Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, May 30, 2010

Rozita Che Wan minta maaf

Ha.. Kak Rozita Che Wan yang gebu dah minta maaf sebab gambar tunjuk pehanya yang putih tu dalam Harian Metro..

Isu ni memang jadi hangat kat blog. Lebih-lebih lepas kak Ita kita ni baru je lepas menunaikan umrah baru-baru ni.. Harap tak payah nak kecoh lagi.. Tahun depan kan dia nak bersara dari dunia artis.. Dah tak nampak lagi peha tu lepas ni.. AHak



Gambar yang hangat diperkatakan..Memang menggoda tu..

Saturday, May 29, 2010

Johan masih trauma

BEKAS luka akibat dibaling gelas kaca oleh pengarah drama, Javerd Nizar, dalam pergaduhan kira-kira tiga minggu lalu jelas kelihatan di dahi pelakon, pelawak dan pengacara, Johan.

Sama seperti bekas luka itu, trauma yang dialami dek insiden yang menyebabkannya terpaksa menerima beberapa jahitan di dahi masih berbekas dalam hatinya.

Kata Johan ketika ditemui pada majlis pelancaran program terbaru kendaliannya iaitu Galaksi Sharp baru-baru ini, dirinya cukup trauma dan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika selepas insiden itu berlaku.

"Saya akui saya trauma sebab itu, selepas kejadian tersebut saya berehat dalam masa seminggu, satu untuk berehat akibat kecederaan, kedua, untuk melapangkan fikiran," ujarnya.

Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, 26, sudah melantik seorang peguam bagaimanapun setakat hari ini masih belum ada sebarang keputusan tentang tindakan yang bakal diambil berhubung kes itu.

"Saya sudah buat laporan polis dan sudah lantik peguam. Saya rasa lebih baik biar polis menjalankan siasatan, jadi saya tidak boleh cakap lebih-lebih.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, saya mencari keadilan daripada tindakan yang dilakukan ke atas saya, itu sahaja," tuturnya yang setia ditemani isterinya, Ozlynn Wati.

Disoal lagi, sejauh mana kebenaran tentang punca kejadian itu yang dikatakan bermula daripada masalah disiplin Johan iaitu sering datang lewat ke lokasi dan kata-kata kurang ajar yang dihamburkan kepada pengarah, Johan bagaimanapun enggan beri sebarang komen.

"Kenyataan itu hanya didengar daripada sebelah pihak sahaja bukan daripada pihak saya. Saya tidak boleh cakap banyak kerana kes masih dalam siasatan pihak polis."
- Kosmo..

Tengoklah camne kes ni.. Mesti lambat selesai.. Jadi berbaik-baiklah sesama kita.. Bukan besar beno industri filem ni..

Friday, May 28, 2010

Farid Kamil terima Ijazah


Pengarah dan pelakon, Farid Kamil Zahari turut menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat konvokesyen itu.

Farid, 29, yang bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Setan gembira kerana berjaya menghabiskan pengajiannya.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah terpaksa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian.

"Saya bertuah kerana mendapat kerjasama pensyarah dan rakan sekuliah serta keluarga," katanya.

Farid, yang pernah mengarah filem V3 Samseng Jalanan, bakal mengarahkan filem bertajuk Kongsi pada hujung bulan ini. - BERNAMA

Thursday, May 27, 2010

Bolamania sempena WOrld CUp 2010

MUSIM demam bola sempena Piala Dunia datang lagi! Bagi menyemarakkan semangat kesukanan, ntv7 menganjurkan program gameshow Bola Mania mulai 3 Jun ini, setiap Khamis, pukul 9 malam.

Program pertama kali yang dianjurkan oleh stesen televisyen itu menampilkan penyampai radio Hot FM AG, Muhammad Azmir Selamat selaku hos di samping penyertaan daripada ramai selebriti yang lain.

Antaranya adalah Aliff Satar, Ezlynn, Farish Aziz, Ana Raffali, Zahid, Iqbal Mazlan, Fiq, Nine Coco, Zoey, Fizo Omar dan Ejal ‘Grey Sky Morning’.

