Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, April 30, 2010

Gambar Lisa Surihani di set pengambaran Adamaya

Ahak aku jumpa gambar-gambar Lisa Surihani kat profile facebook dia..
Memang cute la dia ni.. Patutlah ramai suka..Budak kecil Amani pun cute sangat kan..

Cute sangat Lisa ni.. Walaupun buat lawak dengan pose ni..

Comelkan pelakon cilik yang menjadi anak Lisa.. Sesuai tu..

Gambar diambil dari profile facebook Lisa Surihani tanpa diedit walau setitik tahi lalat pun..

Er korang layan ke Adamaya ni?? Aku tak layan lah.. Sori ye Lisa letak gambar kat sini.. ( Ha haha. Cam dia baca je blog ni )..Tapi takpe.. Kat internet boleh download per.. Nanti aku dah kurang bz boleh lah layan.. Dengo citer best..

Trailer Promo Adamaya

Friday, April 23, 2010

Protege Mentor musim ke 4

Nampaknya satu lagi rancangan realiti tv bakal bermula..
Berikut merupakan Protege masing-masing..

Nani (Azmeer),


Ayim (Mus May),


Ila (Joe Flizzow),



Shaq (Mas Idayu),


Adi (Dayang Nurfaizah)




Thalia (Ziana Zain).



Siapa bakal menang? Korang saksikanlah.. Aku malas nak layan

Kes khalwat Norman tertangguh lagi

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menegur pihak pembelaan kes khalwat Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerana sering mengakibatkan prosiding tertangguh.

Hakim Syarie Wan Mahiyuddin Wan Muhammad ketika menamatkan prosiding berkata, tiga prosiding lepas terpaksa ditangguhkan atas pelbagai masalah teknikal termasuk hari ini kerana peguam kedua-dua pelakon berkenaan gagal hadir kerana sakit.

"Harap persiapan rapi dibuat selepas ini untuk menyelesaikan kes dalam kadar munasabah (dan) supaya sebarang masalah teknikal dapat diatasi dengan baik.

"Pihak pendakwa juga perlu menyusun jadual agar soal jawab melibatkan saksi dapat diselesaikan pada perbicaraan bermula pagi sehingga petang," katanya.

Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan pelakon baru Memey atau Suhaizah Suhaimi, 21, yang biasanya diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan digantikan dengan wakilnya, Irsamuddin Ikhsan.
- MStar

Memang lamalah nak selesai kes korang ni.. Cepat2 lah bawak berkahwin.. Bosan kitorang dengo cerita gedik korang ni,

Thursday, April 22, 2010

Adik Shira , Sakina mula berlakon


Mungkin ramai mengenali pelawak dan pengacara wanita popular, Sharifah Shahira yang sering berlakon dan mengacara. Dan mungkin juga ramai yang mengenali dramatis Sharifah Norhaslinda (Lynn) . Kini adik mereka iaitu Sharifah Nurul Sakinah (Sakina) Syed Abu Bakar mengikut jejak langkah kakak mereka melalui drama Hotel Mania yang semakin popular di kaca tv..

PROFIL
NAMA SEBENAR: Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar
NAMA KOMERSIAL: Sakina
TARIKH LAHIR: 28 Mei 1989
BINTANG: Gemini
ASAL: Kuala Lumpur
IDOLA: Hasnul Rahmat
IKLAN KOMERSIAL: Tropica Twister, Tropicana Mall, Gardenia, Celcom dan Maxis
LAKONAN: Siri Hotel Mania

Hotel Mania klip


Aku tak jumpa lah .. Yg mana satu dia ek dalam video klip ni??

Band Ungu konsert di Malaysia

Nampaknya satu lagi band dari seberang masuk ke Malaysia untuk Mega Konsert 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Mei 2010, jam 8.00 malam iaitu kumpulan Ungu.. Kalau sebelum ni kumpulan Wali Band kali ni kumpulan Ungu la plak..
Ntah bila agaknya kumpulan Kristal, Jinbara nak ada konsert cam diorang.. Asyik konsert funfair je tapi konsert besar takde plak.. AKu bukan anti artis luar tapi kesian bila artis tempatan tak de support. Kumpulan Search ngan Wings pun sikit punya susah nak dapat buat konsert besar-besar ni..

Wednesday, April 21, 2010

Nightmare On Elm Street versi terbaru

Wah dah nak sampai cerita seram ni kat Malaysia.. Cerita mengisahkan seorang hantu yang mempunyai kuku panjang sambil pakai topi sambil berpose gaya menyeramkan dengan watak popularnya, Freddy Krueger..
Kepada yang gemar cerita ni bolehlah tunggu sebab bulan May nanti akan ditayangkan di pawagam..

Oh ya, kepada blogger advertlets, korang boleh join contest kalau nak dapat tiket free..
Rujuk website advertlets..
Tak kose aku nak tengok .. Kang terkencing nanti...

Try tengok trailer ni dulu

Tuesday, April 20, 2010

Kes Zizie Izette dan Bung Mokhtar




Bung Moktar dan Zizie telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur hari ini untuk menghadapi dakwaan berpoligami tanpa kebenaran. Kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim menetapkan 18 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman.
-MStar


Aik.. AKu ingatkan dulu kawin takde masalah, rupa-rupanya ada kes poligami tanpa izin. AKu tak kisah sangat pasal Zizie tu tapi yang Datuk Bung tu takkan tak tau kot yang poligami tanpa izin salah dari segi undang syariah Malaysia..
Ada ke hal kawin dibuat main-main.. Memang masaklah Datuk Bung kena jawab kat Dewan.. Memang jadi modal pembangkang ni nanti..

Rozita Che Wan hangat bercinta


Cewah.. Janda meletup ni tengah hangat bercinta rupanya.. Dapat bapa tiri lah anak-anak kak Rozita ni. Lagipun tak lama lagi dia nak bersara dari dunia lakonan elok sangatlah menamatkan zaman jandanya.

“Saya sedang bahagia dengan si dia setelah cinta kami berputik beberapa bulan lalu dan mengenalinya lebih empat tahun lalu,” kata Rozita mengenai lelaki berusia 34 tahun itu.

Baru-baru ini Rozita memaklumkan tentang pemergiannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah buat kali ketiga ditemani adiknya, aktres Ayu Raudhah.

Setiap kali menunaikan umrah, ibu tunggal kepada dua anak itu selalu mendoakan agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang terbaik di dunia dan akhirat.

“Setiap kali saya menunaikan umrah, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk diri-sendiri. Saya juga mendoakan agar dipercepatkan jodoh sekiranya dipertemukan dengan lelaki yang terbaik untuk saya,” beritahunya yang tidak sabar untuk mengerjakan umrah pada 26 April ini.

Dalam rancak bercerita tentang lelaki yang berbeza usia tiga tahun dengannya itu, ada sekelumit perasaan gusar dan takut yang timbul dalam diri.

“Bukan semua orang boleh menerima artis sebagai teman hidup. Saya juga sudah mempunyai dua handbag sedangkan dia masih bujang.

“Tetapi saya seronok berkawan dengannya kerana dia tidak pernah menyakitkan hati saya sepanjang kami berkenalan,” katanya penuh tersirat dalam nada merendah diri.



Nampaknya bukanlah pemain bolasepak Asaruddin Putra yang digembar gemburkan tu. Kesian la plak kan..

Anne Ngasri bakal bercerai

Banyak nya kes-kes artis cerai berai ni.. Dah le baru je beberapa tahun kawin. Tapi nak buat camne kan kalau jodoh sampai tu je..


KUALA LUMPUR: Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.
Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.


“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.


Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.
- HMetro


Kesian kat anak-anak la kan..

Saturday, April 17, 2010

Ahli Fiqir berpecah akhirnya..


Kecewa dan sedih tidak usah dibicara lagi. Namun gerak hati untuk meneruskan perjalanan masing-masing perlu diutamakan. Rasa hiba atas pengunduran seorang ahlinya, Samsol Nahar Sibenget atau lebih dikenali sebagai Tukang Kata, penghujung tahun lalu, belum lagi hilang. Kini tiga lagi ahlinya iaitu Fadali Mohd Darif (Dali), Ceza Mutyara (DJ Cza) dan Nurhidayati Mohd Yusop (Mawar Berduri) juga ada rencana sendiri.


Mahu atau tidak, hidup perlu diteruskan. Menyangkal istilah ‘berpecah’ berulang kali, Mawar enggan menyifatkan keputusan ini sebagai penghujung kepada segala-galanya.

“Sampai masanya untuk kami membawa haluan diri. Namun untuk mengatakan kami berpecah adalah agak kasar kerana hubungan kami terlalu erat sebagai teman dan keluarga.


“Mungkin kami lebih melihat keputusan ini sebagai tempoh berehat. Maklumlah, saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Adam Harris Imran yang kini berusia setahun setengah. Walaupun suami mengizinkan saya untuk terus aktif, ini satu inisiatif sendiri bagi menumpukan perhatian pada keluarga.


“Jika saya terlepas untuk mencipta nama sebagai penyanyi, ruang untuk berpatah balik sentiasa ada. Namun jika tertinggal masa membesarkan anak, pasti tiada ruang untuk saya mengundur masa. Saya tidak mahu menyesal atau rasa ralat akan tanggungjawab sendiri,” katanya yang berkahwin dengan jurutera berusia 33 tahun, Imran Harith Fazillah.


Hadir dalam bentuk muzik hip hop moden, Ahli Fiqir berjaya menerajui tiga album dan beberapa pengiktirafan, termasuk Artis Singapura Terbaik dan Album Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006. Malah, segala pengalaman bersama cukup kuat untuk melepaskan anggota yang lain bergerak solo.


Bagaimanapun cabaran itu disahut Dali yang banyak menyumbang lirik dan melodi. Mungkin keputusan mereka untuk membawa haluan sendiri bakal membuka ruang padanya bagi memperkenalkan muziknya sendiri.


“Janggal pasti ada, namun perjuangan saya sebagai pemuzik perlu diteruskan. Saya memahami akan keadaan Mawar yang sudah berkeluarga dan DJ Cza yang mahu menumpukan pada perniagaan keluarganya.


“Betul juga, sampai bila kami ingin terus begini kerana usia semakin meningkat dan perubahan dalam arena muzik makin pesat membangun.

“Insya-Allah saya akan tampil dengan projek solo selepas ini dan segala proses ke arah itu dalam perancangan. Saya cuba tampilkan sentuhan sendiri tanpa Ahli Fiqir dan jika diberi peluang yang baik, saya yakin peminat setia muzik kami selama ini dapat mengikut rentak muzik saya selepas ini,” katanya yang sebelum ini pernah tampil bersama Maliq dan Yassin menerusi lagu Alhamdulillah.


Pemuda berusia 27 tahun kelahiran Medan, Indonesia, DJ Cza hanya memandang keputusan bergerak sendiri ini sebagai pemangkin kerjaya mereka.


Tidak mahu melihat ia sebagai masalah, sebaliknya bagi DJ Cza yang juga bekerja sebagai pemutar muzik di sebuah kelab di ibu kota, yang lebih penting adalah keserasian antara mereka tidak mustahil membawa pertembungan semula kemudian hari.


“Kami sangat serasi dan rapat. Malah kami sudah menjadi keluarga selain berkongsi minat sama. Justeru, tidak mustahil jika satu hari ini kami akan bersatu kembali untuk merakam sebuah album bersama.


“Setakat ini sejak album pertama hingga yang terbaru, saya bersama anggota kumpulan yang lain sentiasa gembira dengan sambutan diberi. Malah saya bersyukur kerana peminat dapat menerima kami seadanya,” katanya.


Ahli Fiqir bagaimanapun akan melancarkan single ketiga, Biarkan daripada album ketiga terbitan Warner Music Malaysia selepas Fikir-Fikir dan Derita Merindu

MPV kemalangan melibatkan Achik Spin

Aku dapat beberapa video dalam facebook tentang MPV yang melibatkan Achik tapi tak pasti betul atau tak..
Tapi yang ni gambar dari MStar..



Tengok gambar memang teruk terbakar tu...Sedekahkan al fatihah..

Betul ke Achik Spin meninggal ?




Terbaca kat forum cari berita ni
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=139173..
Aku tak pasti kesahihannya sebab belum ada berita sah.. Katanya kerana kemalangan di Perhentian Nilai.. Selagi belum ada kenyataan tak berani nak komen apa.. Ada sesiapa boleh bagi pengesahan??

----------------------------------------
Berita terkini
MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
17/04/2010 8:51pm

Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
-----------------------------------------------------------------------

Al Fatihah.. Semoga ahli keluarga beliau bersabar. Seorang lagi permata seni yang telah meninggal dunia.. Aku teringat lagi lagu-lagu cam 'Paling Comel' dengan Nana.. Comel sungguh.. Tapi tuhan lebih menyanyangi.

Wednesday, April 14, 2010

Radhi OAG kembali beraksi

Penyanyi yang kontroversi dengan hal keluarga dan kisah-kisah aksinya , Radhi OAG akan tampil kembali. Tapi bukan dengan kumpulan Old Automatic Garbage tapi dengan sebuah kumpulan baru yang diciptanya iaitu Radhi-O. Mungkinkah populariti mamat ni akan kembali melonjak?? Aku pun tak tau .. KIta saksikan je la

Tuesday, April 13, 2010

Kavita Sidhu tiada perancangan kahwin


enyentuh cerita peribadi, aktres berusia 38 tahun ini lantas diusik tentang perancangan perkahwinan.

Dengan riak muka selamba, pelakon filem 1957: Hati Malaya ini sempat tergelak sebelum membalas jawapan.

Katanya, dia sangat senang dan gembira dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang. Malah, soal sunyi atau tidak berteman sedikit pun tidak membebankan fikirannya.

Jauh sekali untuk memikirkan tentang perancangan perkahwinan, sekurang-kurangnya bukan di waktu terdekat.

"Saya tidak merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat. Malah, saya juga masih tiada teman istimewa jadi macam mana hendak kahwin pula.

"Walau bagaimanapun, saya gembira dengan kehidupan saya hari ini," ujar Kavita yang hanya dapat tidur antara lima ke enam jam sehari ekoran kepadatan jadual kerjanya.


- MStar..


Biasalah zaman sekarang. Apa kisah ngan kawin2 ni..

Monday, April 12, 2010

Aril ingin jadi seperti Rain





Aril mengagumi aura dan pesona yang dimiliki oleh Rain. Sebagai orang baru, Aril selalu menanam impian untuk berjaya dalam bidang seni dan membina nama sebesar Rain.

"Memang saya selalu berangan ingin jadi seperti Rain. Malah, saya ingin mengecap populariti dan kejayaan yang 'lebih besar' daripadanya.

"Imej dan pesona yang ditampilkan olehnya bukan sahaja terbina dalam tempoh yang singkat, malah memberi impak kepada perkembangan muzik sejagat.

"Saya ingin berjaya dalam bidang seni ini seperti Rain. Perubahan muzik dan dunia hiburan hari ini menuntut seorang penghibur itu untuk tampil dengan pakej lengkap yang merangkumi lagu, imej dan aura yang hebat untuk berjaya," katanya.

Tambah Aril, personaliti dan penampilan jejaka Korea itu memukau bukan sahaja dalam lingkungan kelompok peminat di rantau ini, malah menjangkaui ke peringkat antarabangsa.

Malah, Aril menyifatkan Rain sebagai antara penghibur Asia yang paling menonjol di persada seni antarabangsa.
- MStar

Friday, April 9, 2010

Dah ada facebook

Ramai orang sibuk ada Facebook.. Aku je tak create-create lagi..
Aku minta tolong mak cik Limah buatkan facebook ni..
Aku tak reti-reti . Kalau korang rasa cambest jomlah add aku kat profile aku ni http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=100000984120651 ..

Penyanyi baru Anis Aneesa bakal dengan lagu Dance World



Penyanyi baru, Anis ANeesa tampil dengan konsep World Music. Beliau percaya pertaruhannya dengan single pertama Qasidah Cinta yang sudah diputarkan di corong-corong radio bakal mendapat tempat dihati pendengar.

Beliau bakal muncul dengan mini album yang bakal berada dipasaran pada Mei ini menjanjikan kelainan berbanding lagu-lagu yang dibawakan Anis Aneesa sebelum ini, malah konsep dan imej bagi tahun 2010 juga lebih segar dan remaja.


Aku sebenarnya tak kenal pun dia ni.. Tengok kat google rupa nya penah ada kontroversi gak minah ni.. APa-apa aje lah..

Biodata ANis Aneesa
NAMA SEBENAR: Nuranishazwani Mushidi

TARIKH LAHIR: 14 Julai 1986

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ALBUM: Kompilasi - Lagenda Cinta & Dang Dang Dut 3 serta Anis Aneesa (solo)

PENCAPAIAN: Naib Johan Bintang Asli Remaja peringkat Wilayah Persekutuan 2001

Thursday, April 8, 2010

A Aida diugut Ameng Spring

Betullah telahan aku A Aida yang diugut oleh Ameng Spring tu.. Tak tau sapa betul dan sapa salah sebab kes masih dalam siasatan lagi... Kita tengok je la..

Korang bacalah kes kat Harian Metro ni..

Aziz M Osman bakal berkahwin dengan wanita muda


Perkahwinan kali ke 4 Aziz M OSman . Kali ini dengan wanita muda, Puteri Sarbainun Lokman yang berusia 21 tahun.
Hebat tul pengarah tersohor Malaya ni.. Jangan memain.. Cun bakal isteri dia ni..

Tuesday, April 6, 2010

Ameng Spring ditahan ugut bekas isteri

PETALING JAYA: Seorang penyanyi sebuah kumpulan rock 90an akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur esok berikutan ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas isterinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ditahan ketika hadir di balai polis Sentul kira-kira pukul 2 petang tadi untuk membantu siasatan.

"Bekas isterinya membuat laporan polis pada 30 Mac lalu setelah menerima SMS ugutan itu. Esok, dia akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada 14 Disember 2005, Ameng pernah dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Kampung Raja dekat Jertih setelah mengaku bersalah menagih dadah jenis syabu awal September 2005.

- MStar

Ala.. Ameng ni suara dia best gak tapi mungkin sebab menatang dadah ni dia jatuh.. Er bekas isteri tu bukan produser Halimah Jongang A. Aida ker???
ada sesapa leh jawab?

Sunday, April 4, 2010

Keputusan penuh ABP 2009

DISAMPAIKAN OLEH SCHA, AWAL ASHAARI DAN UMMI NAZEERA

Pengacara Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi
Pengacara Wanita Popular : Fara Fauzan

DISAMPAIKAN OLEH CHEF WAN DAN KAK YONG


Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

DISAMPAIKAN OLEH NORASHIMAH RAMLI, IKHWAN DAN ANNE

Penyanyi Duo & Berkumpulan Popular : Bunkface

DISAMPAIKAN OLEH ALONG, YANA DAN SAHEIZY SAM


Artis Komedi Lelaki Popular : Nabil
Artis Komedi Wanita Popular : Noor Khiriah

DISAMPAIKAN OLEH SHAMSUL YUSOF, SALINA SAIBI DAN NORALBANIAH

Artis Baru Lelaki Popular : Black Mentor
Artis Baru Wanita Popular : Yuna

DISAMPAIKAN OLEH ROSYAM NOR, FAUZIAH LATIFF, WATIE ELITE


Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular : Tiq Zaqiah

DISAMPAIKAN OLEH M.NASIR, NORA


Artis Nasyid Popular : Rabbani

DISAMPAIKAN OLEH SHIDDEE, ZAINURI, AZLINA AZIZ

Penyanyi Lelaki Popular : Aizat
Penyanyi Wanita Popular : Dato’ Siti Nurhaliza

DISAMPAIKAN OGY, DAVID TEOH

Pelakon Filem Lelaki Popular : Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular : Liyana Jasmay

DISAMPAIKAN OLEH MR. ANTONY


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat :

Dato’ Khadijah Ibrahim


DISAMPAIKAN OLEH MR. ANTONY , DATOK BUJANG


Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 :

Dato’ Siti Nurhaliza


Ada beberapa target aku tak kena..
Penyampai Radio Lelaki Popular aku target Aznil / ALlahyarham Din Beramboi
Pelakon Filem Wanita Popular aku target DIana Danielle

Saturday, April 3, 2010

Hajat Din Beramboi jadi hero tidak kesampaian

PENGARAH Afdlin Shauki yang juga rakan baik kepada Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri menyatakan rancangan untuk mengarah filem barunya dengan menampilkan arwah sebagai teraju utama tidak kesampaian.

Filem yang berjudul Along Bukit Beruntung itu telah dirancang sejak dia dan arwah Din terbabit dalam rancangan Aha beberapa tahun lalu.

"Saya dah lama berhajat untuk jadikan dia hero, ini juga adalah niat dia yang sudah lama terpendam. Jalan cerita dan skrip kami siapkan bersama.

"Malah dia terlalu teruja sehingga sudah mengambil cuti dari Era FM untuk penggambaran filem tersebut. Mengikut perancangan kami akan mula pada akhir tahun ini. Namun kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang lebih mengetahuinya," jelasnya.
-MStar

Kesian. Tapi itulah ketentuannya.. Bersama kita sedekahkan Al Fatihah.

Thursday, April 1, 2010

Din Beramboi meninggal dunia

Setelah bertarung nyawa selama beberapa hari akhirnya Din Beramboi meninggal dunia..

UALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.
-MStar

Hilang seorang insan seni yang unik dan sukar dicari ganti ..

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung