Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, August 11, 2011

Kontroversi Punca Jodoh Faezah Elai & Heykal

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Faezah Elai memberitahu kontroversi yang tercetus di antara dia dan pengarah Heykal Hanafiah telah menimbulkan bibit cinta mereka berdua.

Jelas Faezah, dia dan Heykal mula rapat apabila sering bertemu bagi menyelesaikan masalah yang mengaitkan mereka.

"Saya rapat dengan Heykal selepas kontroversi yang melanda kami, padahal sebelum kontroversi tersebut memang kami tiada sebarang hubungan langsung.

"Pada asalnya kami hanya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut dan akhirnya hubungan itu melahirkan satu perasaan lain," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran filem Tanda Putera, Perbadanan Kemajuan Filem Merdeka (Finas) di sini, Selasa.

Kisah Faezah dan Heykal menjadi panas sebelum ini apabila mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa ketika lelaki tersebut mengarahkan sebuah drama lakonan pelakon wanita itu.

Akibatnya Faezah dituduh menyebabkan keruntuhan rumah tangga Heykal

Bagaimanapun, Faezah menegaskan dia sama sekali tiada kaitan dengan masalah rumah tangga pengarah drama Asmara itu.

"Saya rapat dengan dia selepas dia berpisah dengan isterinya, saya tiada kaitan dengan masalah rumah tangga mereka," tuturnya.

Pasangan yang memilih tarikh 9 September untuk diijabkabulkan menganggap perkenalan dalam waktu singkat itu bukan penghalang untuk menjalani kebahagiaan dalam rumah tangga.

"Biarpun hubungan percintaan kami singkat, namun saya yakin saya mengenali dia. Malah saya juga memahami apa masalah sebenar yang menyebabkan kegagalan rumah tangganya.

"Saya yakin apabila hubungan kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak, adalah lebih baik perkahwinan kami dijalankan segera," katanya.

Ketika ditanya tentang tindakannya sebelum ini yang cuba menyembunyikan identiti bakal suami dan tarikh perkahwinannya, Faezah menjelaskan perkara itu dibuat atas permintaan bakal ibu mertuanya.

"Saya tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini apabila ditanya wartawan, tetapi ia adalah permintaan ibu mertua saya yang tidak mahu ia diumumkan sebelum kad undangan siap dicetak.

"Sekarang mungkin masa yang tepat untuk saya mengumumkan majlis tersebut kerana semuanya sedang berjalan dan ibu mertua sudah beri lampu hijau," katanya
-MStar

Hehehe.. Banyak kan kes-kes camni.. Mula-mula tak mengaku, lepas tu bila jadi katalah ianya terjadi lepas kontroversi.. Terbaik cover....

The Star Mohon Maaf

PETALING JAYA: Akhbar The Star pada Jumaat memohon maaf secara terbuka kepada pembaca beragama Islam berhubung tersiarnya iklan dan berita mempromosikan restoran tidak halal dalam sisipan bertajuk Ramadan Delights, Rabu.

The Star amat kesal di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pembaca beragama Islam.

Pada Khamis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
- MStar

Itulah sesuka ati je letak iklan.. Nasib baik takde rusuhan kat pejabat akhbar TheStar sebab ni.. Mestilah sebab tak ramai yang baca..

Wednesday, August 10, 2011

MB Selangor pula dapat hadiah penyapu lidi

Macam-macam hal citer politik sekarang ni. Kalau dulu, mantan MB Selangor bagi penyapu kat agensi kerajaan yang tak perform tapi kali ni orang ramai pula nak bagi MB Selangor penyapu pasal kes JAIS serbu gereja ni.. Memang kontroversi, tapi rasa geli hati pulak..

Hahhaa. Minggu ni banyak citer pasal politik pulak.. Citer artis suam-suam kuku bulan Ramadhan ni

Bonus minimum RM600 bagi k'tangan awam P Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu.

Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.

Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)

Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.

Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'.

"Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.

"Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dam guru Kafa," katanya.
- Malaysiakini

Wah berlawan-lawan pula dengan Kerajaan Persekutuan tu. Tapi baguslah untuk kakitangan awam Pulau Pinang. Kos sara hidup kat sana pun leh tahan mahal..

Kerajaan Britain sampaikan simpati terhadap penuntut Malaysia yang dirompak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di Timur London semalam dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata beliau telah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

"Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rosli.

"Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, Rabu.

Muhammad Asyraf, 20, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara, diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya.

Penuntut yang berasal dari Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata, beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.

"Kita juga tahu Kementerian (Luar) Malaysia di sini sentiasa berhubung dengan keluarganya dan seperti yang saya telah katakan kami telah sampaikan simpati kami kepada keluarganya melalui Kementerian Luar dan kami amat berharap beliau lekas sembuh," katanya.

Laporan menyebut bahawa kerajaan Britain mengerahkan 16,000 polis di seluruhLondon untuk mengawal keadaan dan menamatkan keganasan jenayah.

Kyles berkata, peningkatan pasukan keselamatan tidak bermakna bahawa keadaan itu di luar kawalan tetapi ia merupakan bahagian penting dalam strategi untuk menamatkan segera keganasan.

"Mereka yang melakukan kesalahan itu sudah mula merasai kesan tindakan mereka dengan lebih 650 tangkapan dilakukan di London sahaja dan menyebabkan sekitar 111 individu didakwa setakat ini," katanya.

Disebalik kejadian itu, Kyles berkata Suruhanjaya Tinggi akan terus menggalakkan mereka yang merancang untuk melawat Britain tidak lama lagi atau minggu akan datang atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sana supaya meneruskan rancangan mereka.

"Pada masa sama, kita juga menyokong nasihat Kementerian Luar Malaysia supaya individu sentiasa berwaspada dan mengelakkan melawat kawasan yang berlaku keganasan sehingga keadaan benar-benar pulih," katanya. - BERNAMA


Ye lah. Aku tengok video kat youtube tu pun rasa geram je ngan samseng tu.

Saturday, August 6, 2011

Terima sumbangan gereja

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.


“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.


“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.


“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.


“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.


Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.


“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.


“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.


Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.


“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.
- HMetro

Memang menyedihkan bila ada perkara sebegini.. Kat mana agaknya jabatan dan pihak berkaitan?

Noraniza Idris kahwin lagi

“MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43.

Luahan penyanyi yang lebih mesra disapa Ani itu membawa seribu erti, apatah lagi pada Ramadan ini apabila cintanya bersemi buat kali ketiga dengan duda anak empat, Jeffri Hudi, 52, iaitu ustaz dari Singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas di negaranya.


Bagaimanapun, menurut Noraniza, ketika Jeffri melamarnya, dia diberi tempoh untuk berfikir tetapi tidak melakukannya secara serius kerana dalam hati masih ada keraguan.

“Saya berfikiran negatif ketika itu dan takut untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekali lagi,” katanya.


Seminggu sebelum berakhirnya tempoh itu, baru Noraniza membuat keputusan dan menyedari dia tidak buat sebarang persiapan untuk bertunang.


“Mujur mereka di Akademi Tatih Seni (cawangan Johor) yang memahami keadaan saya, membuat persiapan mencarikan penaja pelamin dan baju untuk saya.

“Selepas bertunang, kami berdua sibuk dan tidak sempat mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan hinggalah keluarga mendesak kami segerakan perkara baik itu.


“Selasa ini saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga,” katanya yang mendapat restu anaknya.
“Di mana saya akan menetap selepas berkahwin, sama ada di Singapura atau di sini, tengoklah keadaan nanti,” katanya yang dihubungi Metro Ahad.


Berbual dengannya di telefon, suara Noraniza kedengaran ceria dan perbualan itu juga diselang-seli dengan ketawa, bagaikan tanda bahagia di hati.


Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadan tahun lalu ketika melakukan kerja kebajikan di sebuah masjid di Johor Bahru.


Noraniza bersama anak didiknya di Akademi Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya.


Ketika itu, dia berkata, Jeffri turut melawat masjid berkenaan bersama teman.


“Apabila saya melihat ada orang lain turut berada di masjid itu, saya pun bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, baru saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes kepadanya.


“Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.


“Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.


“Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.


“Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.


Noraniza seterusnya mengatakan selepas bercerai kali kedua, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi dan membiarkan Allah SWT menentukan segala-galanya.


Bagi artis itu, bukan dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi biarlah jodoh itu datang sendiri.


“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.


“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.


“Sebenarnya selepas dua kali bercerai, saya fobia untuk berkahwin lagi. Kalau dulu memang perkahwinan menjadi keutamaan dalam hidup saya tetapi selepas bersendirian, saya tumpukan kepada kerjaya seni dan bisnes.


“Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya.


“Saya sudah mula rasa ada kawan mengisi kekosongan. Keadaan itu membuatkan saya rasa teringin berkahwin semula. Perasaan untuk mempunyai teman hidup itu wujud secara semula jadi,” katanya.


Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu.


Noraniza berkata biarpun dia sudah berkahwin dua kali, bakal ibu mentuanya sangat mementingkan adat lama.


“Ibunya tetap mahu hantar rombongan merisik. Selepas itu baru diadakan majlis pertunangan. Ingatkan selepas bertunang kali pertama pada usia 18 tahun, saya tidak akan bertunang lagi,” katanya.
- HMetro

Wah baguslah Kak Ani nak kawin lagi.. Siap ada rombongan merisik tu. Dah tu dapat ustaz Singaporean lagi. Tahniah Kak ANi.. Dah kawin ngan Ustaz ni harap-harap tak seksi-seksi lagi ye..

Friday, August 5, 2011

Black nafi rancang bertunang hujung tahun ini

Penyanyi yang popular dengan lagu Sofea Jane, Black menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang merancang satu majlis pertunangan pada hujung tahun ini.

Black yang juga pelakon dalam drama bersiri Dewi Cinta, mengakui dia kini sudah mempunyai kekasih namun masih belum bersedia untuk melangkah ke alam pertunangan lagi.

"Khabar angin itu tidak benar sama sekali, saya tidak merancang apa-apa majlis melainkan majlis rumah terbuka pada bulan syawal nanti.

"Untuk jangka masa dua tahun ini, saya masih belum terfikir untuk berkahwin lebih-lebih lagi saya masih mahu membantu keluarga saya terlebih dahulu. Saya baru sahaja belikan rumah untuk keluarga, jadi buat masa ini, ia memerlukan komitmen kewangan yang banyak untuk proses ini.

"Saya tidak menafikan sudah mempunyai kekasih sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi saya masih tidak berniat untuk bertunang. Kalau boleh saya mahu terus nikah dan tidak mahu melalui frasa bertunang kerana tak mahu merasai dugaan bertunang.

"Saya juga pernah berjumpa keluarganya sebelum ini, tetapi bukanlah bertujuan bertunang atau sebagainya. Saya benar-benar terkejut bila cerita ini keluar, sedangkan saya langsung tidak terfikir tentang perkara ini,"jelas Black yang baru melancarkan album sulungnya baru-baru ini.
- Manggaonline

Aik?? Dah ada orang tersayang. Apa tunggu lagi? Ala kalau kira dugaan dah kawin pun ada je.. Cepat-cepatlah Black, dari timbul fitnah baik terus cepat tunang ke kawin. Apa tunggu lagi. Duit dah banyak tu

Salma terpinggir

Juara program realiti, Mentor musim kelima, Salma mengaku tidak dipanggil untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Monkey Bone seperti mana juara-juara program ini sebelumnya.

Salma atau nama sebenarnya,Salmah binti A. Asis, 21 tahun juga mengakui terpaksa membawa haluan sendiri dalam industri hiburan ini, biarpun mendapat tunjuk ajar dari mentornya, Erra Fazira.

Tidak terkilan dipinggirkan, Salma memandang perkara itu dari sudut positif dan menganggap tiada rezeki untuk dia bekerjasama dengan syarikat Monkey Bone.

"Banyak perubahan yang saya lalui selepas bergelar artis, kalau dulu saya tidak boleh bantu keluarga, kini perkara itu boleh saya lakukan biarpun sedikit.

"Tak dinafikan banyak juga yang susah, tapi saya gembira dengan keadaan ini. Hubungan saya dengan Kak Erra masih sama seperti dahulu, jika ada masalah atau apa-apa berkaiatan bidang ini, saya terlebih dahulu bertanya kepadanya.

"Sekarang ini saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, walaupun musim sebelum ini, juara-juara Mentor akan terikat dengan syarikat rakaman Monkey Bone, tetapi nampaknya itu bukan rezeki saya.

"Habis saja Mentor, saya tidak mendapat sebarang tawaran daripada mereka, jadi saya terus menguruskan kerjaya sendiri, semua jadual dan panggilan untuk persembahan diuruskan oleh diri saya sendiri. Alhamdulillah, selepas Mentor hingga hari ini, saya dah dapat lima tawaran persembahan,"ujar Salma yang mahu berfikiran positif dalam memikirkan permasalahan ini
- Manggaonline

Aku perasan ni. Walaupun suara dia power tapi nasib dia tak baik.. Tak dapat tawaran dengan Monkey Bone. Kalau cam Mentor Edry dah siap ada lagu dah. Dah mula naik.

Ahli VE, Ruffedge dan Innuendo jadi ahli nasyid?

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2011: Pertemuan yang tidak disengajakan di sebuah majlis agama yang sama telah menyatukan sebahagian ahli kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo ke dalam kumpulan nasyid yang diberi nama Al Mawlid.

Malah, penghijrahan diri Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge) juga telah membuatkan mereka sepakat memperjuangkan lagu-lagu berbentuk dakwah.

Amer yang mewakili kumpulan itu berkata, mereka kini lebih tenang menjalani kehidupan sekarang dan masih mahu meneruskan minat yang mendalam dalam bidang muzik walau dalam bentuk dakwah.

"Biarpun selama ini kami memang berkawan antara satu lain, kami pun tak sangka pula boleh dipertemukan dan kini boleh bersatu menjadi sebuah kumpulan nasyid. Yang mana masing-masing mahu mencari jalan untuk mendapatkan hidayah yang diturunkan oleh Allah.

"Bila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap muzik itu masih ada dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang diberi nama Al Mawlid," jelasnya yang telah dipertemukan bersama rakan-rakannya itu di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat beberapa tahun lalu.

Namun, Amer telah menegaskan yang mereka belum bersedia untuk dilabel sebagai kumpulan dakwah lagi kerana misi mereka hanya untuk mengajak umat Islam cintakan Allah dan Rasullah.

"Kami sepakat mahu dikenali sebagai Al Mawlid. Ia bermaksud kelahiran Rasulullah. Tapi, kami anggap ianya juga satu simbolik kepada kelahiran semula kami dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu dilabel sebagai kumpulan dakwah kerana masih belum layak lagi. Matlamat kami adalah untuk menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat menerusi nyanyian. Itu saja.

"Lagipun kami tidak terfikir untuk bergerak secara komersil lagi tetapi jika ada permintaan mungkin kami akan keluar dengan single satu persatu terlebih dahulu," katanya.

Apa yang pasti, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut telah dianggotai oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.

Meskipun kumpulan Al Mawlid baru sahaja ditubuhkan tahun lalu, namun Amer mengakui jadual mereka ternyata cukup padat bagi memenuhi undangan untuk membuat persembahan sepanjang bulan puasa ini.

"Pada mulanya kami tidak menyangka akan mendapat undangan membuat persembahan yang banyak memandangkan Al Mawlid masih lagi baru. Bagaimanapun, itu semua adalah rezeki untuk kami menghiburkan orang ramai pada bulan yang mulia," katanya lagi.

Mereka kini bergerak dan membawakan lagu-lagu nasyid menerusi lagu Cahaya Seluruh Alam iaitu single yang dicipta oleh Amer, lagu Belaian Jiwa 1432 ciptaan Pot dan single berjudul Yang Penuh Dosa yang dicipta oleh Lah.
- Murai

Kalau betul berubah takpelah.. Jangan saja-saja je lepas dah tak berapa nak pegi jauh ngan kumpulan masing-masing..........
Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung