Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, April 30, 2011

Que dan Linda tak minum arak

Baru-baru ni heboh pasal gambar Que dan Linda bergambar dengan arak didepan mata namun mereka menafikan. Dalam kenyataan akhbar mereka menjelaskan bahawa mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam. Jadi tak payahlah kita buruk sangka ye. Tak baik

Ciri-ciri lelaki pilihan Dekritawati


KUALA LUMPUR: “Saya letak dua syarat penting jika ditakdirkan ada lelaki menyukai saya dan kalau ditakdirkan bertemu jodoh satu hari nanti. Dia mestilah benar-benar menyayangi saya sepenuh hati tanpa ada sebab lain.

“Jika benar-benar suka, dia harus terima saya seadanya, ikhlas dan bukan kerana saya anak jutawan atau disebabkan harta peninggalan arwah emak,” kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


Sering mengelak setiap kali diajukan soalan berbaur peribadi, gadis yang menginjak usia 25 tahun ini mengakui tidak akan menolak takdir jika dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri sedemikian bagi menamatkan zaman bujangnya.

Mengenai pelbagai gosip dan pernah dikaitkan dengan penyampai di sebuah stesen televisyen terkenal, Zulkifli Bujang, Rita hanya menyatakan: “Biarlah rahsia. Saya tak nak komen apa-apa.” Akur bahawa tumpuannya kini lebih kepada amanah arwah ibunya supaya menjalankan perniagaan yang diwariskan itu sebaik mungkin, dia mengakui atas keazaman kuat untuk melonjakkan perniagaan itulah dia mempertaruhkan seluruh komitmennya.


Rita yang baru pulang daripada mengerjakan ibadat umrah pertengahan bulan lalu bersama adiknya Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erni Erinawati Sofea, 21, dan Siti Nur Fatimah, 13, tidak menafikan sepanjang melakukan ibadat di Tanah Suci, dia turut berdoa supaya ditemukan jodoh dengan lelaki terbaik untuk masa depannya.


“Bohong kalau saya langsung tidak berdoa untuk jodoh kerana doa di sana (Madinah dan Makkah) akan dimakbulkan tanpa hijab. Saya berdoa kalau ada jodoh, supaya ditemukan dengan lelaki terbaik untuk dunia dan akhirat,” katanya.

Ditanya mengenai restu keluarga terutama bapanya, Buhari Mohamed terhadap lelaki pilihannya, Rita berkata, soal itu tidak pernah dibincangkan secara terbuka.


“Abah tidak pernah letakkan syarat selama ini jika saya ada calon atau teman lelaki. Abah boleh terima sesiapa saja asalkan lelaki itu jujur atau benar-benar sayangkan Rita,” katanya tegas.
- HMetro

Dah macam artis plak anak sulung arwah Sosilawati ni sampai lelaki pilihan pun jadi gossip. Mesti ramai lelaki yang nak dekat la tu. Jutawan le katakan

Remy Ishak Bikin Perangai, Wartawan Jadi Bengang

KL, 28 APRIL 2011: Petang semalam teman baik Murai Batu ada datang berjumpa Murai Batu mengadu mengenai kisah pelakon yang sedang meningkat popular Remy Ishak. Terkejut dan tak percaya pula Murai Batu mendengar ceritanya.

Cerita teman Murai Batu, Remy Ishak dan kekasih hatinya, Tiz Zaqyah telah hadir ke pejabat media tersebut untuk ditemubual. Kedatangan mereka ini lebih senang cakap lebih kepada untuk mempromosikan filem baru mereka yang akan ditayangkan di pawagam pada awal Mei ini iaitu Nurkasih.

Teman Murai Batu cakap, apabila mereka hadir untuk meminta sedikit ruang mempromosikan filem mereka, pastinya dengan tangan terbuka pihak penerbitan itu menerimanya. Yelah, kata nak sokong industri perfileman tempatan maka, kita nak tolonglah mereka.

Namun yang membuatkan teman Murai Batu hangin satu badan ialah tentang sikap kurang beradab si Remy Ishak ini tatkala ditemubual. Bayangkan teman Murai Batu dan seorang lagi wartawan senior menemubual dia dan reaksi yang diberikan oleh Pelakon TV Lelaki Popular ini memang tak dapek nak tolong dehhh...

Orang bertanya dahlah dia buat muka acuh tak acuh. Kemudian lain yang ditanya lain pula yang dia jawab. Nak kata dua teman Murai Batu itu bertanya dalam bahasa yang tak difahaminya tak pula. Kata teman Murai Batu dia bertanya dalam bahasa Melayu saja tak akan tak faham.

Lebih membuatkan teman Murai Batu bengang, dia bertanya soalan mengenai watak yang acapkali dipegang oleh Remy, si Remy ini menjawab benda lain, siap tanya pada teman Murai Batu tak tahu ke mengenai karektor-karektor yang dibawakannya atau tak buat kajian ke tentang perkara tersebut.

Amboi Remy, tak akan baru dua kali menang pelakon TV, awak dah besar kepala pula. Kata teman Murai Batu, sah-sah dia tanya lain, Remy yang tak faham bahasa pergi jawab lain. Dah la awak yang datang minta promosi tapi awak pula buat besar kepala.

Malas nak panjangkan cerita dua teman media tadi diam sahajalah memandangkan mereka tuan rumah. Kalau tak mahu dihalaunya si Remy masa tu. Tiba pula masa untuk sesi fotografi sekali lagi dia buat hal. Siap sound-sound jurugambar yang ingin merakamkan gambarnya. Angle itu tak kena angle ini tak kena..kata Remy nanti wajahnya tak berseri kalau tangkap macam itu atau macam ini.

Memang suhu kepanasan atau tahap kesabaran teman Murai Batu dah capai 100 celcius ketika itu. Selesai sesi foto, maka dua teman media tadi beredar dan mahu melupakan kisah pahit tadi. Kemudiannya khabarnya Remy telah pun mengirim SMS pada salah seorang media itu dan memintia maaf dan telah menelefon bos teman Murai Batu tadi meminta maaf atas kekasarannya.

Hai, pelik tapi benar kalau awak rasa tindakan awak betul kenapa nak minta maaf. Atau pihak pengurusannya yang melihat sikapnya tadi yang menyuruh Remy meminta maaf siapa tahukan.Mendengar perkataan maaf Remy membuatkan dua teman Murai Batu tadi sejuk hati dan ingin melupakan segala kepahitan yang dilalui mereka pada sesi foto itu.

Baru sejuk hati alih-alih, hati mereka kembali terbakar semula apabila terbaca status twitter Remy yang menulis: " kerja aku hanya sebagai seorang pelakon bukannya nak jaga hati orang". Murai Batu pun tak tahu nak cakap apalah mengenai tindakan si Remy ini.

Tak akan dah menang pelakon drama popular dan besar kepala kot. Belum lagi menang pelakon filem popular. Kalau beginilah cara dan gayanya rasanya riwayat hdup kerjaya seni awak tak ke manalah. Kalau awak nak meroyan ditanya tentang cinta mungkinlah kot, tapi kena tanya pasal kerjaya pun nak buat hal ke?

Kalau begini perangainya, janganlah nak salahkan sesiapa ya, kalau media-media lain tertutup pintu hati nak menemubual awak lepas ini. Bagi Murai Batu senang sahaja, bertindaklah professional dan kalau rasa tak perlukan media, jadi tak perlulan menghadiri apa jua sesi fotografi selepas ini.

Mungkin Remy mampu menjadi artis yang berjaya tanpa kisah atau cerita perkembangan seninya ditulis. Nanti kalau peminat nak tahu cerita Remy, datang sendiri berjumpa dengannya, mungkin itu lebih senang?...Cuma nasihat Murai Batu senang saja, lihatlah contoh artis-artis yang berjaya dan bertahan lama seperti Dato Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi. Bukan saja popular namun berbudi bahasa dan itulah resepi kejayaan mereka.

MURAI BATU: Tak fahamlah dengan sikap artis yang suka sentap tak tentu pasal.
-Sumber Murai.com.my

Dah tunjuk belang nampak Remy ni. Baru lagi bro.. Jangan buat hal

Rita Rudaini & Aidil Zafuan Dapat Anak Kedua

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

“Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat,” katanya.

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.
-MStar

tahniah kepada Rita dan Aidil.. Dulu kecoh pasal rumahtangga.. Alhamdulillah ok.

Kilafairy Takut Dinilai Kerana Kontroversi

KUALA LUMPUR: Pelakon baru Kilafairy mengakui agak gementar untuk menerima reaksi daripada orang ramai terhadap lakonan pertamanya dalam filem Karak yang bakal ditayangkan 26 Mei depan.

Jelas Kila, dia lebih berdebar apabila namanya telah dikenali dengan pelbagai kontroversi sebelum bakatnya ditonjolkan.

“Sudah tentu saya sangat takut menerima reaksi penonton filem ini. Saya tahu ramai yang mengenali saya dengan beberapa kontroversi yang tercetus sebelum ini.

“Saya tidak mahu orang akan membandingkan lakonan saya dengan kontroversi yang terjadi,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Kila, dia sudah membuat yang terbaik dalam filem tersebut dan mengakui masih banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

“Ini lakonan pertama saya sudah tentu banyak kelemahan, tapi jika diberi peluang lagi saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dia mampu berhadapan dengan kontroversi ketika masih lagi baru dalam industri ini, Kila memberitahu dia sering mendapat nasihat daripada ibunya, penyanyi Rohana Jalil.

“Saya pernah rasa terpukul ketika pertama kali berhadapan dengan gosip-gosip ini tapi Alhamdulillah atas nasihat daripada ibu, saya kembali bersemangat.

“Sekarang saya rasa kontroversi-kontroversi tersebut sebagai bahan lawak sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang gosip percintaan pelakon Lisa Surihani dan Yusry (KRU) yang pernah digosipkan dengannya, Kila hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Pasangan tersebut sangat comel dan sesuai, bagi saya ramai peminat yang setuju jika mereka bercinta,” katanya
-MStar

Thursday, April 28, 2011

Khalwat : Nasib Pelakon Razak Ahmad Diketahui 30 Jun

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Razak Ahmad akan mengetahui sama ada dia akan dipanggil membela diri ataupun dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada 30 Jun depan.

Keputusan itu akan diberikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Pada prosiding Khamis, Wan Mahyuddin juga menetapkan 26 Mei ini untuk pihak pendakwaan syarie membalas hujahan yang difailkan oleh peguam syarie kepada Razak.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu, pihaknya hanya menerima hujahan itu melalui mahkamah sebelum kes bermula.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, hadir berseorangan di mahkamah dan kelihatan terkejut apabila melihat kehadiran wartawan.

Dia juga ditegur oleh Wan Mahyuddin apabila tidak dapat memberikan alasan ketidakhadiran peguam syarienya, Mohamad Azman Karim pada prosiding itu.

“Sepatutnya apabila kamu melantik seorang peguam, beliau kena bertanggungjawab. Minta peguam untuk hadir pada prosiding akan datang, jika tidak kamu yang akan merana,” katanya.

Wan Mahyuddin meminta pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu untuk memberikan kerjasama memandangkan kes itu perlu dipercepatkan ekoran telah terlalu lama iaitu sejak tahun 2006.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan tiga saksi pendakwaan.

Pelakon yang membawakan watak Tok Imam di dalam drama Geng Surau itu didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa kali pertama pada 27 Julai 2006 memgikut Seksyen 20 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa itu, Razak mengaku tidak bersalah manakala Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Atas pengakuannya, Selamah dihukum denda RM2,850 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan kepada Selamah, pasukan penguat kuasa Jais bersama beberapa anggota polis pergi ke rumah itu untuk melakukan pemeriksaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut didapati dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap dan pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

Razak juga pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992.

-MStar

Alamak.. Geng Surau kena tangkap rupanya.. Camne ni?

Tuesday, April 26, 2011

Linda Hashim Mahu Cepat Kahwin, Tolak Tuduhan Lesbian

PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim, 27, tidak mahu tuduhan menjalinkan hubungan songsang yang pernah diperkatakan beberapa tahun lalu kembali semula.

Menurut Linda, khabar angin tersebut telah lama tersebar dan menganggap ia hanya fitnah yang tiada bukti dan tidak berasas.

“Khabar angin ini bukan perkara baru, beberapa tahun dulu pun saya sudah dengar tentang perkara ini tapi saya malas ambil peduli.

“Saya pernah jelaskan perkara ini dulu dan bagi saya kalau mereka ingin percaya atau tidak, terpulang.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk bercakap, tapi kalau perkara tersebut tidak benar ia akan senyap sendiri,” katanya.

Jelas Linda,gosip tersebut tersebar berkemungkinan berikutan dia tidak pernah digosipkan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Malah menurut Linda, seperti wanita lain, dia turut mempunyai hasrat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga.

“Bagi saya gosip itu tak adalah permainan dalam industri ini, apa yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.

“Jika bercakap tentang rumah tangga, jauh di sudut hati saya ingin mempunyai keluarga yang sempurna, cuma sekarang tiada calon lagi,” katanya yang pernah menyasarkan untuk berkahwin di usia 25 tahun.

Bagaimanapun katanya, dia belum terlalu terdesak untuk itu kerana mempunyai komitmen utama terhadap kerjaya.

“Buat masa sekarang saya lebih suka jalani hidup sekarang dan fokus dengan kerjaya.

“Soal kahwin, Insya-Allah kalau boleh dalam usia 30an nanti,” katanya.

Sementara itu, drama Fatimah Juling The Series lakonan Linda bakal keudara pada 27 April ini.

Dia yang memeggang watak Fatimah menganggap cabaran utama adalah untuk menjulingkan mata sambil mengeluarkan air mata.

“Memang agak susah untuk menjulingkan mata lagi pula apabila babak menangis.

“Saya terpaksa julingkan mata sambil mengeluarkan air mata, ia agak susah dan mencabar,” ujarnya.

Selain itu, watak komedi tersebut juga sesuatu yang baru bagi pelakon muda ini, kata Linda ini merupakan kali pertama dia membawa watak komedi.

“Selalu bawa watak sirius dan kali ini saya cuba bawa watak komedi. Ia bukan mudah kerana penonton sudah terlalu didedahkan dengan lawak seperti Maharaja Lawak yang sedang berlangsung.

“Jadi mungkin penonton sudah mempunyai satu tahap lawak tersendiri, apa yang saya takutkan apabila lawak yang cuba kita sampaikan jadi seperti lawak bodoh pula,” ujarnya yang sentiasa membuat perbincangan sebelum melakunkan sesuatu babak tersebut.
- MStar

Anne Ngasri Perjelas Diserang Strok

HIBURAN
Selasa April 26, 2011
Anne Ngasri Perjelas Diserang Strok
Oleh KEMALIA OTHMAN


PETALING JAYA: Pelakom Anne Ngasri (gambar)atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 26, terkejut apabila dikatakan telah dimasukkan ke hospital kerana diserang strok pada petang semalam.

Jelas Anne, dia tidak pernah mengalami penyakit tersebut malah turut hairan bagaimana berita tersebut timbul.

“Saya terkejut apabila ramai yang telefon saya hari ini dan bertanyakan tentang hal tersebut.

“Memang saya ada ke hospital minggu lalu tapi bukan sebab penyakit tersebut tetapi kerana demam biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Anne dihubungi bagi menjelaskan dakwaan dia di masukkan ke hospital akibat serangan strok di sebuah laman portal hiburan. Namun dia mengakui ke hospital bagi menerima rawatan kerana mengalami demam dan batuk.

Bagaimanapun, menurut Anne, dia sudah kembali bekerja semula bagi penggambaran drama terbarunya berjudul Cinta Pentadbir Senja.

“Saya dah sihat dan sedang bekerja, Cuma apa yang saya hairan siapa yang sebarkan perkara tidak benar ini.

“Malah ada juga yang beritahu saya di masukkan ke hospital pada pukul 3 petang semalam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anne tidak mahu perkara tersebut dijadikan bahan lawak jenaka atau khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak mahu orang ingat saya sakit, strok bukan sakit yang boleh dibawa main.

“Lagi pula saya ini bekerja, saya takut ada yang anggap perkara ini serius sehingga takut untuk menggambil saya berlakon,” ujarnya.
-MStar

Memang jahat la sapa yang sebar fitnah ni. Ingat perkara sakit blh buat gurau ke.. Hampeh betul

Monday, April 25, 2011

Ashraf Muslim Henti Berlakon

Sebaik sahaja selesai melangsungkan pertunangan dengan pasangan pilihannya, Noor Dayana Hj. Lokman, 24, Ashraf Muslim, 30, memaklumkan bahawa dia akan berhenti berlakon bagi menumpukan perhatian terhadap bidang yang baru diceburinya iaitu perubatan secara Islam.

“Bagaimanapun keputusan ini bukanlah untuk selama-lamanya, hanya untuk tahun ini. Saya mahu tumpukan perhatian di pusat perubatan ini dahulu. Kalau ada tawaran, mungkin tahun depan saya akan kembali berlakon semula,” ujar Ashraf yang ditemui sejurus majlis pertunangan selesai.

Bercerita tentang gadis pilihan hatinya itu, Ashraf memberitahu dia sudah mengenali Dayana kira-kira setahun setengah yang lalu. Pada awalnya dia hanya mengenali Dayana melalui nama kerana Dayana belajar di luar negara.

“Saya mengenali nama Dayana pada tahun 2009 lagi, tetapi hanya pada 2010 barulah saya berkesempatan berjumpa dengan orangnya. Pertama kali melihat dia, hati saya sudah suka. Dia nampak lemah-lembut dan sopan orangnya.

"Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di pusat perubatan ini, saya dan Dayana menjadi bertambah rapat kerana dia turut sama membantu di pusat perubatan ini pada setiap hujung minggu.

"Saya rasa boleh serasi dengan dia kerana kami terlibat dalam bidang yang sama. Walaupun dia dalam perubatan moden, tetapi pengetahuan yang ada padanya banyak membantu saya untuk mempraktikkan perubatan secara islam,” jelas Ashraf.

Ditanya mengapa memilih untuk bertunang pada hari yang sama dengan majlis perasmian Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Ashraff menjelaskan pada mulanya dia memang tidak berhasrat untuk bertunang pada hari ini. Bagaimanapun, ketika membuat persiapan untuk majlis perasmian, pihak keluarga sepakat untuk adakan bersama majlis pertunangan.

“Oleh kerana sudah ramai tetamu yang dijemput, jadi kami sepakat untuk buat majlis pertunangan sekali. Selain itu, kami juga mahu elak pandangan serong masyarakat sekeliling.

"Saya dan Dayana memang selalu di pusat perubatan ini. Bimbang ada yang tersalah faham, jadi lebih baik kami ikat tali pertunangan dahulu,” ujar Ashraf lagi.

Sementara itu, Dayana menjelaskan dia terpikat dengan Ashraf kerana merasakan pelakon filem ‘Aku Masih Dara’ ini seorang yang baik. Dalam masa yang sama dia juga kagum dengan perubahan tingkah laku Ashraf sepanjang tempoh mengenalinya.
-Gua.com.my

Takziah buat Ally Iskandar

Takziah buat Ally Iskandar sekeluarga atas pemergian ayahanda tersayang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saturday, April 23, 2011

Fina & Hazama Masuk AF9 Lepas Gugur Aida & Amir

PETALING JAYA: Akademi Fantasia kesembilan (AF9) membuat kejutan apabila dua pelajar rancangan tersebut iaitu Aida dan Amir digugurkan dalam program itu untuk minggu ketiga.

Kedua-dua mereka digugurkan berdasarkan 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sementara 50 peratus lagi adalah keputusan pihak juri.

Pengguguran itu dilakukan untuk membolehkan para pelajar lain menunjukkan prestasi masing-maing dalam AF9 yang dilihat semakin hilang taringnya.

Keputusan menggugurkan dua pelajar itu membolehkan dua ahli baru dibawa masuk iaitu bekas pelajar AF4 Hazama dan Fina.
a diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi setelah menerima keputusan tersebut daripada pengetua AF9, penyanyi Amy Search.

Amy sempat memberikan amaran kepada dua pelajar baru dan tujuh pelajar yang terselamat dari penyingkiran agar bersungguh-sungguh menimba ilmu di AF9.

Mereka yang terselamat adalah Afif, Erul, Lena, Nera, Azri, Raqib dan Kay setelah Miza disingkirkan kerana mendapat peratusan terendah hasil 100 peratus undian SMS penonton.

"AF bukan tempat untuk bermain tetapi tempat terbaik untuk belajar...," ujarnya secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu.
- MStar

Aku tak layan sgt tapi cam tak best je Hazama yang pernah masuk AF ni datang balik. Lagipun Hazama ni dah hampir nak buat album ngan MUH. Rasa elok bagi yang takde pengalaman sangat.

Thursday, April 21, 2011

Ahmad Idham Bakal Bergelar Doktor

Walaupun sibuk dengan promosi filem terbaru arahan dan terbitannya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam peringkat PhD industri, yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia, dengan penyerahan borang kemasukan kepada Naib Canselor universiti berkenaan, Yang Berbahagia Prof Dato Dr Mohamed Mustafa Ishak di Sintok, baru-baru ini.

Dengan penerimaan kemasukan ke sesi pembelajaran terbabit, Ahmad Idham, selaku penerbit, pengarah juga pelakon dijangka akan bergelar Doktor dalam tempoh minimum dua tahun lagi.

Mengulas mengenai permohonan Ahmad Idham yang memilih untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan, Prof Dato Dr Mohamed Mustafa berkata, ianya akan memberikan input terbaik buat universiti juga industri perfileman tempatan. PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Ianya bakal menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.
“Beliau (Ahmad Idham) akan menghasilkan tesis PhD yang berasaskan bidang perfileman tempatan, terutamanya berkaitan permasalahan, cabaran juga bagaimana mengatasi halangan terbabit, dalam memastikan industri ini mampu berdaya saing dengan industri filem serantau dan global.”

“Selain itu, dengan penghasilan tesis itu juga mampu dijadikan bahan rujuk dan kajian kes untuk pemain-pemain industri yang lain, selain membantu penggubal dasar dalam membantu untuk mempertingkatkan industri perfileman tempatan, “ ujar beliau dalam sesi berkenaan.

Bagi Penyelaras Program Akademik Khas Selebriti, Universiti Utara Malaysia, Encik Mohd Idzwan Yacob berkata, pemilihan Ahmad Idham, merupakan satu bentuk pemindahan kejayaannya dalam industri perfileman tempatan ke medium akademik yang mampu menjana pemikiran penuntut.

Buat Ahmad Idham, pemegang ijazah perakaunan dari sebuah universiti tempatan, inisiatif beliau untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PhD merupakan satu intepretasi usahanya dalam membantu mempertingkatkan industri perfileman tempatan.

“Akademik merupakan minat saya semenjak dahulu, bila mengetahui UUM ada menawarkan program PhD Industri, ianya merupakan satu peluang yang harus direbut,” kata Idham. Beliau juga berharap pemindahan kejayaannya dalam industri perfileman tempatan ke dalam medium dan konteks akademik bakal menjana perspektif baru dalam menjayakan agenda membawa industri perfileman tempatan ke persada global. Diharap ianya menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi dalam memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya.

Kursus PhD Industri ini mempunyai tempoh minimum selama dua tahun bagi setiap pelajar untuk melengkapkan pengajian mereka dibawah seliaan seorang penyelia yang dilantik oleh universiti. Selain itu, Universiti Utara Malaysia juga turut menawarkan pengajian peringkat pra siswazah kepada selebriti tanahair di dalam bidang komunikasi, yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia, cawangan Kuala Lumpur.
- Gua.com.my

Terbaeklah Ahmad Idham.

Benjy Dimasukkan Ke ICU

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, dekat sini, Rabu, kerana menghidap asma.

Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas.

"Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buatrawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas.

"Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini denganmenggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya.

"Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia,"ujarnya.

Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin.

"Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini.

"Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini.

"Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean.

Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.
-MStar

Wednesday, April 20, 2011

Rozita Che Wan tak pakai susuk , botok

BUKAN mudah sebenarnya menjadi seorang wanita yang dikurniakan dengan kejelitaan terutama artis atau selebriti yang menjadi tumpuan masyarakat.

Tidak sikit, pasti akan ada yang mengeji mahupun melemparkan kata-kata kurang manis terhadap mereka dengan pelbagai tohmahan yang sakitnya memang cukup menusuk dada.

Salah seorangnya ialah pelakon jelita, Rozita Che Wan yang sering kali menjadi mangsa fitnah segelintir pihak yang seakan-akan kurang senang dan cemburu dengan kejelitaannya terutama kaum sejenisnya.

Mereka bagaikan tidak percaya dengan kecantikan yang dimiliki Rozita sehinggakan ada yang mengatakan dirinya mengamalkan susuk dan suntikan botox untuk kekal cantik setiap masa.

Sebenarnya soalan itu sudah pun banyak kali sehingga tidak terhitung jumlahnya ditanyakan kepada wanita yang berusia 38 tahun itu.

"Memang sukar hendak memuaskan hati semua pihak kan? Walaupun sudah berkali-kali kita menafikan tetapi masih ramai yang tidak percaya.

"Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada saya dan untuk saya menggunakan botox semata-mata untuk cantik adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

"Bukankah penggunaan botox itu sendiri sudah mengubah kejadian Allah SWT? Bukan itu sahaja, untuk membayangkan wajah saya disuntik juga saya sudah berasa seram.

"Begitu juga dengan susuk. Saya tahu ramai yang mengatakan saya mengamalkannya untuk kelihatan cantik setiap masa. Tetapi, maaf. Saya masih waras dan tidak sanggup untuk melakukan kerja-kerja seperti itu," ungkap Rozita dengan penuh terbuka sewaktu membicarakan tentang isu kecantikan dirinya yang sentiasa menjadi perbualan.

Pelakon yang pernah terkenal menerusi drama rantaian Diari Ramadan Raffique itu berkata demikian pada sidang akhbar yang berlangsung di Restoran Bunga Emas, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Barangkali Rozita boleh dianggap bertuah kerana keaslian kecantikan yang dimilikinya itu telah memikat hati rangkaian produk kecantikan, Safi Rania Gold untuk memilihnya sebagai duta selama dua tahun.

Seiring dengan kejelitaan yang dimilikinya itu jugalah nampaknya tuah dan rezeki terus berpihak kepada aktres kelahiran Alor Setar, Kedah itu apabila dikatakan menerima bayaran sebanyak setengah juta ringgit.

Walaupun bukan lagi satu rahsia tentang bayaran itu, namun, Rozita lebih selesa untuk tidak menghebahkannya kerana bimbang dikatakan riak pula.

"Cukuplah apa yang saya katakan bayaran itu cukup memuaskan dan saya benar-benar bersyukur dengan rezeki terbaru ini," katanya dalam nada rendah diri sambil melirik kepada Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman yang berada di sisinya.
- Utusan

Baguslah camtu. Kecantikan asli tu yg sepatutnya

Bekas Pegawai Bank Muamalat Didakwa Pecah Amanah RM14 Juta

GEORGE TOWN: Bekas ketua pusat khidmat pelanggan Bank Muamalat Berhad, Aishah Mohamed Rose, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan pecah amanah jenayah wang milik bank itu berjumlah RM14.2 juta enam tahun lepas.

Suami Aishah, Johari Ahmad, 54, bersama seorang Pegawai Logistik Motorola Technology Sdn Bhd, Azman Abdul Aziz, 49, pula dihadapkan ke mahkamah yang sama dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Aishah melakukan jenayah itu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula dan membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 setiap seorang dan dokumen perjalanan masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Aishah, 50, dituduh melakukan kelima-lima kesalahan itu di Bank Muamalat Berhad, Universiti Sains Malaysia di Jalan Minden, antara 27 Januari 2005 dan 16 Julai 2009.

Bagi kesalahan pertama, dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah wang milik bank itu sebanyak RM3,363,936.94 antara 27 Jan dan 3 Jan 2005.

Bagi kesalahan kedua Aishah dituduh melakukan pecah amanah jenayah melibatkan sejumlah wang RM3,679,939.54 antara 20 Januari dan 3 Januari 2006, kesalahan ketiga pula didakwa dilakukan antara 5 Januari 2007 dan 2 Januari 2008 melibatkan RM2,889,878.99.

Untuk kesalahan keempat, dia dituduh melakukan kesalahan antara 2 Januari dan 24 Disember 2008 melibatkan RM2,490,758.40 dan kesalahan kelima pula didakwa dilakukan antara 5 Januari dan 16 Julai 2009 melibatkan RM1,780,852.64.

Pertuduhan terhadap Aishah adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dengan sebatan dan denda, manakala Johari dan Azman didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seskyen 109 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman yang serupa.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya S.Devanandan. Aishah dan Johari diwakili peguam bela Jagdeep Singh Deo manakala Azman tidak diwakili peguam.

Azman turut mengaku tidak berslah terhadap 10 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM988,464.38 antara 17 April dan 14 Julai 2009 di Motorola Technology Sdn Bhd, Plot 2, Bayan Lepas, Technoplex Industrial Park.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memindahkan 10 keping cek milik Citibank yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Bagi pertuduhan itu Azman dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM70,000. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pang Chuin Keat. - BERNAMA

Bapak banyak tu. Berjuta-juta diorang curi. Ingat boleh lepas ke?? Sekarang dah kena.. Nasib la .. Berani buat kena tanggung la

Tuesday, April 19, 2011

Watak Seksi & Dialog Berbau Seks Kekuatan 'Abu Ya' - Pengarah

KUALA LUMPUR: Elemen wanita seksi dan juga kata bual berunsur seks yang ditekankan menerusi filem Abu Ya adalah bertujuan untuk menarik orang ramai menonton filem tersebut di pawagam.

Pengarahnya Imran Ismail berkata, filem berkenaan bukan bermaksud untuk mengeksploitasi kaum wanita dengan aksi tersebut sebaliknya ia hanyalah pelengkap kepada kata bual yang ditampilkan.

“Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan.

"Malah kata-kata yang diungkapkan lebih merujuk kepada kepentingan hubungan suami-isteri dalam mencari kepuasan seks mereka,” katanya kepada mStar Online selepas pratonton filem itu untuk para pengedar di MBO Manjalara, Kepong di sini, Selasa.

Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.

Ia menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya (lakonan Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.

Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka.

Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.

“Sejak kebelakangan ini terlalu banyak filem-filem seram ditayangkan di pawagam sehinggalah saya mendapat ilham menghasilkan Abu Ya yang sudah tentu berbeza jika dibandingkan dengan filem-filem lain di pasaran,” ujarnya yang turut menafilan filem itu mempunyai kaitan dengan ajaran sesat di negara ini.

Mengenai desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April lalu.

Filem terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu giliran.

-MStar

Macam-macam hal.. watak seksi nak tarik penonton konon.. Jgn jadi cam 2 Alam sudahlah..






Jue Aziz ngan pelakon baru. Alahai

Tumblr Natasha Hudson


Tetiba je aku promo artis plak ari ni. Ni aku jumpa tumblrNatasha Hudson plak...
Ni url tumblr Natasha Hudson http://tashamishymasha.tumblr.com/ .. Susah url dia nak hafal.
Cool gak tumblr dia

Kilafairy page


Antara artis yang meningkat naik dan meningkatkan traffik blog aku adalah Kilafairy , jadi aku nak promo akaun facebook Kilafairy.. Ni akaun facebook fanpage dia,http://www.facebook.com/Kilafairy


Setakat aku like page dia tak ramai lagi. Baru 300 lebih. Lepas ni memang ramai lah yang like page dia..

Guna akaun google untuk blogger.com

Ada satu berita yang menakutkan bila dengarnya google nak tutup mana-mana akaun blogger.com yang sign in gunakan emel selain dari google. Akaun blog ni plak sign in pakai yahoo..
Nasib baik aku terbaca satu info kat blog Kujie2 cara untuk menukarkan akaun lama ke akaun google. Memang terbaik lah info ni. Aku dah tukar pun ke akaun baru atas nama kataegois @ gmail.com. Kalau korang nak hantar gossip ke, gambar artis cun-cun boleh la emel ye..

Senang je caranya. Tinggal agak leceh je.. Ni aku ajar sikit-sikit..

1. Buat akaun gmail.. Ikut je arahan sampai siap.
2. Masuk akaun blogger.com yang guna akaun dari selain gmail.com tu. gi permission lepas tu invite ke alamat gmail yang baru korang setup tadi..
3. Lepas tu login gmail yang baru tadi.. jumpa emel invitation klik kat link tu. lepas tu nanti sampai ke dashboard blogger.com dan ikut je instruction sampai abis..
4. sign out dari akaun baru tu..
5. login balik blogger.com masuk ke akaun lama..Pergi balik ke permission.. Pergi ke nama yang baru tu, set grant admin privileges.Lepas tu remove je akaun yang lama..
6. Masuk ke blogger guna akaun baru dan muncullah blog korang. Tak payah nak buat akaun baru..

Senang je kan?

Tiba-tiba je aku buat tutorial kan. Nampak cam terer IT plak tetiba

Sunday, April 17, 2011

Aris Ariwatan Nyanyi Maafkan Pencinta Buat Shamrin

15 APRIL 2011: Rasa Murai Batu macam baru semalam Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Shamrin,43, meninggalkan kita semua.

Padahal, sedar tak sedar, rupa-rupanya dah cukup 6 bulan dah arwah Shamrin Fotograf meninggalkan kita semua. Arwah meninggal dunia pada tanggal 11 November 2011 selepas dia dilaporkan jatuh rebah sewaktu bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Arwah kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 petang. Arwah disyaki mati akibat serangan sakit jantung.

Sehari sebelum arwah meninggal dunia, dia sepatutnya berjumpa dengan pengarah muzik Alibi Mussic Sdn Bhd yang ketika itu diterajui oleh KC Ismail bagi membincangkan tentang projek rakaman single lagu terbarunya berjudul Maafkan (kini diubah tajuknya kepada Maafkan Pencinta.

Lagu yang dicipta oleh Syed daripada kumpulan Nitrus itu khabarnya telah berjaya memikat hati arwah. Malah, dia juga khabarnya cukup excited untuk merakamkan lagu tersebut.

Apa yang menarik, lagu itu telah pun siap susunan muziknya dan hanya menunggu untuk vokal arwah dimasukkan saja. Namun, belum sempat ianya dilaksanakan, arwah telah eprgi dahulu menyahut seruan Ilahi.


Sejak daripada itu, Murai Batu tak tahu apakah nasib yang berlaku terhadap lagu tersebut. Tahu-tahu saja, lagu itu dah pun dirakamkan oleh orang lain. Yang merakamkannya pula bukan calang-calang penyanyi iaitu Aris Ariwatan yang pernah popular dengan lagu Permaidani, Korban Cinta dan Lamunan Terhenti.

Murai Batu diberitahu rakaman lagu ini diteruskan sebagai satu penghormatan buat arwah Shamrin Fotograf.

Tapi, apa yang Murai Batu nak katakan kat sini, pemilihan Aris Ariwatan menggantikan arwah Shamrin Fotograf untuk membawakan lagu ini memang sangat sesuai dan tepat sekali.


Lagipun dah lama Aris Ariwatan tak rakamkan lagu yang berbentuk komersial. Jadi, bila dapat dengar balik suara jantannya yang lantang tu, Murai Batu pasti, mesti ramai pencinta Aris Ariwatan yang tak sabar-sabar nak tengok Aris Ariwatan buat comeback.

Yang mana selalu sangat nyanyi lagu Aris Ariwatan kat pusat karaoke pulak, sabar ya. Murai Batu percaya, mesti lagu ni ada dalam bentuk versi karaoke. Cuma tak tahu bila jer..


Apapun, kalau nak dengar macam mana Aris Ariwatan bawak lagu ni, sila klik http://www.youtube.com/watch?v=48NYAWcwTNM.


-Murai.com.my

Ashraf muslim bertunang

PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.

Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.

Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

“Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

“Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.

Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.
- MStar

Alamat frust menonggenglah awek-awek di luar yang minat dengan Ashraf Muslim ni.. Cepat-cepat kawin la lepas ni ,,

Sharifah Amani tak bercinta dengan Isma

PANTANG dia kalau soalan-soalan mengenai kisah peribadinya diajukan. Mengenali dirinya, gadis kecil molek ini memang cukup tegas dengan pendiriannya bila tiba soal peribadi.

Pasti sepantas kilat Sharifah Amani akan menepis pertanyaan dengan berkata “Saya tak akan bercakap mengenai hal ini. Maaf sangat.”

Namun, apabila hubungannya dengan pelakon Azma Aizal Yusof atau Isma Yusof mula dihidu pihak media dan peminat, dia bagaikan tidak dapat lari dari dihambat pertanyaan.

Semuanya mahu mendapatkan kepastian sahih daripada mulut aktres yang mesra disapa Nani sendiri.

Semuanya gara-gara tindakan berani pasangan ini meletakkan status In a relationship di laman sosial Facebook masing-masing. Isma pula meletakkan label In a relationship with Sharifah Amani yang membuatkan seolah-olah memang ‘sah’ Amani dan Isma sedang dilamun cinta.

Menguatkan lagi kekecohan orang ramai mengenai ‘cinta’ mereka adalah melalui beberapa keping gambar mesra, saling berdakapan yang tersiar meluas di beberapa buah blog hiburan tempatan.

Bertanyakan hal ini kepada empunya diri, Pancaindera menemukan jawapan yang berbeza daripada Nani.

Dalam nada suara yang agak perlahan dan sedikit emosi, kata Nani, hubungannya dengan pelakon drama bersiri Sindarela itu tidak lebih sekadar kawan.

“Nani dengan dia cuma kawan sahaja. Tidak lebih dari itu. Kenapa hal ini perlu diperbesar-besarkan?” katanya ringkas.

Menurut Nani, dia tidak menyangka orang ramai mudah percaya akan hubungannya dengan pelakon yang dikenali semasa pementasan teater Hamlet pada tahun 2005.

“Lepas Hamlet, kami bersama dalam drama bersiri Emel Emelda dan seterusnya Sindarela. Jadi jelasnya hubungan itu tidak ada yang lebih dari cuma kawan sebab kami dah biasa digandingkan bersama,” katanya.

Malah, mengenai ucapan I Love You yang tertera dalam salah satu status mereka di Facebook, jelas Nani, ia cuma ucapan yang biasa dikatakan olehnya kepada semua orang.

“Orang yang kenal Nani, mereka akan tahu Nani ni macam mana orangnya. Nani cakap I Love You kepada semua orang. Jadi tak ada yang luar biasa,” ujarnya.

Mula melontarkan emosi kurang senang kepada Pancaindera mengenai isu ini, kata Nani dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap segelintir pihak yang suka menjaja cerita cintanya.

Luah Nani, ini kerana sejak awal lagi dia sudah meletakkan garis panduan bahawa dia tidak gemar soalan peribadi menjadi topik utama.

Jelas pelakon filem Sepet ini lagi, ia bukan kerana dia bersikap sombong, tetapi dia cuma mahu permintaan kecilnya ini dihormati semua pihak.

“Bayangkan, sudah dua tiga hari ni Nani dikejar pihak media yang mahu mendapatkan pertanyaan mengenai hal ini.

“Nani sedih sebab Nani tak berapa sihat kebelakangan ini dan susah nak bercakap. Tetapi ada segelintir daripada mereka yang tak memahami keadaan Nani.

“Nani harap ini kali terakhir Nani keluarkan kenyataan mengenai hal ini. Cukuplah. Nani cuma tak mahu keluarga terasa dengan sikap Nani,” katanya menutup bicara.
-Utusan

Harap2 tak payahlah nak gossip hanya sebab gambar yang sikit mesra tu. Mengarut la

Facebook anti Diana Danielle

Aku pun tak paham apsal ada manusia yang dengki sampai buat facebook anti Diana Danielle. Kalau buat anti dadah, atau anti dedah tu baguslah juga. Ni nak benci-benci manusia..Dah tu ada 4,000 lebih yang join tu. Pekehal nya korang ni?? Ada yang benci sebab katanya Diana Danielle ni cantik sebab solekan dan bukan kecantikan sejati. Eh tu pun nak benci ke? Tapi Diana ni memang cantik walau tak pakai solek.. Omputeh le katakan.. Yang korang jeles pehal?


Ok je muka dia tanpa mekap ni

Friday, April 15, 2011

Amir tak terkeluar Maharaja Lawak jadi isu

Aku baru tengok Maharaja Lawak minggu ketiga tadi. Antara yang menjadi bahan adalah AMir yang memang hentam keromo je tadi. Sampai Saiful Apek pun kata kelaut lawaknya. Tapi nasib beliau masih kuat lagi dan masih terselamat. Ini mesti penyokong-penyokong kuat beliau yang sentiasa mengundi beliau. Itu aku tak kisah sangatlah. Tapi kat fb, twitter, blog ramai pula yang mengutuk dia. Ada yang kata pengundi Amir tu bodohlah, tak tau menilai. Pada aku senang je. Kalau ko tak suka, lepas ni ramai-ramailah undi Jihan plak supaya dia tak ke bawah dan AMir kaat bawah. Tapi aku rasa yang komplen tu tak pernah mengundi pun. Tu kutuk je lebih..

Wednesday, April 13, 2011

Neelofa yang mantap di majlis KRU TV

Artis baru yang ditemui hasil dari pertandingan Dewi Remaja, Neelofa yang baru je berlakon dalam filem remake ' Azura'. Selain tu beliau dah jadi artis residen KRU Studios dan menjadi pengacara rancangan terbitan KRU Paparazi.
Memang mantap Neelofa ni tapi dah berpunya. Katanya bukan dari kalangan artis atau yang terlibat dalam industri hiburan. Melepas la .. Tapi apapun korang tengoklah mantap ke tak si Neelofa ni...




Gambar dari Budiey.com dan RUnwitme

Tuesday, April 12, 2011

'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.
Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.

“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.

“Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.

“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.
- MStar

Adoi.. Ada yang ambil kesempatan pulak.. Tak guna betul

Monday, April 11, 2011

Azma Aizal berhenti dari dadah

KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah Azma Aizal Yusoof, 30, yang dikenali sebagai Isma Yusoof sebelum ini berkata hidupnya lebih bermakna selepas setahun bebas daripada pengaruh dadah.

Susulan pengalaman hitam yang dilaluinya pada 2009 itu, pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ini sudah menyimpan kemas kesilapan tersebut.

Kini pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2010 ini hanya ingin menumpukan perhatian pada karier seni yang kembali bersinar.

"Saya sudah simpan pengalaman hitam terjebak dengan dadah iaitu ganja dan tidak mahu dikenang lagi. Saya belajar banyak perkara daripada kealpaan dan kesilapan itu.

"Kini, saya sangat bersyukur kerana terus diberi peluang oleh Tuhan, keluarga dan masyarakat. Sebab itu, sekarang saya gunakan nama Azma Aizal Yusoof dan mahu mulakan fasa baru dalam kehidupan," katanya.
- MStar

Baguslah tu. Jangan terjebak balik sudahlah..

Sunday, April 10, 2011

Kilafairy menyanyi

Kalau korang perasan, aku pernah tulis pasal artis seksi Kilafairy. Selain dari berlakon dia mempunyai suara yang bagus. Anak penyanyi la katakan. Ni lagu Alicia Keys ' If I Aint Got You ' yang dinyanyikan oleh Kilafairy..

Sapa ntah yang rajin buat video kat youtube ni.. tapi Boleh tahan sedap gak suara dia ni..

Awal hadiahkan Scha kereta

BILA Diva dapat cerita tentang pasangan kekasih ini, Diva terus menyanyi lagu Cahaya Cinta dendangan Datuk Siti Nurhaliza.

Ada teman membisikkan berita pasangan bercinta, Awal dan Scha. Khabarnya baru-baru ini Awal menghadiahkan kereta mewah Audi Q5 yang berharga lebih RM300,000 kepada Scha.

Bukan setakat itu, dengarnya nombor plat kereta berkenaan, WSC4 juga dipilih sebagai tanda betapa istimewa hadiah itu untuk orang yang tersayang.

Wah, bertuah badan Scha. Cemburu pula Diva dengar sebab Diva belum pernah dapat hadiah basikal, kereta jauh sekali. Cuma teringin mahu naik kereta baru Shaheizy Sam.

Kalau nak beli, kerja sampai pencen pun belum tentu Diva boleh dapat.

Tertanya-tanya juga Diva, atas acara apakah hadiah tersebut diberikan. Adakah sudah nampak isyarat sebagai tanda pertunangan di sebalik hadiah mewah tersebut?

Kalau betul, Diva mahu doakan semoga jodoh mereka berkekalan. Peminat pun suka sebab mereka memang tidak sorok-sorok tentang hubungan mereka. Sudah sering benar orang nampak mereka berdua pada acara besar mahupun di luar.
- Kosmo

Orang ada duit pedehal. Jgn tak jadi sudahlah. Banyak modal tu..

Saturday, April 9, 2011

Sensasi artis Youtube, Najwa Latif


Lagi artis yang dikenali di Youtube. Kalau sebelum ni Yuna mula dikenali di Myspace , Zee Avi pun bermula dari online dan Anna Raffali dihidu bakat melalui Youtube kali ni seorang lagi artis baru yang bermula dari Youtube iaitu Najwa latif. Beliau yang masih belajar lagi juga telah mendapat tumpuan dari syarikat rakaman NAR Record..
- Sumber KOsmo

Aku memang pernah tengok budak ni main gitar dan menyanyi kat youtube. Memang berbakat sekali tapi harap-harap jangan lupa diri bila dah jadi penyanyi ye. Jadi artis bukan setakat pandai menyanyi je, kena pandai bawa diri ye dik..

Lagu dalam youtube ciptaan sendiri, Carta Hati


Oo ye.. dia ada blog dengan url http://www.najwalatifs.blogspot.com/

Justin Bieber di Malaysia

Aku bukanlah peminat Justin Bieber tapi bukanlah anti Bieber . Cuma muzik dia tak sesuai dengan citarasa aku yang dah masuk 30-an ni. Tapi aku memang kagum dia fenomena Bieber yang mengemparkan seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Bagi memberikan peluang kepada peminat Bieber kat Malaysia, pada 21 April 2011 jam 8.30 di Stadium Negara akan berlangsung konsert Justin Bieber ' My World Tour'. Mesti ramai yang akan mencari tiket tu. Lepas tu ada pula filem Bieber ' Never Say Never ' bermula 14 April 2011. Memang gempak la promosi diorang ni.

Melda, Gadis Sunsilk menghilang diri


SEKELIP mata hidupnya berubah. Siapa menyangka, setiap inci dirinya kini menjadi perhatian ramai dan langkahnya juga bualan mata sekeliling. Mahu atau tidak, Nur Imelda Ahmad (Melda) tiada ruang berpatah balik sebaliknya terus ke depan mengejar impiannya bergelar penyanyi terkenal.

Mulanya seorang gadis biasa, pelajar jurusan Muzik di Universiti Teknologi Mara dan terus disambar membintangi program realiti Gadis Semasa Sunsilk membuka peluang buatnya mengecapi sesuatu yang mustahil buat kebanyakan gadis lain. Bagaimanapun, tidak semuanya indah. Sebagaimana pernah dibisikkan ke telinganya, sepak terajang gelanggang hiburan tanah air tidak semudah dilihat dan bukan seindah yang dikatakan. Populariti dan segala tugasan serta komitmen yang dihentak kepadanya membuatkan anak gadis ini mula merasa tekanannya. Entah apa yang difikirkan dan mungkin juga enggan terus dibelenggu, Melda melenyapkan diri tanpa memikirkan tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilakukan.


Meskipun punya jadual untuk penganjuran konsert solonya dan rangka promosi lagu terbarunya, Aku Adalah Aku, semuanya tidak dipeduli sebaliknya gadis berusia 22 tahun ini tegar melarikan diri. Tindakannya itu mengundang rasa kecewa kepada tenaga pengajar muzik dan vokalnya, Ajai kerana menyifatkan Melda mudah mengalah dan akur dengan dugaan yang menghimpit. “Tidak dinafikan semuanya sesuatu yang baru kepada Melda. Sebelum ini tiada siapa yang memimpin bakatnya secara terperinci, mengikuti kelas vokal, latihan muzik, strategi dan bermacam lagi. Justeru jadual kerja dan aktiviti harian ini mungkin membuatkan Melda janggal dan tidak dapat menerimanya dengan terbuka. “Namun sepatutnya Melda tidak perlu mengambil keputusan dengan menghilangkan diri seperti ini kerana ia menunjukkan sesuatu sikap yang tidak profesional. Saya faham jika Melda bersuara yang dirinya tertekan dan perlukan ruang namun bukannya hilang begitu saja. Semua yang dilaluinya adalah impian beribu-ribu gadis lain di luar sana. Impiannya bakal menjadi kenyataan dengan bimbingan yang cukup sempurna namun sayangnya, perihal remeh seperti ini pula dijadikan subjek.

“Saya mengharapkan agar Melda memikirkan semula mengenai tindakannya dan cuba melihat setiap perkara pada perspektif positif. Jangan menghancurkan masa depan sendiri dengan membuatkan keputusan tanpa berfikir panjang. Jika Melda dapat atasi tekanan sekecil ini, saya percaya dia mampu menghadapi seribu satu dugaan lain,” katanya.


Lain bagi Wardina Safiyyah yang membimbing peribadi dan ketrampilan Melda, lebih memahami emosinya yang kini bercelaru dan perlukan masa untuk berfikir. Tidak hanya menyifatkan Melda masih muda dan baru untuk menerima semua perkara dalam satu masa, Wardina mengandaikan tindakan Melda punya alasan tersendiri. “Tekanan dan apa saja reaksi emosi adalah normal kepada sesiapa saja. Melda tertekan dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku dalam dirinya. Semuanya terlalu mendadak dan drastik hingga membuatkan Melda hilang fokus dan mula mencari arah buat dirinya sendiri. “Tindakannya untuk hilang dan melarikan diri daripada sesuatu masalah yang dihadapi memang tidak patut dan hanya akan mengundang kerumitan namun jika difikirkan pada aspek dirinya pula, Melda memerlukan masa dan ruang buat dirinya. Memang dia perlu berfikir dan meneliti semula tindakannya sama ada berbaloi kepadanya atau hanya merugikan.


“Saya beranggapan Melda masih terlalu muda dan dia seorang yang matang dan bijak untuk memikirkan apa saja yang mengulit dirinya ketika ini. Apa yang penting, saya mahu Melda belajar daripada kesilapan kerana itu adalah resipi terbaik untuk memperbaiki diri dan buang jauh sikap ego dan sombong bagi tidak mudah terjerat dengan apa saja situasi yang bakal membunuh kerjaya sendiri,” katanya.

- HMetro..

Aik takkan takut plak dik oit? Kompeni besar dah bagi peluang buat konsert tu. Penyanyi yang lama bertapak pun belum tentu dapat peluang tu..

Tuesday, April 5, 2011

Kutipan '...Dalam Botol' Hanya RM600 Ribu

PETALING JAYA: Filem ...Dalam Botol (DB) yang dikatakan sudah mencecah kutipan RM1 juta sejak ditayangkan 24 Mac lalu, sebaliknya hanya mengutip RM600,000 selepas dua minggu ditayangkan.

Perkara itu disahkan oleh produser Metrowealth Movie Production, David Teo yang juga pengedar filem tersebut.

David berkata, sehingga Isnin (4 April), kutipan filem itu sebenarnya tidak pun mencapai RM1 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

“Kutipan filem DB sehingga semalam (Isnin) adalah RM600,000. Ia belum mencapai RM1 juta sebagaimana yang diuarkan,” katanya yang dihubungi mStar Online, Selasa.

Ditanya mengenai percanggahan jumlah kutipan itu dengan kenyataan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman sebelum ini, David berkata, faktor salah faham mungkin menjadi pencetus kontroversi tersebut.

"Berdasarkan apa yang dijelaskan kepada saya, Raja Azmi tidak mengatakan filem itu sudah mengutip RM1 juta tetapi ia dijangka mampu mencapai sasaran itu jika filem tersebut terus ditayangkan.

"Mungkin telah berlaku salah faham atau tersalah dengar di antaranya dan pihak media," katanya.

Tambah David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

"Filem itu masih ditayangkan tetapi agak sukar untuk dilanjutkan tempoh tayangannya kerana kutipan DB di bawah RM1 juta.

"Lagipun, mengikut giliran, filem lain pula akan ditayangkan bermula 7 April ini," katanya.

Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

Filem arahan Khir Rahman itu beraspirasikan kisah benar tentang konflik percintaan pasangan sejenis lelaki Ghous dan Ruby lakonan Wan Raja dan Arja Lee.

DB diterbitkan dengan kos produksi sebanyak RM888,000 tidak termasuk promosi dan ditayangkan di 41 pawagam.
- MStar
Kesian, nampaknya Raja Azmi bolehlah bersara ye.. Cari bisnes lain yang lebih sesuai..

Monday, April 4, 2011

Kilafairy seksi di ABPH

Aku terjenguk kat blog Budiey.com dan terpandang satu entri tentang anak Rohana Jalil, Kilafairy yang cun melecun. Pergh baju pun boleh tahan. Ngam-ngan ikut badan tu... Ni antara gambar yang aku jumpa..





Tapi yang betul nampak kelangsingannya, boleh tengok terus kat blog Budiey

Sunday, April 3, 2011

Mereka kolot - Zahida Rafik

Mereka berfikiran kolot - Zahida

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
MUNGKIN tujuannya baik, untuk meraikan orang yang disayangi, namun menjadi kontroversi gara-gara tiada sifat sensitif.

Itu yang berlaku pada sambutan majlis hari jadi Erma Fatima yang kemudiannya bertukar menjadi kontroversi hangat.

Pancaindera minggu lepas mendedahkan aksi tarian separuh bogel dan lucah oleh sekumpulan maknyah pada majlis hari jadi Erma. Tetapi Erma pada Selasa lalu memberi reaksi kepada Utusan Malaysia bahawa persembahan itu bukan lucah tetapi lucu.

Ternyata majlis yang dikatakan penuh dengan elemen kejutan itu bukanlah sekadar majlis makan malam biasa.

Ada pula adegan seorang mak nyah berpakaian seksi bergetah, tetapi bertudung yang sekaligus dikaitkan sebagai cuba untuk membuat provokasi kurang bijak kepada wanita muslim.

Meskipun mengaku tidak tahu menahu mengenai penganjuran majlis yang sebegitu, namun Erma tidak terlepas daripada kritikan kerana senada dengan majlis tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut telah dianjurkan oleh salah seorang anak angkat Erma sendiri bagi meraikan pengarah wanita imej bertudung dan banyak menghasilkan karya-karya menjurus kepada Islam.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh sahabat baik Erma, Zahida Rafik, yang turut hadir pada malam itu.

Menurut Zahida, dia yang hadir menerusi jemputan adik Erma, pelakon Umie Aida, langsung tidak menyangka akan ada persembahan sebegitu. Sebagai tetamu, dia tidak mungkin akan beredar begitu sahaja meninggalkan majlis.

“Takkanlah saya nak tinggalkan majlis macam tu sahaja sedangkan yang diraikan itu adalah sahabat saya sendiri.

“Ya, memang saya akui, perkara ini dah jadi satu isu sebab persembahan pada malam itu telah dibuat oleh golongan mak nyah. Bila sebut mak nyah, semua orang dalam dunia ini tahu bahawa mereka ini adalah lelaki.

“Tetapi pada saya persembahan seperti itu tak salah sebab mereka itu bukan wanita tulen. Kalau persembahan itu dilakukan oleh wanita tulen, itu baru kita boleh cakap keterlaluan,” kata Zahida.

Menyifatkan golongan yang memperbesarkan isu berfikiran kolot, kata Zahida persembahan begini bukanlah kali pertama di Malaysia.

“Banyak lagi persembahan yang mirip begini dipertontonkan dalam kebanyakan majlis tertutup di negara kita ini. Kenapa yang ini sahaja yang menjadi sasaran?

“Lagipun secara logiknya, mereka yang membuat persembahan itu pun bukanlah wanita yang berpakaian seksi, tetapi mak nyah.

“Jangan salahkan golongan ini kerana mereka memang cari makan dengan membuat persembahan begini dan ia tidak patut disalahertikan.

“Lagi satu, jangan pula lemparkan semua kesalahan kepada Erma kerana dia adalah orang yang diraikan dan dia tidak tahu mengenai kejutan itu,” pinta Zahida.
- Utusan

Aku tak termasuk dalam orang yang membesarkan isu tu tapi bila dikatakan yang mereka kolot memang aku kureng sikit. Ye la. Diorang bukan salahkan golongan itu ataupun Erma Fatima tapi tak puas hatilah dengan penganjur. Sepatutnya ada cara lain yang lebih baik nak meraikan Erma Fatima. Walaupun bukan wanita tetapi mak nyah tetap ada batasan. Tetap ada aurat gak. Kalau lelaki sekalipun memang tak boleh. Mungkin lah mereka ni tak se'update' cik Zahida Rafik ni. Dah biasa kat oversea sambut harijadi camni kot.. Lainlah penulis-penulis blog ni. Tinggal kat dalam gua lagi.

Saturday, April 2, 2011

Seri Bayu meninggal dunia




KUALA LUMPUR 2 April – Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini kerana menghidap sakit saraf.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 46 tahun. - Utusan

Bila tengok kisah Seri Bayu ni memang sedih. Menjadi lumpuh akibat sakit saraf dlm tempoh lama. Lepas tu dah ada isteri, bercerai pula.. Dan nampaknya, derita telah berakhir.
Alfatihah buat allahyarham.

Amy Search pengetua AF 9


Akhirnya teka teki siapa pengetua Akademi Fantasia 9 terjawab sudah.. Nampaknya rockers terulung, AMy Search dilantik sebagai pengetua.. Adakah AF 9 akan jadi lebih rock??

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung