon asal dari Singapura menunjukkan IC yang sebenar dalam radio Suria FM.. Harap-harap semua percaya dengan apa yang ditunjukkan.. Takkan nak suruh dia cari surat beranak pula..
Ni gambar bukti IC sebenar Aaron Aziz yang bernama Aaron Mustapha bin Aziz



Wednesday, April 4, 2012

Dira Abu Zahar Tidak Tertekan




Baru-baru ini, industri hiburan tanahair kecoh dengan kes yang melibatkan seorang pengacara sebuah program gosip popular, yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kelab hiburan awal bulan ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pengacara wanita yang juga merupakan pelakon itu didakwa menyepak muka mangsa beberapa kali dengan kasut tumit tingginya sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian mulut dan juga hidung mangsa.

Walaupun belum ada hitam putih atau kesahihan mengenai si pelaku tersebut, namun ramai yang sudah membuat spekulasi bahawa pengacara tersebut adalah Khaidhirah Abu Zahar atau Dira. Malah perkara ini dikuatkan lagi dengan laporan polis yang telah dibuat mangsa, seorang wanita Melayu berusia 29 tahun dengan menamakan Dira sebagai pelakunya.

Dalam beberapa akhbar tabloid tempatan yang dikeluarkan sebelum ini, bekas isteri kepada Ash Gabba Gabba ini telah menafikan perkara tersebut. Dira turut memberitahu sebuah blog hiburan popular bahawa dia tidak mempunyai masa untuk ke pusat-pusat hiburan apatah lagi mencetuskan pergaduhan. Malah, dalam laporan akhbar The Star, Dira memberitahu pada hari kejadian beliau pergi membeli-belah bersama dengan keluarganya.

GUA cuba menghubungi Dira bagi mengetahui sendiri kebenarannya, namun pelakon drama ‘Perempuan’ ini meminta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan.

“Saya tak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan langsung mengenai isu ini. Saya minta maaf sangat-sangat,” ujar Dira ringkas.

Tidak berpuas hati dengan jawapannya, GUA cuba bertanyakan lagi kepada Dira sama ada benarkah individu yang dimaksudkan itu adalah beliau dan Dira menjawab, “Saya tak boleh cakap ya atau tidak. Kita tak pasti benda itu betul atau tidak lagi. Saya memang tak boleh jawab atau komen apa-apapun kerana kes ini masih lagi dalam siasatan polis.”

Ditanya adakah beliau tertekan dengan isu ini, Dira memberitahu, “Saya menjalani kehidupan yang normal, saya tidak tertekan. Apa-apapun saya minta maaf sebab saya memang tak boleh nak komen banyak-banyak,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.
- Gua.com.my
==============================================================================
Rilek je. Apedehal.

Lima Wanita Permainkan Cinta Amir (Raja Lawak)


KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.

"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.

Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.

Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.

"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.

"Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.

Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.

"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.

"Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya.
- MStar
===========================================================================
Rilek Mir,.. Ko cari duit banyak-banyak nanti dah ada duit boleh beli kete Evo cam Zizan. Memang selamba badak 5 awek tu menangis menyesal ..

Usop Wilcha tinggalkan Hot FM?


Pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha mungkin akan meninggalkan stesen radio Hot FM walaupun kontraknya masih lagi berbaki selama setahun.

Dipetik daripada sebuah laman hiburan, pemilik nama sebenar Syed Mohd Asri mengakui sudah merasa tekanan menjadi seorang penyampai radio kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Ujarnya, banyak tawaran lakonan yang terpaksa ditolak kerana terikat dengan jadual radio yang telah ditetapkan.

"Apabila menjadi penyampai radio, banyak tawaran lakonan saya terpaksa tolak kerana jadual yang bertindih. Namun ada juga yang saya terima namun terpaksalah saya mengambil cuti selama 25 hari," jelasnya.

Tambahnya lagi, cuti selama 25 hari itu diambil untuk menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid, "Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh" yang dilakukan di Perak.

Sementara itu, Shy8 turut menafikan bahawa dia berasa terpinggir dengan penyampai radio yang lainsebaliknya, Shy8 menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengurusan stesen radio tersebut dan sekiranya perkara tersebut berlaku, ia merupakan keputusannya sendiri.

Effy buat tatu, abadikan nama kekasih sejenis

2 Apr – Effy atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah yang sebelum ini pernah membintangi filem kanak-kanak "Tentang Bulan", membuat pengakuan bercinta dengan kaum sejenis.
Menurut laporan yang dipetik daripada Rotikaya.com, satu sumber telah memberitahu bahawa pelakon kanak-kanak popular ini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pengkid yang dikenali sebagai Putt.
Rentetan dari kisah percintaan mereka sebelum ini, Effy bertindak mengabadikan nama kekasihnya dengan membuat tatu di bahagian pinggang.
Ketika hubungan percintaan mereka terjalin hampir setahun Effy seringkali menulis kata- kata cinta di dalam blog miliknya untuk tatapan umum.
Namun setelah mereka berpisah, Effy telah menutup akaun tersebut kerana kecewa.
Putt juga pernah mengugut akan menyebarkan gambar lucah Effy yang dimilikinya jika dia bertindak memburuk nama pengkid itu.
- Yahoo Entertainment


Uploaded with ImageShack.us
=================================================================================
Macam-macam hal la bebudak sekarang ni.. Ngan pengkid gak ko nak.. Bengong mu,,

Tuesday, April 3, 2012

Apex Berjaya Pikat Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2012: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui terpikat dengan sikap penjaga gol Negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas pertama kali berjumpa dan bekerjasama untuk produk haruman terbaru SimplySiti.

Malah, Siti Nurhaliza berkata Apex merupakan pilihan yang tepat untuk wangian jenis Pure kerana karisma dan auranya sebagai seorang ahli sukan.

“Sejak awal-awal lagi saya memang sudah target mahukan Apex untuk menjadi salah seorang model iklan haruman terbaru saya.

“Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkannya kerana dia seorang ahli ukan yang sangat sibuk. Namun saya gembira kerana akhirnya impian saya berjaya.

“Bagi saya Apex memenuhi ciri-ciri yang sesuai untuk wangian Pure kerana saya mencari lelaki yang aktif dan segar bagi meyakinkan pengguna wanita untuk membeli.

“Saya seronok dapat berkerjasaman dengan Apex. Pertama kali berjumpa dengannya dia seorang yang sangat sempoi, sangat kelakar dan comel.

“Namun, selepas bekerja dengannya saya dapati dia meletak komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya,” katanya selepas sidang media Majlis Hari Ibu di Hotel Dorset, Subang Jaya, semalam.

Selain Apex, Siti Nurhaliza turut mengundang dua tokoh lain untuk dijadikan model bagi dua harumannya yang lain iaitu SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda untuk haruman Memoir dan Pengarah Ibex Group, Adam Yahya sebagai ikon pengurusan korporat untuk haruman Precious.

Penyanyi Biarlah Rahsia ini berkata, meskipun haruman tersebut diilhamkan istimewa buat kaum wanita, namun cara pemasarannya kini berbeza kerana menggunakan model lelaki untuk memikat kaum berkenaan.

“Saya cuba lari dari kebiasaan kerana kali ini lelaki menjadi model untuk haruman wanita.

“Kita lihat sahaja nanti bagaimana penerimaannya selepas produk ini dilancarkan tidak lama lagi,” jelasnya dengan teruja.

Wangian eksklusif daripada pengasas produk SimplySiti ini bakal dilancarkan di pasaran sekitar April ini.

-Murai
============================================================================
Terpikat jangan lelebih plak,, Marah Datuk K nanti Datuk SIti.. Nanti dia cari Kak Ita nanti..


Ini gambar peminat tau.. Jangan buruk sangka ye.

Nadia Mustafar Disamun RM20,000



PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Isnin.

Akhbar tabloid Harian Metro pada Selasa melaporkan, dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, berada bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, dia yang terkejut dengan tindakan dua lelaki itu pantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong.

Namun, beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.

“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.

“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja,” katanya.
- MStar
=====================================================================================
Kesian.. banyak tu RM20,000. Kena hati-hatilah bila nak meniaga..

Monday, April 2, 2012

Safee Sali cerai isterinya talak satu




SHAH ALAM - Penyerang kebangsaan Safee Sali bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Bagaimanapun, Safee seolah-olah melarikan diri dari media mengenai penceraiannya dan hanya Sabarina membuat pengesahan itu kepada media.

Kelibat jutawan bola sepak itu, pada awalnya kelihatan di pintu lif mahkamah, namun beliau terus memasuki kereta bersama peguamnya, Ahmad Nazeb Johari.

“Alhamdulilah semuanya sudah selesai, saya harap tiada spekulasi lagi antara kami berdua,” kata Sabarina yang ditemani peguamnya, Ezura Nashuha Abdul Hadi.

Ezura Nashuha menjelaskan, anak guamnya bercerai dengan Safee secara baik, selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.

“Safee dan Sabarina bercerai secara baik. Dia melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie. Mohammad Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup,” katanya.

Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.

Beliau mewakili penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya menarik semula perintah itu untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Safee, 28, dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Safee kini meneruskan kariernya bersama kelab Pelita Jaya FC apabila memperoleh kontrak baru bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi.

Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai RM456,000 untuk tempoh setahun.
- SinarHarian
===============================================================================
Adoi tengah naik pulak rumah tangga bergolak. Harap-harap Safee jangan lupa diri dan teruskan perjuangan dalam bolasepak. Lepas ni mesti ramai haters bro..

Sunday, April 1, 2012

Pengacara pijak muka





KUALA LUMPUR: Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.

“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.


“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.
- HMetro
=========================================================================
Siapakah agaknya pengacara tu? Kalau ikut umur dan info cam **** tak berani nak sebut kang kena saman nanti..

Betul ke IC Aaron Aziz ni?

Kecoh kat media sosial bila ada yang tunjuk IC pelakon popular dari Singapura, Aaron Aziz. Betul ke ni IC dia?

--------------------------------------------------------------------------
Jawapan terbaru dari isteri Aaron Aziz -

Rentetan kekecohan dunia Internet apabila keluar kad pengenalan Singapura artis popular, Aaron Aziz yang menyatakan nama sebenar beliau ialah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha, Aaron Aziz membuat sidang media menjelaskan yang nama beliau ialah Aaron bukan Mat Haron.

Kata Aaron Aziz, “Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam. Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan. Menurut Aaron Aziz, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa. Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Berikut pula kata-kata isteri Aaron Aziz, Diana, “Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan. Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam. Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron Aziz daripada pasport miliknya.“
- Carigold Forum
----------------------------------------------------------------------------
Macam-macam hal la.. Nama pun boleh buat 'keyword'.. hahaha

Dilamar Pihak Luar Kerana YouTube, Shila Amzah Belum Bersedia





KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah berkata dia belum bersedia untuk mengembangkan kerjayanya di pentas antarabangsa walaupun ada menerima pelbagai tawaran daripada pihak luar yang tertarik dengan bakatnya menerusi pautan klip video nyanyiannya di laman YouTube.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata pautan pelbagai klip video tersebut sebaliknya bertujuan sebagai medan komunikasi dengan para peminatnya yang berada jauh dari Kuala Lumpur.

“Asalnya, saya memuat naik klip video-klip video itu adalah untuk berkomunikasi dengan para peminat. Saya dapat membaca dan menjawab respons mereka menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada laman tersebut.

“Tidak sangka pula, klip video nyanyian saya itu turut mendapat perhatian daripada wakil-wakil syarikat rakaman di luar negara yang menawarkan peluang untuk saya memulakan kerjaya di luar.

“Tetapi, pada waktu ini sejujurnya saya belum bersedia untuk mengembangkan kerjaya ke luar negara, selagi nama saya belum kukuh pada industri muzik sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Penulis lagu berusia 22 tahun itu berkata keutamaannya kini adalah untuk melebarkan potensi diri sebagai pengkarya muda menerusi muzik dan personalitinya.

“Peluang untuk menembusi pentas antarabangsa itu akan datang lagi pada masa akan datang jika memang sudah tertulis rezeki saya ke luar.

“Buat masa ini, biarlah saya mengukuhkan diri dan bakat yang ada, selain melonjakkan jenama saya pada khalayak yang lebih luas di Malaysia,” katanya yang pertama kali memuat naik klip video nyanyian lagu Patah Seribu pada Mei 2010.
-MStar
==========================================================================
Gempak gak dapat offer syarikat luar. Tapi kena hati-hati. Kang lain yang dirakamnya.

Pengakuan Zarina Anjoulie di Blik 7


PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.

Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.

"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.

"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.

"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.
Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.
- MStar

==================================================================================
Apa yang nak diciter oleh Zarina tu? Banyak citer kontroversi dia ni. Sebab kontroversi orang kenal, kalau tak sapa tak peduli.

Julia Perez takkan pakai tudung

JAKARTA: Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe, enggan mengenakan jilbab sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan seorang ustaz.

Khabar mengenai usaha ibunya, Sri Wulansih untuk mengahwinkan artis yang penuh sensasi itu dengan seorang ustaz tersebar sejak beberapa minggu lalu tetapi hingga kini, identiti ustaz itu tidak pernah diketahui.


Khabar angin itu mencetuskan tanggapan kononnya Jupe yang sering muncul seksi di khalayak ramai akan mengubah penampilannya, menjadi lebih sopan.

Malah, bekas kekasih Gaston Castano itu mengakui dia diminta ramai pihak untuk berpakaian sopan dan berjilbab.


Tetapi Jupe menolak permintaan itu dan menegaskan dia tidak akan berjilbab hanya kerana menjadi isteri ustaz.


“Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, dia enggan mengubah penampilannya. Katanya, Jika ustaz itu mencintainya, dia perlu menerimanya seadanya, termasuk cara penampilannya yang mendedahkan aurat. - Agensi
==============================================================================
Susah Ustaz tu kalau nak kawin ngan dia ni.. Tapi dah barai sapa nak tu??


Cari gambo Jupe ni kat google. Rasanya ni yang paling sopan kot.

Abby Abadi bertudung

Abby Abadi dah terus bertudung lepas menunaikan umrah baru-baru ni. Yelah, kalau sebelum ni bertudung hanya untuk Gerak Khas je tapi kali ni untuk seterusnya. Harap-harap berkekalan sampai ke akhir hayat. Jangan sekejap je Kak Abby ye..




Panas sengaja dicipta - Fouziah





CERITA pelakon tinggi lampai Fouziah Gous dilamun cinta sudah lama diketahui peminat, namun laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini mengenai hubungan cintanya dengan seorang duda yang bergelar 'Datuk Seri' menimbulkan banyak reaksi.

Laporan tersebut mendakwa Fouziah mengesahkan hubungannya dengan seseorang yang dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu menyatakan bahawa lelaki tersebut yang merupakan rakan niaga abangnya, melamar Fouziah melalui abangnya.

Fouziah yang popular menerusi drama Trilogi Cinta itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai 'Datuk Seri' kerana masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Dia turut mengaku bahawa dia baru sahaja berpeluang untuk keluar bersama dengan lelaki tersebut baru-baru ini.

Sensasi Bintang: Desas-desus mengatakan anda sedang dilamun cinta. Betulkah?

FOUZIAH: Kalau boleh saya tak nak komen lagi mengenai perkara ini. Saya kecewa dan sudah serik untuk memberi kenyataan mengenainya kerana ia telah dimanipulasi oleh portal hiburan terbabit.

Jawapan itu memberi gambaran hubungan Fouziah dengan Datuk Seri tersebut memang berasas. Bagaimana Fouziah mendakwa dimanipulasi?

Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan perkara ini. Sejak berita itu keluar ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan. Sebenarnya laporan itu adalah tidak benar. Memang wartawan berkenaan ada bertanyakan kepada saya mengenai status hubungan saya. Saya memberitahu dia bahawa saya sudah mengenali seseorang tetapi tidak menyatakan sama ada orang bergelar Datuk Seri atau tidak. Apabila artikel itu diterbitkan, lain pula jadinya.

Bagaimana laporan sedemikian boleh keluar sedangkan wartawan berkenaan mendapatkan kenyataan daripada Fouziah sendiri?

Saya pun terkejut tetapi saya telah mendapatkan penjelasan daripada wartawan terbabit. Dia ada meminta maaf atas artikel berkenaan. Dalam penjelasannya, dia memberitahu bahawa tulisannya telah ditokok tambah oleh pihak editor. Saya kasihan juga kepada penulis berkenaan kerana dia menjadi mangsa keadaan. Tetapi hubungan saya dengan wartawan berkenaan tiada masalah, lagipun saya sudah memaafkannya.

Jadi, apakah yang tidak benar daripada artikel berkenaan itu?

Dakwaan kononnya saya bercinta dengan Datuk Seri. Ayat itu tidak pernah keluar daripada mulut saya. Tajuk artikel berkenaan juga tidak benar. Ia telah ditambah dan jauh menyimpang daripada apa yang saya jelaskan ketika diwawancara. Memang saya membuat kenyataan itu tetapi tidak menyebut perkataan Datuk Seri.

Selepas berita itu diperbesarkan, timbul pula isu Twitter daripada akaun Fouziah yang berbaur ugutan kepada wartawan berkenaan. Kenapa hal itu berlaku?

Saya sebenarnya membalas tweet yang dihantar oleh wartawan berkenaan kepada saya. Sebenarnya tiada apa-apa niat pun kerana dia terlebih dahulu telah meminta maaf daripada saya.

Kenapa tweet tersebut pula menjadi isu?

Sebenarnya saya tidak sangka pun ia akan menjadi isu besar kerana saya tidak berniat untuk mengugut wartawan berkenaan, saya cuma bergurau dengannya. Tiba-tiba sebuah portal hiburan lain memperbesarkan isu tweet itu tanpa mendapatkan kenyataan daripada saya mahupun wartawan berkenaan. Saya sakit hati apabila pihak berkenaan tidak menghubungi saya untuk mendapatkan ulasan.

Ada apa-apa tindakan lain yang ingin dilakukan?

Saya tidak mahu perbesarkan isu ini. Saya tidak mahu komen lebih. Semuanya sudah selesai.
- Kosmo
==============================================================================
Aku ada baca gak tweet Fouziah Ghous tu. Hati-hati kak poziah oit bila nak menuit..

Artis baru sering diminta habuan seks

KUALA LUMPUR: Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.


Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.

“Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.


“Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh,” katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.


Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.

Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.


“Mereka juga diminta hantarkan sekali surat aduan atau bukti, jika ada. Kalau tak boleh hantar surat, e-mel saja ke presidenseniman@gmail.com atau dzed.resources@yahoo.com. Ia hanya untuk rekod dan sekurang-kurangnya ada hitam putih.

“Saya tahu ada artis malu dan takut untuk buka mulut. Namun, kes begini perlu didedahkan untuk kebaikan semua pihak, khususnya artis itu sendiri. Setiap kes boleh jadi pengajaran untuk orang lain yang mahu mencuba nasib sebagai artis,” katanya.


Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja menjejaskan nama baik industri hiburan pada mata masyarakat, malah turut merosakkan masa depan artis terbabit, lebih-lebih lagi jika individu itu memiliki gambar atau video lucah artis terbabit.


“Dunia hiburan kita bukan besar sangat. Pusing pusing, mereka akan bertemu kembali. Kadangkala jika artis itu bermasalah dengan mereka, diugut pula akan menyebarkan gambar atau video itu,” katanya.


Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini mengumpul bukti.


“Kita tahu siapa mereka. Buat masa ini kita mengumpul bukti sebelum tindakan diambil, termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
- HMetro

----------------------------------------------------------------------------
Kalau korang beli akhbar Harian Metro bolehlah tau kisah Neelofa, Hanez, Nas Adila, Fiza dan Ani Mayuni. Aku nak tulis kat sini tak rajin plak. Panjang bebenor.

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung