Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, November 28, 2010

Cikgu paling seksi kat China

Sesekali aku tukar idea.. Pergi ke luar negara plak. Asyik citer dalam negara je busan joe...
Ni aku terjumpa kat internet cikgu paling seksi kat negara China.. Memang cun cam artis je aku tengok.Ye ke cikgu ni? Kalau camni punya lawa mesti budak sekolah terutama lelaki tak mau ponteng. Tiap-tiap hari datang sekolah lah..
Nama cikgu ni Zhu Songhua , berumur 30 tahun tinggi 168cm berat 50 kg dan bentuk badan 34, 26, 34. Pergh terbaik loh..




Saturday, November 27, 2010

Ujibakat DJ RedFM

Kepada sesiapa yang berbakat menjadi DJ boleh mencuba diradio Red FM.
Sebagai permulaan, sesi ujibakat yang dinamakan Red FM Rudy's Recruit memilih The Zon Mall, Atrium Johor Bahru, Johor sebagai lokasi pertama yang akan diadakan pada Ahad ini (28 November) bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.

Sesi ujibakat seterusnya akan diadakan di Studio V, pusat beli-belah One Utama pada 4 Disember ini, diikuti destinasi terakhir ujibakat yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 Disember ini.


Peringkat akhir Red FM Rudy's Recruit akan diadakan pada 18 Disember ini yang akan menyaksikan perlawanan daripada 10 finalis bagi merebut gelaran penyampai radio Red FM.

- Murai.com.my

Ada berani cubalah

Thursday, November 25, 2010

Filem 2 Alam 2 Juta?

Pergh cukup gamat filem dari pengeluar barangan herba, Datuk Dr Rozmey Che Din. Dalam satu kenyataan beliau menyatakan bahawa filem tersebut mengutip RM2 juta pada hari pertama tayangan. Walaubagaimanapun, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)menyatakan bahawa filem 2 Alam hanya memungut RM230,000 sahaja (sehingga 25 November 2010).Yang mana betul dan yang mana salah ni? Baru-baru ni aku singgah kat wayang tengok citer 2 Alam ni. Penonton boleh bilang ngan jari la.. Tak lebih 30 orang. Tak tau le kat wayang tempat lain..

Siti Nurhaliza bersara

Berita gempak ni mesti ramai peminat Siti menangis baca ni.. Tapi kelentong je la. Dato Siti Nurhaliza bukan bersara dalam bidang nyanyian tapi menarik diri daripada menjadi calon ABPBH bermula daripada ABPBH 2010 pada tahun ini hingga pada masa-masa akan datang. Dia dah penat sebab asyik menang je. Bagi lah pada orang lain untuk menang plak. Apa pun tahniah Dato' Siti... Keputusan yang bijak tu,.

Thursday, November 18, 2010

Diana dan Lina , kembar cun

Tengah selak suratkhabar kat warung tepi jalan tengok 2 awek kembar yang cun. Siapa ntah Diana dan Lina ni. 2 orang kembar ni rupanya telah mula aktif berlakon dalam usia 14 tahun menerusi drama Mas Maria. Selain itu, Lina dan Diana juga muncul dalam MTV Asia, program MTV Is My Live mewakili negara. Diorang ni bukan serius berlakon sebab ada perniagaan sendiri. Tapi memang cun la awek ni.. Jadi awek aku pun bagus ni.


AKu tak tau ni Diana atau Lina.

Tuesday, November 16, 2010

Faezah Elai bersara dalam lakonan

Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat tahun lagi kerana menganggap dunia glamor yang dilaluinya adalah “busuk”.

Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia bosan dengan 'taktik kotor' yang digunakan oleh kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar 'dikipas' sebelum memberi peranan atau watak kepada pelakon dalam sesebuah terbitan mereka.

"Sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam dunia lakonan, apa yang saya lihat, seseorang pelakon itu diberi peluang berlakon walaupun lakonan mereka tidak berkualiti dan tak sehebat mana.

"Mereka perlu mengipas para penerbit mahupun pengarah untuk mendapatkan sesebuah tawaran berlakon.

"Saya masih ingat lagi ketika awal-awal pembabitan saya dalam industri seni, pihak produksi mengugut saya untuk menjatuhkan karier saya jika tidak mengikut kata-kata mereka.

"Cukuplah dengan apa yang dilalui. Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila. Dunia glamor itu busuk," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Justeru itu, Faezah merancang untuk membuka sebuah pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari selok-belok mengenai pengurusan pusat asuhan tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan sedang hangat bercinta dengan pengarah drama Asmara, Heikal Hanafiah, Faezah menafikan sekeras-kerasnya.

"Saya terkejut dengan gosip itu. Kenapa dia? Tak mungkinlah saya nak bercinta dengan dia. Kami berkawan biasa saja, tidak lebih dari itu.

"Saya akui masa penggambaran drama Asmara, kami ada berbuka puasa bersama, itu pun ditemani pembantu peribadi saya.

"Inilah kali pertama saya disoal mengenai gosip cinta. Saya ini jenis yang jarang keluar rumah jika tidak ada apa-apa aktiviti lakonan, dengan harapan ingin menjaga diiri agar tiada kontroversi," ujarnya.

Faezah bakal memulakan penggambaran filem Halilintar pada bulan ini dan sambungan Asmara 2 pada tahun hadapan.
- MStar

Aik.. Lepas Rozita, Faezah plak nak bersara. Baru je nak naik awek ni dalam drama Asmara tu.. Dah nak berhenti plak.

Sazzy Falak mengandung


Sudah beberapa hari asyik dengan cerita yang sedih je, hari ini Murai Batu dapat tahu cerita yang gembira dari informer Murai Batu. Dengar-dengar pengacara dan pelakon kecil molek, Sazzy Falak telah pun mengandung.

Tahniah Murai Batu ucapkan, yelah setelah empat tahun melayari bahtera perkahwinan bersama Nazril Idrus pastinya berita tersebut sememangnya dinantikan. Anak-anak kan penyeri serta pengikat bahagia sesebuah rumahtangga.

Kata informer Murai Batu, kandungan Sazzy belum pun masuk tiga bulan , itu antara sebab dia enggan menghebahkan perkara tersebut. Jelas Sazzy biarlah kandungannya melewati stage pertama selepas tiga bulan barulah dia bersemangat nak buat pengumuman mengenai kandungan tu kepada umum.

Tapi hajat Sazzy nak buat pengumumam sendiri macam tak kesampaian sebab cerita indah itu telah pun dihidu dan dah mula bertebaran di angkasa. Tak apalah Sazzy, Murai Batu faham perasaan Sazzy, kita nak simpan buat surprise tapi dah ramai pula yang tahu. Janganlah marah-marah sebab lagipun cerita ini pun cerita yang baik jadi pastinya ramai akan mendoakan agar keselamatan diri Sazzy dan kandungan terpelihara.

Pesan Murai Batu supaya Sazzy janganlah terlalu aktif sangat, bukannya apa sebab kandungan masih baru lagikan jadi elok berehat-rehat dahulu. Tapi Sazzy ni bukannya jenis yang boleh duduk diam, jadi ambillah job-job yang ringan dan berpadanan dengan anda.
- Murai.com.my

Wah cayalah.. Bakal bergelar ibu si Sazzy ni. Lepas ni kurangkan seksi ye

Saturday, November 13, 2010

Mamat kena tangkap curi motosikal

Adoyai.. Makin teruk hidup bekas penyanyi kumpulan Exist ni. Kalau sebelum ni kita dengar dia penah kena tangkap sebab mencuri handphone kawannya, kali ni diberkas kerana memiliki barang curi iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 November lalu di Tampoi, Johor Bahru.Ketika ditahan, Mamat turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mengaku mencuri motosikal berikut..
Sumber :- Gua.com.my

Kesian aku tengok Mamat ni. Rugi bakat yang dianugerahkan Tuhan tapi disia-siakan begitu sahaja. Mamat patut bertaubat dan ikut program Pengasih. Artis-artis cam Jamal dan Salem boleh beri bimbingan kepada beliau agar tidak jauh terpesong lagi.

AC Mizal jawab tuduhan

AC Mizal jawab segala kontroversi yang berlaku baru-baru ni.. APa dia jawab?
“SAYA tidak menaruh dendam berhubung fitnah yang dilemparkan kepada saya. Ia sedikit pun tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perniagaan AC Konsortium.Saya akan meneruskan tugas selaku Pengarah Eksekutif AC Konsortium. Walau apa saja fitnah dilemparkan, saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, kakitangan dan ribuan ahli AC Konsortium.

Saya tidak mahu membuat tuduhan siapa memulakan semua itu, tetapi berdasarkan penggunaan ayat dan maklumat disebarkan itu, terutama membabitkan hal perniagaan, saya dapat agak siapa dalangnya.

Jika diikutkan, serangan terhadap saya bermula sejak tahun lalu tetapi ia semakin menjadi-jadi selepas saya terlepas daripada hukuman penjara berkaitan kes syariah baru-baru ini. Mungkin individu itu tak puas hati sebab saya tidak dipenjarakan.

Jika saya dipenjarakan, barangkali individu itu puas kerana dia memang mahu melihat saya menderita. Apa pun, saya membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan biar pihak berkenaan melakukan siasatan.

Cuma, kepada penulis blog yang mencetuskan serangan kepada saya, sila tampil ke depan dan dedahkan identiti. Jangan jadi pengecut! Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.

Jangan sekadar menunjukkan keberanian dengan penulisan. Saya sendiri tampil memberi kenyataan dan membalas dakwaan yang ditimbulkan. Saya bukan mahu meraih simpati, tetapi apa yang dilakukan terhadap saya adalah keterlaluan. Bukan saya seorang yang terpaksa menanggung kesan fitnah, termasuk ugutan dilemparkan, tetapi juga keluarga dan kakitangan AC Konsortium.