Program 20 episod yang akan berlangsung selama 30 minit itu dirakamkan di set yang lengkap dengan gelanggang futsal dan tiang gol malah setiap episod menyaksikan dua kumpulan berentap untuk merebut kejuaraan.
Setiap kumpulan dianggotai dua peserta yang terpilih menerusi pusingan awal pada April lalu termasuk penyertaan seorang selebriti.

12 pasukan akan berentap bermula pusingan mingguan, suku akhir, separuh akhir dan seterusnya juara Bola Mania akan dimahkotakan pada malam akhir Piala Dunia nanti.

Program ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ‘Masa Pertama’, ‘Strategi’ dan ‘Serang’. Dalam pusingan ‘Masa pertama’, peserta diajukan soalan-soalan berkisar dunia bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Sementara segmen ‘Strategi’ menampilkan para peserta untuk menjawab soalan sepantas mungkin berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

‘Serang’ merupakan pusingan akhir yang melibatkan kemahiran para peserta bermain bola sepak sambil seorang peserta daripada setiap kumpulan bermain dengan mata dibaluti kain.

“Ntv7 sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada demam bola yang melanda peminat bola sepak seluruh dunia ini.

“Bola Mania bakal mencetuskan emosi dan kegilaan peminat bola sepak di Malaysia sambil menyegarkan semula pengetahuan mereka dalam acara sukan ini di samping berhibur dengan aksi-aksi peserta,” kata Pengurus Penjenamaan Kandungan Urban ntv7, Emilya Ab Rahim mengenai program yang dilancarkan di Sri Pentas, Bandar Utama semalam.

Pemenang dalam Bola Mania akan menerima pelbagai hadiah seperti SYM-Engine daripada Life motorcycles, gelang magnetik E-Dymium, baucer daripada Uni-world Travel & Tours, jam tangan Roscani, topi keledar Solidgold, barangan Nanomite, telefon bimbit E-Touch, pakaian dan aksesori Lancast, barangan Adidas Body Care trofi serta wang tunai
-MStar
Menarik hadiah-hadiah ni.. Sempena World CUp le katakan

Saturday, May 22, 2010

Artis popular bagi autograph Awak Busuk

Tadi dengo kat Melodi pasal peminat yang mendapat autograph 'Awak busuk' .Pergh berani sungguh artis tu yang menghina pelajar UNISEL tu.. Aku dapat sumber, artis tu vokalis satu kumpulan yang memang top tapi tak berani nak menyatakan namanya. Lebih baik blogger lain yang sebarkan.. Aku rasa mesti artis tu tgh lalok. Tu yg kerek semacam je tu...

Shahir juara AF 8

Seperti yang dinyatakan sebelum ni..Shahir adalah juara AF8..
Keputusan penuh sedang menanti

Juara :- Shahir
No 2 : Dira
No 3: Daus
No 4: Maulana
No 5: Iwan

Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku berjaya mendapat hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000.. Tahniah.. Semua org dah jangkakan pun

Friday, May 21, 2010

Aril Trek Selebriti masuk hospital

21 MEI 2010: Dalam keseronokan Murai Batu menyaksikan keletah Aril mengendalikan Trek Selebriti dengan menemuramah bekas pelajar Akademi Fantasia 8, tiba-tiba teman baik Murai Batu beritahu bahawa naib johan AF7 sekarang ini disahkan berada di wad hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Terkejut Murai Batu mendengarnya sebab Aril sepatutnya terlibat dengan konsert final AF8 pada 22 Mei? Tapi, macam sekarang ni? Lagupun, apa sebab dia dimasukkan ke hospital secara tiba-tiba?

Rupa-rupanya Aril sudah kena demam panas dan dia mula ditahan di wad sejak jam 12 tengah hari semalam (20 Mei 2010) apabila demam panas yang sudah sehari menyerangkan tidak kebah-kebah walaupun dia sudah ambil ubat.

Walaupun Aril hanya mengalami demam panas, namun hasil daripada pemeriksaan doktor, darah Aril dikatakan terkena jangkitan kuman. Namun, ianya masih belum pasti lagi punca dari apa dan bagaimana Aril terkena jangkitan berkenaan juga masih belum diketahui.

Yang penting, Murai Batu rasa, Aril tidak cukup rehat kerana terlalu banyak ke sana-sini untuk menjalankan rakaman Trek Selebriti. Yelah, dengar cerita Aril sampai masuk hutan di Pahang semata-mata nak buat program tersebut happening.

Murai Batu doakan agar Aril lekas-lekaslah sihat dan jangan lupa makan ubat. Aril memang terbaik wok! Apapun tempat Aril untuk konsert final AF8 ini khabarnya akan digantikan oleh seorang lagi Duta Brand's iaitu Hao Ren.

.MURAIBATU: Tengah mencari siapakah artis wanita yang minat World Cup.
- Murai.com.my

Alamak kesiannya.. Harap2 Aril dapat sihat dan kembali mengacarakan Trek Selebriti..

Serina Redzuawan mengandung

Pelakon terkenal, Serina Redzuwan disahkan mengandung. Dia mendapat pengesahan tentang putera sulungnya dengan suaminya Gavin Edward O'luanaigh@Salahudin Ghafar itu sdi Pusat Perubatan Primanora, Taman Tun Dr Ismail. Tahniah lah.. Semoga mendapat anak yang comel..

Tuesday, May 18, 2010

Karya Raja Azmi diciplak

PRODUSER filem terkenal, Raja Azmi berang apabila mengetahui karyanya diciplak selepas menonton telefilem, Cinta Hantu di Astro Prima, 9.30 malam Ahad lalu.

Lalu beliau segera menghubungi serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penerbit bernama Wydia yang pernah mendapatkan skrip daripadanya tahun lalu untuk mendapatkan penjelasan.

Raja Azmi juga menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Sedania, Azrin Mohd Noor.

"Saya tanya mereka dari mana mereka dapat idea tersebut. Kenapa curi idea saya?" katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut Raja Azmi, Wydia pernah cuba mendapatkan skrip telefilem daripadanya untuk dihantar ke Astro.

"Saya telah menghantar dua tajuk berserta sinopsis kepada penerbit Widya pada Julai tahun lalu. Dua tajuk tersebut ialah Isi Rimba dan Hantu Bapuk," katanya.


HIBURAN
Selasa Mei 18, 2010
Raja Azmi Berang Karya Diciplak!

Oleh AU YEONG HOW

PRODUSER filem terkenal, Raja Azmi berang apabila mengetahui karyanya diciplak selepas menonton telefilem, Cinta Hantu di Astro Prima, 9.30 malam Ahad lalu.

Lalu beliau segera menghubungi serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penerbit bernama Wydia yang pernah mendapatkan skrip daripadanya tahun lalu untuk mendapatkan penjelasan.

Raja Azmi juga menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Sedania, Azrin Mohd Noor.

"Saya tanya mereka dari mana mereka dapat idea tersebut. Kenapa curi idea saya?" katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut Raja Azmi, Wydia pernah cuba mendapatkan skrip telefilem daripadanya untuk dihantar ke Astro.

"Saya telah menghantar dua tajuk berserta sinopsis kepada penerbit Widya pada Julai tahun lalu. Dua tajuk tersebut ialah Isi Rimba dan Hantu Bapuk," katanya.

Bagaimanapun Raja Azmi mendakwa, pihak terbabit telah menciplak idea dan menukarkan skripHantu Bapuk kepada Cinta Hantu.

Idea asas telemovie itu seperti idea asal miliknya, kata beliau, adalah terdapat persatuan hantu di sebuah kampung.

"Kebetulan pula seekor hantu itu jatuh cinta kepada seorang gadis di kampung itu," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penjelasan daripada Wydia mahupun Azrin, Raja Azmi memberitahu, Azrin telah memberikan maklumbalas kepadanya menerusi SMS.

Katanya, SMS Azrin itu adalah SMS yang dihantar oleh Wydia kepada Azrin.

"SMS itu menyatakan skrip asal Hantu Bapuk saya telah ditolak oleh Astro dan Astro mencadangkan penulis lain menulis semula skrip itu.

"Sekiranya betul dakwaan Wydia, kenapa dia tidak menghubungi saya dan mendapatkan kebenaran daripada saya?" katanya.

Raja Azmi mengakui pernah mendengar kes karya produser diciplak oleh syarikat produksi sejak beberapa tahun.

Kini dia sedar ia kini berlaku pada dirinya sendiri.

"Ini tidak adil! Saya tahu ramai mangsa yang kurang dikenali terpaksa makan hati kerana mereka tidak dapat mengadu.

"Oleh kerana ia berlaku pada diri saya, saya anggap ia adalah satu blessings in disguise," katanya.

Esok, Raja Azmi akan menemui pihak Astro untuk mengetahui perkara sebenar.

Tegasnya, tindakan seterusnya adalah menuntut bayaran untuk idea asalnya itu.

Beliau menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menciplak karyanya itu.
- MStar

Apa la ciplak menciplak ni.. Takkan ASTRO pun terlibat sama dengan isu ciplak ni..

Sunday, May 16, 2010

Shahir bakal juara AF8

Aku memang tak minat ngan AF ni terutama bila ada undian masuk semula.. APa lah.. Dah keluar tu keluarlah apsal masuk balik ?? Aku rasa ni strategi pihak penerbit ni...
Entahlah tapi apa pun ramai yang meramalkan peserta terkeluar dan masuk balik, Shahir akan berjaya jadi juara.. Mungkin ikut jejak Mawi World kot.

Johan Raja Lawak cedera di baling gelas oleh pengarah

SEREMBAN, 13 MEI 2010 : Gempar! Penduduk setempat telah digemparkan dengan insiden pergaduhan yang berlaku di antara seorang pengarah drama dengan pelawak popular Muhamad Yazid Lim atau Johan , 26, dengan yang berlaku di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat, petang kelmarin.

Pergaduhan yang dipercayai berpunca atas sebab rasa tidak puas hati itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang. Johan berada di restoran berkenaan untuk berjumpa dan berbincang pengarah drama tersebut.

Bagaimanapun perbincangan mereka tiba-tiba bertukar menjadi kecoh apabila pengarah itu dikatakan membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga menyebabkan kecederaan di atas kening atas mata kiri pelawak terbabit. Muka Johan dikatakan turut berlumuran dengan darah.

Dalam kejadian tersebut, pengarah drama berkenaan dikatakan telah menegur sikap Johan yang didakwa seringkali lewat datang ke lokasi penggambaran. Namun, ia cuba ditenteramkan isteri Johan, Rozlinawaty Ismail atau Ozlynn, 29.

Berikutan kejadian itu, Johan yang lahir menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Pertama terbitan Astro telah dibawa ke klilik sebelum membuat laporan di Balai Polis Seremban 2 berhubung insiden berkenaan. Johan yang sinonim bekerja dengan Zizan Raja Lawak ini juga turut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan susulan kira-kira jam 10.30 malam.

Johan dan Ozylyn berada di Seremban kerana terlibat penggambaran drama komedi seram bersiri yang bakal ditayangkan dis ebuah stesen televisyen. Kedua-dua mereka dikatakan telah memegang watak utama dalam drama komedi seram tersebut.
- Murai.com.my

Siapalah gerangan pengarah tu ?? Kot ye pun tak puas hati janganlah sampai mencederakan.. Ni boleh jadi kes polis ni..

Rini AF dah tak jadi penyampai radio lagi


Aku lambat kot.. Rupa-rupanya penyampai radio bernama Rini tu bekas peserta AF rupanya.. Baru je aku tau. Dalam 2-3 hari lepas aku perasan yang Rini ni hilang dari Radio ASTRO. Bukan merajuk atau sakit tapi nampaknya beliau ambil keputusan untuk tidak sambung kontrak sebagai penyampai sebab nak tumpu pada nyanyian. Takpelah kalau dah itu keputusannya..
Ye lah, single 'Mainan Jiwa' pun boleh tahan gak ...


Layan..

Lirik korang boleh tengok kat 1Liriklagu

Filem Lagenda Budak Setan bakal ke pawagam

Bagi bebudak zaman sekarang mesti tak tau tentang novel terhebat zaman 90-an dulu ' Lagenda Budak Setan'. Novel terlaris pada zaman tersebut dan menjadi kegilaan remaja masa tu.
Filem ni nampak hebat dengan barisan pelakon handalan seperti Farid Kamil dan Lisa Surihani. Ditambah dengan Que Haidar , Raja Farah dan Fazura pasti meletup di pawagam . Dengornya filem ni akan ditayangkan di pawagam pada 3 Jun nanti.


Trailer Promo filem Lagenda Budak Setan..

Thursday, May 13, 2010

Asyik AFMasuk je

Aku sebenarnya dah memang muak dengan AF ni.. Lepas tu ada AFMasuk plak tu. Dulu aku dengo kat dlm ERA, Norman kata tak nak kasi AFMasuk ni.. Tapi nampaknya dia pun kena ikut penerbit.. Ah boringlah...
Entah2 yang masuk balik, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi akan jadi juara nanti...

Aleeza Kassim masih isteri lagi

HIBURAN
Khamis Mei 13, 2010
Saya Mahu Teruskan Hubungan Ini - Aleeza Kassim

Oleh KEMALIA OTHMAN

Aleeza dan suami kembali menjalani kehidupan selepas kes lafaz cerai telah diputuskan mahkamah sebagai tidak sah.

PELAKON dan peragawati, Aleeza Kassim menzahirkan rasa bersyukur setelah mahkamah kelmarin memutuskan dia masih sah sebagai isteri kepada ahli perniagaan Mohd Fauzi Che Ros.

"Alhamdulilah, segala sudah selesai, semuanya akan berjalan seperti dahulu.

"Kami mengikut keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, Aleeza memberitahu bahawa mereka akan kembali dan teruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

"Saya akan kembali menjalankan tugas sebagai isteri dan teruskan hubungan ini. Kini kami sudah kembali tinggal bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.

Kelmarin, Hakim Syarie Ghazali Ahmad membacakan keputusan bahawa pasangan ini masih lagi sebagai suami isteri selepas lafaz: "kita bercerai esok" yang didakwa diucapkan oleh Mohd Fauzi terhadap model jelita itu hanyalah hasrat dan tidak mendatangkan kesan sehingga terjatuh talak.

Pasangan itu bernikah pada 15 Julai 2006 dan belum dikurniakan cahaya mata.
-MStar

Baguslah tu. Harap2 dapat bertahan lama.. Jangan sikit2 cerai..

Saturday, May 8, 2010

Nabil Zamanhuri harumkan nama negara di Shanghai


PENYANYI Nabil Zamanhuri telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi 2 anugerah, Naib Juara Lagu Terbaik, Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan Nabil Zamanhuri (kategori lagu) dan anugerah Penyanyi Harapan Asia 2010.

Acara yang berlangsung di Beijing, China pada 28 April hingga 7 Mei 2010 ini menyaksikan Nabil bersaing bersama 30 peserta dari Sri Langka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Khazaktan, Bulgaria, China, Canada, Australia dan lain-lain.

Walaupun gagal memenangi sebarang tempat bagi kategori vokal, namun kejayaan Nabil Zamanhuri benar-benar memberi semangat buatnya.

Bagi Nabil sendiri beliau amat bersyukur walaupun tidak menjadi juara, namun terpilih ke peringkat akhir Top 10 adalah sesuatu yang membanggakan.
-MStar

Cayalah Nabil.. Walaupun populariti ko dah suam-suam kuku tapi dengan kemenangan ni mungkin menaikkan kembali nama ko.. Aku memang tak minat konsep muzik ko tapi tetap support dengan kejayaan ..

Wednesday, May 5, 2010

Lan , Azlan and the Typewriter bakal berkahwin hujung tahun ni


LAN, vokalis Azlan & The Typewriter (ATT) mengesahkan dia akan mengakhiri zaman bujangnya pada hujung tahun ini, sama ada bulan November ataupun Disember.

Katanya, dia telah mengikuti kursus perkahwinan dan kini lebih mengetahui tanggungjawabnya kelak sebagai ketua keluarga.

"Usia saya pun dah menjangkau 28 tahun. Saya rasa elok berkahwin pada tahun ini. Memang target kami berkahwin sebelum mencapai umur 30 tahun," katanya kepada mStar Online semalam.
Mengenai tunang yang sebaya, Lan berkata, dia telah berpacaran dengannya hampir dua tahun dan mereka memang merancang melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
- MStar

Baguslah tu. Tak baik couple lama-lama byk dosanya nanti..

Lufya terbit album sendiri




Dengan mengeluarkan duit sendiri, Lufya tidak pernah putus harap untuk menghasilkan album yang memakan masa lima bulan itu. Sekarang dia sedang menunggu sebuah lagi lagu untuk disiapkan sebelum album yang memuatkan enam buah lagu itu dihasilkan pada hujung Mei ini.

Selain Diam, dia juga tampil dengan Kaki Pengikis, Cintai Sakiti dan Kawanku. Kesemua lagu tersebut berentak pop dance.
Selain menyanyi, anak kacukan Indonesia dan Arab itu telah berlakon dalam beberapa drama tempatan lain seperti Banifsha, 6 Syarifah, Kisah Pendekar, Semanis Janji, Impian serta beberapa komersial seperti Pantene, Lipton, Good Maid, Avon, Elle dan Nokia.
-MStar

Ntah mana artis ntah.. Selamat memasuki industri hiburan negara

Monday, May 3, 2010

Siapa Tilu



Saban hari radio memutarkan lagu Ku Bukan Aku tapi tak ramai yang tau siapa penyanyinya.. Mula-mula aku ingatkan artis single wanita tapi rupanya kumpulan yang bernama 'Tilu'. Dianggotai oleh enam anak muda Mira yang bertindak selaku vokalis kumpulan ini turut dibantu oleh Johar (drummer), Dauz (trompet), Bajai (rhodes), Puja (bass) dan Kiki (gitaris).

Video klip Ku BUkan AKu

Senarai pemenang AIM 17

Agak lambat update..Tapi kira masih ada lagi waktu ..
Album Terbaik- Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Terbaik- Dan Sebenarnya (Yuna)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Hazami (Survivor)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)- Dato' Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu- Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Album Pop Terbaik- Dayang Live (Jenny Chin / Dayang Nurfaizah)

Album Hip Hop Terbaik- K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique / DJ Fuzz & Malique)

Album Rock Terbaik- Adrenalin (Audi Mok, Faizal Tahir/ Ahmad Izham Omar / Faizal Tahir)

Album Inggeris Tempatan Terbaik- To Prevent The Earth From Moving With You (Lo / Disagree)

Artis Baru Terbaik- Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara- Aku Wanita Biasa (Krisdayanti)

Anugerah Wirama- Adnan Abu Hassan

Anugerah Kembara- Bunkface

Album India Tempatan Terbaik- Life Is A Mystery (A Thanushia / Shruthi)

Album Cina Tempatan Terbaik- I'm Karen (Fred Chong/Lee Chee Chong/Keiran Kuek / Karen Kong)

Album Nasyid Terbaik- Allahu Rabbi: Frizdan, Amin Inteam, Amin Nordin, Suhaimi, Shamir Supaat, Salleh Brotherz / Inteam

Lagu Rock Terbaik - Komposer / Penulis LirikSituasi (Bunkface) - Sam / Sam

Lagu Pop Terbaik - Komposer / Penulis LirikDan Sebenarnya (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Hip Hop Terbaik - Komposer / Penulis LirikCerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam) - Malique, DJ Fuzz & Salam / Malique

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikDeeper Conversation (Yuna) - Yuna / Yuna

Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer / Penulis LirikEnjut (Noraniza Idris) - Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Nasyid Terbaik - Komposer / Penulis LirikDia Muhammad (Inteam) - Frizdan / Frizdan

Lagu Cina Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikNa Han (JK Chen Jia Kai) - JK Chen Jia Kai / Percy Phang

Lagu India Tempatan Terbaik - Komposer / Penulis LirikUyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) - Jay, Jey Raggaveindra, Dhilip Varman / A. Sivalinggam, T. Poovaneswaran, Jey Raggaveindra

Kulit Album Terbaik - PerekaSarah Joan Mokhtar - To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Rakaman Album Terbaik - JururakamGreg Henderson - Into ... Akasha (Akasha)

Video Muzik Terbaik - PengarahNam Il Cho - Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - PengarahJenny Chin - Cinta Ada (Karen Kong, Jaclyn Victor, Dato' Sheila Majid)

Tahniah Yuna.. Hang memang terbaek

Sunday, May 2, 2010

Radhi OAG mengaku ambil dadah


Sebenarnya aku tak terkejut yang si Radhi OAG ni ambil dadah sebab kalau tengok masa stage atau interview pun nampak kelalokannya.. Tapi bagus lah sebab secara terbuka beliau mengaku dan ingin berubah..
Katanya
Katanya, pada malam sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, badannya tiba-tiba menjadi panas ketika sedang khayal akibat dipengaruhi najis dadah.

Pada waktu itu fikirannya benar-benar kosong sehingga hadir perasaan takut memikirkan masa depannya semakin gelap.

Dia juga mempunyai seorang anak lelaki Mohd. Rifdhi Muslim, 5, yang sedang membesar dan memerlukan kasih sayang daripada seorang ayah.

Radhi nekad untuk meninggalkan tabiat buruk itu walaupun sebelum ini sudah dua kali dia mencuba tetapi tidak berjaya.


AKu harap Radhi kena cari tempat yang betul.. Jangan ingat mudah nak berhenti kalau tiada pengawasan. Masuklah pusat perubatan cam Pengasih atau lain-lain bagi memperbaiki diri.

Faezah Elai nak cari suami

Baca paper Pancaindera hari ni tak?? COver depan gambar pelakon seksi Faezah Elai yang katanya masih solo lagi.. Dalam tu ditulis yang Faezah memang nak kawin sebab umur dah meningkat tapi tak jumpa-jumpa calonnya.. Kepada jejaka-jejaka luar sana, cepat-cepatlah mencuba. Dia seboleh-boleh nak lelaki yang berlainan bidang.. Dalam erti kata lain dia tak nak cari artis.. SO kalau korang bukan artis try le cuba.. Leh tahan cun n seksi dia ni..
Lepas kawin dia nak buka Tadika kat PUlau Pinang tu.. Ada berani??

Saturday, May 1, 2010

Aleeza Kassim bercerai sebab perkara kecil

KL, 30 APRIL 2010 : Bulan ini sahaja kita sudah dengar banyak kes penceraian yang berlaku dalam dunia artis tempatan. Lepas satu, satu. Terbaru yang Murai Batu dengar ialah kes pelakon serta peragawati terkenal, Aleeza Kassim dengan suaminya Mohd Fauzi Che Ros.

Murai Batu difahamkan, mereka sedang dalam perbicaraan untuk mengesahkan status cerai yang dihadapi mereka. Apa yang Murai Batu tahu, suaminya sebenarnya masih sayangkan Aleeza tetapi dengan tidak sengaja beliau telah mengeluarkaan perkataan cerai sewaktu bergaduh.

Tetapi bila hati dah sejuk dia mungkin menyesal dengan perkataan yang dikeluarkan itu. Iyalah, Murai Batu pun tak tahu nak kata apa, suami isteri ni bila gaduh macam-macam boleh jadi, tapi bila dah okey balik, barulah nak menyesal dengan tindakan melulu yang diaorang buat. Itulah sebabnya mereka turun naik mahkamah, sebab nak tahu perkara itu boleh menyebabkan jatuhnya talak ataupun tidak.

Sebenarnya mereka bergaduh pun pasal benda kecil je, pasal nak balik kampung. Sorang kata macam ni sorang kata macam tu. Bila pertengkaran yang tak dikawal mulalah merebak menjadi parah.

Murai Batu percaya suami Aleeza tidak berniat demikian dan kalaulah mereka disahkan bercerai sekalipun, mungkin ada kebarangkalian mereka akan rujuk semula. Murai Batu yakin sebab suaminya ada menyatakan pada mahkmaha yang beliau masih sayangkan Aleeza.

Kata suami Aleeza, "Selagi kami masih mencintai antara satu sama lain, kami akan terus bersama".

Perkataan sayang tu membuatkan mereka kuat untuk bersatu menjadi keluarga kembali. Takpelah, Murai Batu harap perkara ini menjadi pelajaran yang berguna buat pasangan ini kelak.

Kepada pasangan lain pun, kalau boleh tak payahlah gaduh-gaduh pasal benda yang kecil. Benda yang kecil pun tak perlulah perbesarkan. Buat pening kepala saja. Kalau ada masalah dan rasa tak puas hati, lebik baiklah bincang secara elok-elok.
- Murai.com.my

Apa nak buat.. Biasalah tu kadang-kadang ikutkan sangat hati marah tu..

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung