Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, March 18, 2012

Shikin Dangdut Dan Suami Tidak Lagi Sebumbung


KUALA LUMPUR, 19 MAC 2011: Penafian penyanyi dangdut, Shikin mengenai rumahtangga yang masih lagi bahagia sebelum ini tidak lagi releven kerana kini perkahwinan yang dibina pada tanggal 27 September 2003 telah dikatakan semakin retak.

Menerusi laporan yang ditulis wartawan Mohd Al-Qayum Azizi, Shikin telah mengesahkan dia sudah tidak lagi sebumbung dengan suaminya iaitu Ahmad Zuki dalam tempoh setahun yang lalu.

Dalam laporan berkenaan, Shikin menyatakan tidak lagi mempunyai persefahaman adalah punca perpisahan berkenaan. Meskipun begitu, Shikin menegaskan mereka masih belum bercerai sebaliknya berpisah sementara waktu.

Menurut Shikin atau pun nama sebenarnya Aishah Dahlan, 32, keputusan sebegini telah dibuat secara persetujuan bersama untuk memberi ruang kepada diri masing-masing untuk membuat keputusan yang muktamad.

Pun begitu, Shikin masih lagi berharap hubungan bersama suaminya berusia 36 tahun itu kembali pulih tetapi hanya berserah kepada takdir. Atas dasar itu, Shikin masih enggan memfailkan cerai serta menganggap berulang-alik mahkamah adalah satu perkara yang merumitkan.

Dalam pada itu, penyanyi ini masih lagi enggan memberitahu punca sebenar keretakan rumah tangga mereka dan menganggap kemelut yang melanda hanya sebagai takdir.

Shikin yang dikurniakan anak bernama Qistina Balqis, 7, bagaimanapun menyatakan hubungannya bersama suami masih lagi baik namun tidak berjaya sebagai pasangan suami isteri.

- Murai

=================================================================
Lepas ni sesiapa nak kawin artis pikir masak-masak le.. Banyak kes artis cerai berai sekarang ni

0 comments:

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung