PETALING JAYA: Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.
Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.
"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.
"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.
Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.
Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.
"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.
"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.
Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.
"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.
"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujarnya.
-MStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
►
2012
(58)
-
►
March
(19)
- Anak ibu ditinggalkan beri penjelasan
- Apa sudah jadi manusia ni?
- Shahrizat sah undur bulan depan
- Neelofa dan Amalina
- Gambar kontroversi Zizan Raja Lawak dengan Diana D...
- Irma Hasmie Bertunang 27 Mac
- Sharnaaz Cerita Pengalaman Terperangkap Dalam Banj...
- Ella bakal kahwin
- Leez Rosli Rawat Luka Di Hati
- Pekin Ibrahim kena fitnah
- Duit Zahida Rafik dilarikan pemandu
- Sharifah Aleya Hot FM Cerai Talak 1
- Lady Gaga muncul dalam Men in Black 3
- Rahsia Kecantikan Erra Fazira
- Elly bahagia sejak bertunang
- Aktress China, Bai Jing mati ditikam suami sendiri...
- Iklan panas Luna Maya diharamkan
- MAS rugi RM2.5 billion
- Wajah anak sulung Mawi, Cahaya Malaika
-
►
February
(39)
- Blog Roti Kaya jadi bahan gossip ?
- Sah! Aaron, Zizan & Johan Artis Naungan Astro
- Rumah milik Nabil kena pecah
- Keluarga Anne Ngasri Terima Aliff Aziz
- Liyana Jasmay Bakal Bertunang Mac Ini
- Farina AF8 tolak tuduhan kawin suami orang
- Misteri mistik di sebalik filem 'Bunohan'
- Rais Arah Konsert Erykah Badu Dibatalkan
- Kaki Angelina Jolie jadi perhatian dunia
- Pelakon Bicara Hati yang cun, Cristina Suzanne Sto...
- Ariel hasilkan lirik berjudul DARA sepanjang jalan...
- Pemimpin PKR ditangkap khalwat bersama isteri oran...
- 'Dia menyiku saya dahulu'
- SOSEH SOSEH: Panas dengan adegan solat
- Brenda Terima Hakikat Dikecam Kerana 'Mulut Longka...
- Gambar Keluarga Neelofa
- Jelajah Najwa Latif dengan rakan-rakan youtube
- ‘Dia cemburu buta’ - Balkisyh Semundur Khan
- Miera Leyana Tekad Tinggalkan Shahrizal Kerana Cur...
- Johan As`ari Mahu Bimbing Nabila Huda
- Rita Rudaini Tuntut Pemilik Twitter Mohon Maaf
- Najwa Latif beli perodua Myvi secara CASH
- Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah..
- Dato' Aziz Sattar terima BR1M
- Syatilla bukan model pakaian dalam La Senza
- Keanu Reeves Didakwa meninggal
- Whitney Houston meninggal dunia
- Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan - C...
- Masukkan dua peserta itu - Dang Suria
- Fasha dan Jejal tolak tajaan mewah
- Lelaki diserang pekerja KFC nafi provokasi
-
►
March
(19)
Ala banyak ni
pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...
Statistik Pengunjung
Statistik Pengunjung




0 comments:
Post a Comment