Kenyataan ‘elok sembelih saja kot’ bukan kenyataan yang boleh dibuat main-main. Walaupun penulis blog yang mengeluarkan kenyataan itu mengatakan ia hanya metafora sehari selepas saya buat laporan polis, saya tidak boleh terima.

Penulis yang buat kenyataan itu boleh menganggapnya perkara kecil tetapi tidak bagi sesiapa saja yang ditujukan ayat seperti itu. Terus terang saya katakan, saya, keluarga dan kakitangan AC Konsortium hidup dalam ketakutan.

Saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi. Sudah pasti apabila saya mengupah pengawal peribadi, ada nanti yang mengatakan saya berlagak dan mahu tunjuk hebat, tetapi tiada langsung niat seperti itu kerana saya hanya mahu menjaga keselamatan diri, keluarga dan kakitangan seramai 33 orang.

Akibat fitnah yang dilemparkan, saya akui perniagaan saya merosot dalam tempoh sebulan, tetapi kini ia perlahan-lahan bangkit kembali kerana dalam pada ada yang membenci, masih ramai mengetahui situasi sebenar dan memberi sokongan.

Di sini saya mahu menjawab pelbagai dakwaan yang ditimbulkan:

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”


- Harian Metro

Nasib baik aku tak komen isu ni.. Kalau tak aku pun pegi kat balai sama.. Nanti sapa nak update blog aku kalau kena saman.. Huahuahua. Kepada blogger lain, siap sedia lah kan..

Friday, November 12, 2010

Vokalis Fotograf meninggal dunia


Vokalis penyanyi rock era 90-an, Shamrin dari kumpulan FOtograf telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia ketika bermain bolasepak padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama-sama artis tempatan. Aku memang minat dengan Shamrin yang bersuara lantang ni. Antara lagu yang best ' Di Alam Fana Cinta' , 'Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal'. Memang menjadi lagu siulan dulu-dulu ni.
Al-fatihah untuk beliau..

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal - Fotograf..

Wednesday, November 10, 2010

Awie jadi photographer?

Korang tau tak Awie?? Ala penyanyi rock kumpulan Wings. Dengar khabarnya nak pencen menyanyi dan berlakon. Nak jadi photographer plak. Tak percaya?? Korang tengoklah si Awie tengah khusyuk ambil gambar masa pertunjukan fesyen Malaysia International Fashion Week (MIFA) kat Pavilion hari tu...Tengok la.. Dahsyat gak keseriusan dia masa ambil gambar ni..




Kredit gambar dari http://runwitme.blogspot.com/

Bekas Pengurus Meet Uncle Hussein mengamuk

Aku terbaca kat blog gossip tersohor, OhBulan pasal bekas pengurus Meet Uncle yang tak puas hati dengan MUH ni. Dia kecohkan kat facebook. Tengoklah ni..

Boleh tahan cun gak Kimi ni ek.. Jom add facebook dia. Boleh tahu cerita lebih lanjut.. Nak berkenalan pun boleh ni..
Kalau betullah diorang perangai camni baguslah Lan keluar. Kalau tak sia-sia bakat dia .. hancur ngan kawan2 cenggini..

------------------------------------------------------
Terkini..
PETALING JAYA: Pengurus Meet Uncle Hussein (MUH) Kimmy, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kumpulan tersebut.

Katahnya, dakwaan sebuah blog tentang kenyataannya di Facebook kononnya dia sedang berhadapan dengan masalah adalah adalah tidak benar.

Menurut Kimmy, dakwaan itu adalah fitnah pihak tertentu yang menyamar sebagai dirinya.

"Akaun Facebook itu bukan milik saya dan tak mungkin saya meletakkan status yang memburukkan nama MUH.

"Saya rasa ada orang yang rapat dengan kami cuba menjatuh dan memalukan kami. Apa lagi, MUH kini dalam persiapan ke separuh akhir Muzik-Muzik 25 minggu hadapan.
"Setakat ini mereka tidak ada apa-apa masalah antara satu sama lain," kata Kimmy yang dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Dalam status Facebook tersebut, Kimmy kononnya membuat kenyataan dengan mengatakan dia dan salah seorang anggota MUH iaitu Taja sudah bosan dengan ahli-ahli MUH yang dikatakan kaki perempuan, kaki mabuk dan penagih dadah.

Tambah Kimmy, dia mungkin akan membuat laporan polis dan sedang berbincang dengan ahli-ahli MUH untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya akan mengambil tindakan dan setakat ini saya dan MUH sedang berbincang menganai hal ini. Bagi saya ia agak melampau dengan menyamar jadi saya.

"Mengejutkan lagi, penyamar itu menyiarkan nombor telefon yang baru saya beli di mana nombor itu hanya untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak ramai yang tahu nombor tersebut," kata tunang ketua kumpulan MUH, Taja itu.

-MStar..
Jadi tipu belaka lah facebook tu. Nasib baik aku tak add..
Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung