Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, October 31, 2009

Drama Nur Kasih catat 28 juta penonton

Drama tempatan yang mencetuskan fenomena di merata-rata dan menjadi sebutan, Nur Kasih diberitakan mendapat rating tinggi.
DRAMA yang dibintangi oleh pelakon Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera kini telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di TV3.

Terus terang aku sendiri pun tak tengok cerita ni tapi memang jadi fenomena.. Mana-mana orang cerita pasal Nur Kasih ni. Mungkin ada yang best kot. Tapi aku nak tergelak gak bila ada dalam radio beritau yang cerita ni banyak pengajaran dan menginsafkan.. Bukan apa.. Penonton boleh insaf kan.. Agak2 pelakon camne.. Ops.. Jangan saman saya.. Saya blogger miskin..

Jom tengok lagu soundtrack dari Yassin

Awie vs Akhil

Aku pun pelik kenapa Awie tiba-tiba melenting bila Akhil menyatakan pandangan dan teguran tentang sesetengah artis yang sesat. Aku bukan peminat AKhil dan akui beberapa perkara yang tak berkenan kat dia. Tapi sebagai manusia tak salah bagi beliau yang mempunyai sedikit ilmu agama untuk menasihati.
Mungkin ada orang yang menempelak Akhil dengan menyuruh membetulkan diri sendiri tapi kalau dah camtu susahlah. Hanya orang yang maksum je boleh tegur sesama artis.. Takkan hanya mufti-mufti dan ulamak je boleh tegur?? Orang-orang biasa tak boleh menegur sesama sendiri ke??
Ini lah dikatakan akhir zaman. Orang tegur sikit pun meradang.. Entahlah..

Bienda kahwin November 2010


Tiba-tiba je gempat dengan gossip anak dara penyanyi dangdut, Sheeda ni..
Kononnya dia bernikah senyap-senyap 10 Oktober lalu. Aku bukanlah penggemar gossip tapi pedehal benda ni pun boleh jadi hangat ek.. Bior lah dia nak kawin .. Kan bagus..
Tapi aku baca dalam Kosmo,beliau menafikan perkara tersebut. Dia memberitahu kemungkinan dia akan kawin dalam bulan November 2010. Lama sangat tu dik.. Cepat-cepat je kawin.. Nanti memacam fitnah datang nanti.
Lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya itu merupakan seorang pembantu penerbit di sebuah stesen televisyen swasta tempatan.
Siapa?? Korang carilah sendiri.. Tak rajin aku nak cari..

Friday, October 30, 2009

Erra jadi hos rancangan realiti bolasepak



Diva Malaysia, Erra Fazira terpilih sebagai hos rancangan program realiti bolasepak , 'Tiger Futbol Starz' . Rancangan ini merupakan rancangan realiti bolasepak untuk mencungkil bakat anak-anak muda sberumur 7 - 12 tahun.

Sesi ujibakat akan diadakan di beberapa tempat terpilih seperti berikut dari jam 7 pagi hingga 5 petang:

Padang Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur- 31 Okt 2009
Padang Merdeka Perbandaran Berjaya, Kota Kinabalu, Sabah- 7 Nov 2009
Dataran Merdeka Kuching, Sarawak- 14 Nov 2009
Padang Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar, Kedah- 21 Nov 2009
Padang USM, Pulau Pinang- 22 Nov 2009
Dataran JB, Johor Bahru, Johor- 28 Nov 2009

Jadi kalau korang ada adik atau anak-anak yang berbakat boleh tonjolkan bakat mereka kat program ni.. Bolehlah jumpa isteri Engku Emran tu..

Wednesday, October 28, 2009

Pisau Cukur mengegar pawagam


Siapa tak suka tengok wanita seksi, cantik Fazura dan Maya Karin? Nampaknya mereka bergabung tenaga untuk membawakan wanita gedik dalam filem pengarah kreatif, Bernard Chauly .
Sudah pastinya cerita ni dengan pengaruh urbannya pasti membuat panggung penuh.. Aku tengok trailer dia pun dah menaikkan minat aku nak pegi menontonnya..

Dalam filem tu, Maya Karin dan Fazura akan menjadi wanita materialistik yang mencari lelaki kaya untuk menjadi mangsanya.. Alah nama tajuk pun pisau cukur takkan korang tak paham-paham lagi.. Mestilah pasal wanita yang kaki kikis..



Telah terima wang advertlets

Minggu lepas aku dah terima duit dari advertlets.. Tak banyak cuma RM100 je tapi cukuplah nak menampung duit minyak kete aku untuk 2 minggu..
Apahal pun aku ucapkan tq kat josh yang memberikan aku kepercayaan kepada advertlets...

Jadi pandangan negatif pada advertlets sebenarnya salah.. Memang diorang bagi duit lambat sikit tapi korang kena feedback.. Baru lah dapat..

Tocei sekali lagi..

Sekarang ni aku nak fikirkan strategi camne blog aku ni boleh memberikan aku duit advertlets lagi.. Takkan aku nak tunggu samapi 2 tahun lagi baru nak dapat duit.. Tak boleh jalan..

Tuesday, October 27, 2009

Linda Jasmine selamat melahirkan anak

Nampaknya bertambah seronok la Que Haidar selepas isterinya kini telah selamat melahirkan bayi perempuan. Bayi perempuan tersebut dinamakan Tengku Ratu Haidar.
Que yang dihubungi melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran bayi seberat 3 kg itu.

"Semasa menemaninya bersalin, perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar, teruja serta takut.

"Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan juga semangat untuk terus berada di situ sampai Linda selesai bersalin.

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah pada ubat-ubatan," katanya yang berehat sementara daripada lakonan demi menjaga Linda dan anaknya itu.

Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak, Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka di media massa, namun tidak menghalang pihak media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.

- MStar

Tahniahlah semoga berbahagia dengan kelahiran anak..

Friday, October 23, 2009

Maya Karin ganti Diana Danielle pegang watak Natrah

Rasanya ramai dah tau tentang ni.. Memang dari segi lakonan Maya Karin lebih mantap dan hebat berbanding Diana Danielle yang baru setahun jagung tu..Cuma tidakkah Maya agak berumur untuk membawa kan watak Natrah ketika berumur 13 dan 20 tahun..

Tapi apa pun aku yakin Maya Karin mampu membawa watak yang sedikit masa dahulu menjadi kontroversi satu waktu dulu.

Teater Natrah terbitan IB akan dipentaskan di Panggung Sari pada 30 November hingga 9 Disember ini.

Thursday, October 22, 2009

Nanu Baharudin pegang watak Qistina dalam Spa-Q

Nampaknya pengganti watak Qistina telah diketemui. Nanu Baharudin akhirnya dipilih membawakan watak berhantu dalam drama Spa-Q ..

Drama bersiri popular ini juga akan ditukar tajuk kepada 'Spa Qistina' dan akan bersiaran di ASTRO. Kepada follower tapi takde ASTRO jadi apa tunggu lagi dapatkan cepat langgan ASTRO.. Ala korang langgan je sekejap lepas abih SPa Qistina, terminatekan lah.. Tapi lepas tu ko kena samanlah.. Ha hahaa.

Rancangan yang akan bersiaran pada bulan Januari 2010 menampilkan pelakon baru seperti Kak Fasha Sandha sebagai Frieda, Nora Danish (Maya), Rizman Khuzaini (Ade Putra), Kefli AF3 dan barisan pelakon-pelakon lama seperti Farahdiya dan Azizah Mahzan.

Harap makin meletup drama ni...

Saturday, October 17, 2009

Anna Raffali, gitaris berbaju tradisional


Jarang sekali awek zaman sekarang yang berminat dengan pakaian tradisional. Tapi awek yang comel ni, Ana Raffali selesa dengan baju kebaya , baju kurung.
Lagu beliau dah mula keluar radio iaitu, 'Hujan Bunga Di Kuala Lumpur'. Mungkin beliau akan buat full album pada Januari depan.
Nampak makin rancak industri hiburan tanahair. Tak perlulah nak bergantung pada lagu luar lagi.. Harap stesen radio memberi peluang kepada bakat-bakat muda ni..



Layan youtube


Sempoi siot pakai baju kurung layan gig...Cun gak dia ni..



Ni blog dia.. Ramai siot fan dia kat facebook. Lepas ni kena follow la ni.

Jasmine Michael heroin filem Estet



Aku rasa ramai yang tak berapa nak tau sapa Jasmine Michael ni. Dia pun baru-baru ni je dalam bidang perfileman negara. Beliau yang selama ini hanya setakat berlakon filem Tamil mula dikenali selepas pengarah filem tersohor, Mamat Khalid menjadikan beliau heroin dalam filem 'Estet'.

Dalam temubual dalam Kosmo beliau menjawab desas desus yang kononnya watak beliau sepatutnya dimiliki oleh Jac dan ini jawapan beliau..

"Saya sering ditanya soalan yang sama. Tetapi setahu saya, watak Geetha memang diberikan kepada saya dan Jac pula ditawarkan watak yang lain. Tetapi saya rasa saya bukanlah orang yang berhak bercakap tentang perkara ini," ujarnya jujur, lantas menepis kata-kata yang dia adalah pilihan kedua. Jelas tampuk 'pelakon utama' masih lagi bertakhta dalam perjalanan kariernya.

Mungkin nanti bila filem 'Estet' meletup dipawagam baru nama pelakon berbangsa India ni akan mencanak naik. Kita tunggu dan lihat.

Luahan hati Scha Al Yahya

Semua orang dah tau pelakon Awan Dania, Scha Al Yahya dah pun berpisah dengan Fahrin. Kali ni dia luahkan sedikit perasaannya kat dalam facebook..


Bismillah.

i dunno wether i shud do this or not. but my heart says i shud,so here i am. a confession im gonna make..

i believe most of you know about whats going on between me and him. ya, haluan masing2.. dulu when we were together, i admitted and went public about it. jadi bila dah habis juga, i know i should come clean and tell the thruth as well. didnt wana prolong this.

as human, as a girl, to me breaking up is one hell of a thing to do, the hardest thing to do i must say. people may think im a strong girl. im kasar and i can deal with this easily =) and i always look fin and happy but only God knows what im going thru now. we can say things that help to ease the pain, yes terima kasih sangat atas semangat yg diberi. i really appreciate it. i really do, thanks tapi selalunya its easier said than done.

im dealing with it now. its time, my time. scha terpaksa deal dengan benda yg tak enak, yg tak dapat dielakkan. hope it happened for good. saya kurang bernasib baik, bila benda ni berlaku jugak ke atas saya. its sad. really sad.

kita plan, kita usaha, kita doa tapi it still His call. kalau Dia dah tentukan mcmtu, macamtu lah jadinya. kita usaha, dont give up and give the hardest to fight for what we want but things dont always turn out the way kita nak. kan? jadi kita telan lah walau sakit mcm mana pun. saya ada bahagian saya, dia ada bahagian dia.

saya cuma minta semua orang faham, dan tak payah menyalahkan sesiapa sebab benda yg terjadi ni pun sebenarnya bukan kami yg minta.. it happened just like that no matter how hard we avoid it.
Breaking up is not a nice feeling. jadi i hope people would give time or space to both of us. dont speculate, dont judge dont label.. we all go thru this, dont we? we forgive and forget, no hatred, suci dan bersihkan hati. jadilah orang baru, yg lebih berjaya di dunia dan akhirat.

belum habis pasal ni lagi, timbul cerita baru. yg ada macam2 versi.orang bercakap seolah olah mereka tau apa yg terjadi sedangkan yg tau hanya me and him.. timbul pihak ketiga, which to me is the most ridiculous ive ever kena. itulah adat. bila berkawan pulak dengan orang lain,dikatakan bercinta. Dan timbul ceritra kononnya dia romeo..

all this while, i always sincere and i will always be. trust me. baru 'luka', belum pulih, terus nak 'berlari' lagi? impossible ! God knows how i feel and what i do. Cukuplah..
scha tak sepatutnya go public mcm ni tapi TUJUAN scha tulis note ni adalah sebab scha nak jawab kebanyakkan soalan fans kat sini. what u heard is true.
jadi lepas ni, please understand. we both going thru some changes in life, shitty ones. just need to toughen up and move on, kan?

its part of life, a process that can better ourselves, and make us stronger. apa yg terjadi , biarlah kept to ourselves. im sure he agress with me =)

please respect my future, and his future as well.

last but not least, its not easy, susah sangat but we have no choice. whatever happens, i hope you guys will support me, and him. and the show that we gonna do together. teruskan menyokong. teruskan bersama kami, dan juga maaf kalau kami menghampakan semua.

scha harap anda akan sokong SB dan saya akan cuba yg terbaik. teruskan menonton Awan Dania 2 dan Papadom di pawagam .

we look good together,we are made for each other but we dont meant to be together....
my prayers are with you and family. have a wonderful life ahead.

D.

p/s: harap semua tidak menjadikan note ini sebagai isu, terima lah confession ikhlas dr hati saya. habiskan terus di sini, look forward. bukan untuk publisiti,hanya utk menjawab persoalan semua di sini.

no more why when and how.
byebye
have a great monday
salam

scha alyahya

- http://www.facebook.com/note.php?note_id=153000282710

Ala biasalah .. Lagi elok ko break sekarang dari dah kawin baru break... Pesan aku, jangan terlalu over exposed sangat.. Tak bagus... APa pun tu semua dah tertulis dalam buku hidup ko... Insyaallah ada pengantinya.. Siapa nak? Mungkin beautifulnara kot.. Dia peminat Scha ni

Friday, October 16, 2009

Aku nak beli handphone Nokia N97 mini








Bila aku tengok h/p ni memang menarik perhatian aku . Cun betul design ni.. Aku bukanlah kaki gadget. Handphone aku pun dah 2 tahun tak tukar..
Best kalau dapat pakai Nokia N97 mini ni..

Harga aku belum jumpa lagi. Ada sesiapa tau??

Advertlets akan bayar

Sebelum ni aku pernah tulis pasal Berbayarkah Advertlets
Aku baru dapat email dari advertlets selepas aku submit ticket


Apologies for the delay. Please let us know your bank account details
and we will do a direct transfer. We will require your bank acc, full
name and bank name. The transfer will be done within this month.
--

Advertlets Support

Ticket Details
===================
Ticket ID: KFU-751695
Department: Billing & Earnings
Priority: Low
Status: Open


Aku dah pun bagi maklumat yang diorang nak.. Aku harap diorang bayar.

Aku suka pakai advertlets sebab dia based on view, berbanding yang lagi satu tu, kena ada orang click baru dpt earning.
Aku harap pihak advertlets perlu mengemaskini website mereka.. Sama je dari dulu.. Kalau diorang still sama aku rasa advertiser pun tak sudi nak masuk. Nanti kompeni lagi satu tu makin mencanak yang korang lama-lama terlungkup.. Harap2 aku dapat la duit tu sebab kalau diorang bagi senang ati..

Negara Malaysia harus minta maaf dengan Wali Band

Nampaknya bukan setakat orang kebanyakan je yang anti Malaysia. Nampaknya band Indonesia yang baru, Wali Band pun terang-terangan anti Malaysia.. DIorang kata yang lagu mereka di ciplak...

Sekali lagi pencurian hak cipta dilakukan oleh negara tetangga, Malaysia. Kali ini, lagu populer milik Wali, Cari Jodoh, kabarnya dibajak oleh Malaysia. Mengenai hal itu, Wali berjanji tak akan tinggal diam.

“Iya, memang lagu kami yang judulnya Cari Jodoh diaransemen ulang oleh musisi Malaysia,” kata Apoy, gitaris Wali, membenarkan kabar tersebut.

“Itu berita yang sangat mengejutkan karena lagu kami dibajak di Malaysia. Kita tidak akan tinggal diam karena mereka mencuri lagu kami,” janji Apoy mewakili bandnya saat ditemui Studio Penta, Selasa (13/10) kemarin.

Dilanjutkannya, dengan kejadian ini, mereka menuntut Malaysia untuk meminta maaf. Namun begitu, Wali juga akan terus melakukan tindak lanjut pengusutannya.

“Negara Malaysia harus meminta maaf kepada kami. Tapi bukan hanya permintaan maaf karena kami akan melakukan tindak lanjut,” kata Apoy.

Lalu, apakah tindak lanjut yang akan mereka ambil itu? “Ini tidak kami biarkan karena kalau kami diam, lagu Indonesia pasti akan dibajak lagi. Kita, manajemen, dan pemerintah akan mengusut orang yang membajak lagu kami,” terangnya.

Wali pun mengaku telah mengirimkan orang untuk mengecek kebenaran kabar pembajakan tersebut. Dan rupanya itu telah terbukti. Barang bukti pun sudah berada di tangan mereka.

“Bulan depan kita ada jadwal manggung di Malaysia. Di sana, kami akan mengecek di toko kaset. Setelah itu kami akan berbincang dengan manajemen, mau diapakan nanti kasus ini. Lagunya sendiri diubah menjadi lagu remix seperti lagu koplo,” pungkasnya. (kpl/gum/npy)


- Yahoo! Indonesia News

Siapalah yang gatal-gatal tangan gi ciplak tu..? Kalau betul pegilah sana, menyerah diri.. Aku tak tau kumpulan Wali Band ( Wali dlm bahasa INdonesia apa maknanya ?? Setahu aku kat Malaya, wali tu orang beriman yang terpilih) ni.

Dan aku tak minat nak dengonya.. Aku bersependapat dengan zonartis bahawa stesen radio di Malaysia boleh stopkanlah segmen-segmen dan lagu-lagu INdon ni.. Kalau nak gak segmen import lagu, buat je segmen lagu dari Uganda, takpun dari Zimbabwe. Diorang tak kecoh pasal hal ni pun...

Aku bukannya anti Indon tapi rasanya diorang tak perlukan duit dari negara kita. Kat sana pun diorang boleh kaya. Lagipun byk band2 negara kita yang tak cukup eksposenya.. Tak caya?? Cuba korang tengok artis realiti kita d.. Mana peginya?? Tiba-tiba orang baru cam Wali Bandi, LuckyLucky lagi top dari diorang.

Azwan Ali berubah


Untuk pertama kalinya, Azwan terbuka hati menghulurkan tangan, memohon maaf kepada mereka yang pernah terluka dengan kata-kata kesat dan perbuatannya yang menyinggung perasaan 'musuh-musuh'nya selama ini.

"Saya bukan lagi Azwan Ali yang dulu. Saya dapat azam baru setelah kembali dari menunaikan umrah. Di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan jari sepuluh memohon maaf kepada semua 'musuh-musuh' saya.

"Pada mereka-mereka yang pernah tersinggung perasaan mereka dengan kata-kata kesat saya.Mulai sekarang, tidak ada lagi kata-kata nista dan kesat dari Azwan Ali. Bukan saja dalam blog tetapi juga dalam perbualan harian saya. Tak percaya, bacalah posting terbaru saya dalam silaserazwanali.blogspot.com.

"Sebenarnya itulah doa yang saya mohon depan Kaabah agar diberikan peluang dan ruang bagi wujudkan kedamaian antara saya dan musuh-musuh saya. Tidak ada ada lagi dendam kesumat. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya tidak mahu diungkit lagi cerita-cerita lama," jelas Azwan yang menunaikan umrah selama 3 minggu bersama-sama rakan media Abie Abdullah, Mama Juwie dan aktres veteran Fauziah Nawi pada bulan Ramadan baru ini.

Bagi Azwan, nikmat dan rahmat yang diterimanya di tanah suci begitu menginsafkan hingga tidak terucap dengan kata-kata. Yang lebih mengharukannya, Azwan bukan saja tampil lebih tenang dan damai dengan cahaya keimanan di wajahnya, apa yang dipohon terus termakbul sebaik dia kembali ke tanah air.

"Saya tidak mahu ulas apa yang terjadi. Cukuplah saya katakan, semua doa saya perlahan-lahan dikabulkanNya. Begitu juga saya minta agar Tuhan bukakan pintu kemaafan buat saya dan sebaliknya," jelas Azwan yang begitu popular dengan rancangan Cit Cat Azwan dan Amboi, Amboi, Amboi.

Jelasnya lagi, "Biarlah saya yang merintis jalan ini dulu. Let me make the first move. Kalau saya terjumpa dengan 'musuh-musuh' saya selepas ini, saya akan hulurkan tangan dahulu. Selebihnya terpulanglah. Itu azam saya. Mudah-mudahan tuhan akan perkenankan."

Secara jujur, Azwan mengaku yang bukan senang untuk melalui fasa baru ini, tambahan pula memohon maaf kepada mereka yang pernah memusuhinya.

"Saya sedang cuba untuk berubah. Ianya bukan satu proses yang senang. Saya harap masyarakat di luar sana akan faham keadaan saya," katanya tanpa berselindung.

Jelasnya lagi, "Saya akui dengan rasa rendah hati yang I was a nasty person at one time tetapi semuanya kerana ada provokasi. Tuhan tahu semua itu....tapi itu cerita lama. Sekarang, kalau ada sesiapa yang maki saya, hina saya, saya akan cakap...Alhamdulillah tanpa ada rasa dendam walau sekelumitpun."

Bukan saja keinsafan itu datang dari tutur kata dan perbuatan Azwan, malah ianya akan meliputi hasil kerjanya juga. Tidak ada lagi Cit Cat Azwan atau Amboi Amboi Amboi selepas. Dua program ini sudah menemui titik nokhtah sejurus Azwan balik dari Umrah.

Hati selebriti yang pernah diselubungi kontroversi ini bagai tertutup untuk menyambung program-program ini.

"No more Cit Cat or Amboi Amboi Amboi. Saya sudah hentikan kedua program ini. Cukuplah 15 tahun program gosip macam tu.

"Saya cuba dengan cara saya untuk menegakkan kebenaran dan meletakkan diri saya sebagai 'mangsa' dalam dua program tersebut.

"Saya explore karektor dengan 'menjaga tepi kain orang'. Cukup cukuplah....," jelasnya dengan nada yang terputus-putus seperti tidak mahu lagi mengingati kegemilangan dua hasil tangannya itu.

Allah telah memberi inspirasi baru pada Azwan dan kini sudah ada beberapa konsep program yang lebih segar sedang bermain di dalam benaknya.

"Kalau ada pihak stesen TV yang sudi bekerjasama dan ingin memberi peluang kepada saya, saya alu-alukan kerana saya ada banyak idea baru.

"Keperibadian saya yang baru tidak mengizinkan saya meneruskan idea program seperti Cit Cat Azwan.

"Biarlah ianya berlalu dan saya pun tidak mahu lagi kenangkan benda yang lepas," ujar personaliti berusia 43 tahun, yang melonjak namanya di awal kemunculannya di program Muzik, Muzik TV3.

Salah satu program yang sudah diilhamkannya ialah AOA (dari singkatan Azwan, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Nawawi).

"Saya sudah lama idamkan gandingan dengan dua selebriti ini sejak kemunculan pertama kami waktu Juara Lagu 1993.

"Saya tahu kedua-dua mereka sudah lama memaafkan saya dan saya sudahpun memberi hint kepada Ogy dan Aznil tentang program ini. Tengoklah kalau ada rezeki, saya akan terbitkan program ini,"jelas Azwan yang turut melayangkan jemputan kepada warga mStar untuk jamuan Hari Raya di Taman Andaman, Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada hari Isnin (19 Oktober) ini.

Bagi Azwan, gandingan AOA adalah sesuatu yang istimewa.

"Saya rasa kami bertiga perlu lakukan sesuatu bersama-sama sebelum we say goodbye. Saya harap program ini akan jadi kenyataan," kata Azwan yang tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana dipermudahkan perjalanannya membuat ibadah kali ini.

Sebelum mengakhiri perbualan petang itu, Azwan sempat berpesan sekali lagi, "kalau masih ada hati yang terluka dan tidak mahu menerima maaf dari saya, terpulanglah. I reserve my comments."

"Saya sudah tidak ada dendam dan marah lagi.....ramai yang kata saya sudah kembali kepada Azwan Ali yang lama, imej saya sewaktu Muzik-Muzik dulu. Alhamdulillah. Saya harap Tuhan akan tetapkan hati saya dan kekalkan saya dalam keadaan begini....," kata Azwan.
- Mstar

Bagus sangatlah tu dia dah berubah.. Berubah kepada yang baik. Lagipun dia bukan muda lagi.. Semoga betul-betul berubah ye, Encik Azwan Ali

Wednesday, October 14, 2009

Ida Nerina bercerai

Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.

"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.
-MStar



Aiyo, makin banyak pula artis bercerai tahun ni..Beri pandangan negatif kepada masyarakat umum .. Dah tu Ida Nerina pula cedera, sudah jatuh di timpa tangga la..
Harap beliau bersabar dengan dugaan ini.



Retak menanti belah..

Fasha Sandha, kesian dia


Adoyai.. Sekarang ni nama Fasha Sandha naik balik..
Kesian dia. Cerita perkahwinan dengan Qabil yang digembar gembur akhirnya putus di tengah jalan

.. Lain kali sepatutnya senyap-senyap je. Dah confirm 2-3 hari nak jadi barulah nak cerita dlm facebook ke myspace atau apa2 pun..
Cuba jadi cam Datuk Siti.. Selamba je tak penah nak mengiaya dan menafi.. Last-last kawin.. Bertahan sampai sekarang..

Kesian sungguh rasanya.. Siapa sudi ngan Fasha sekarang?? Pinang la dia.. Mesti dia sanggup punya..

Monday, October 12, 2009

Mila kawin 3 tahun lagi

Beralih kepada topik cinta, Mila yang semakin bijak mengatur bicara ini menetapkan tiga tahun lagi untuk memikirkan perkara tersebut. Ketika itu usia Mila mencecah 25 tahun dan boleh berbicara secara terbuka mengenai lelaki idamannya.

Buat sementara waktu, Mila enggan terjerumus dalam alam percintaan kerana fokus utamanya adalah bidang seni dan LuvMILA.

"Mila terima hakikat tidak selamanya berstatus bujang kerana lambat laun ibu bapa Mila akan lepaskan tanggungjawab itu kepada bakal suami. Sebab itu Mila menetapkan tiga tahun untuk kembali memikirkan perkara ini bagi memastikan Mila betul-betul bersedia.

"Justeru, apa yang boleh Mila gariskan syarat pertama untuk menawan hati Mila adalah lelaki itu sanggup tinggal bersama dengan keluarga Mila selepas mendirikan rumah tangga nanti. Sebagai anak sulung, tanggungjawab membela keluarga terletak di bahu Mila. Kalau boleh Mila mahu si dia ikhlas menjaga keluarga Mila serta menerima Mila seadanya," ujar Mila tanpa berselindung.



- Utusan..

Agak-agak sapa yang dapat memikat hati penyanyi genit dengan ketinggian 148 cm ni?

Saturday, October 10, 2009

Papadom filem mantop arahan Afdlin

Tadi masa aku gi pawagam ngan yang tersayang aku diajak untuk melihat cerita Afdlin bertajuk 'Papadom' yang banyak menang anugerah baru-baru ni..
Tapi nasib tak baik waktu aku sampai tiket dah habis.. Mungkin esok kot..
Ini sinopsis cerita yang aku curi..
Sinopsis:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!!
...


Trailer video

Friday, October 9, 2009

Norlia Ghani tidak mengikut ajaran sesat

KUALA LUMPUR: “Jangan fitnah saya. Saya ni bukanlah sejahil dan sesesat itu.” Demikianlah reaksi tegas pelakon veteran, Norlia Ghani, 61, sambil beristighfar dan menafikan dia artis veteran yang dikaitkan sebagai pengikut ajaran sesat Haji Kahar.

Dia yang dihubungi semalam terkejut apabila diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memburu seorang pelakon wanita veteran yang dipercayai bersekongkol dengan ajaran sesat dibawa Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’.

Norlia yang lebih mesra dengan panggilan Mama, berulang kali menafikan pernah menganggotai kumpulan ajaran sesat berkenaan, tapi mengakui mengenali Abdul Kahar.

Menurutnya, dia mengenali Abdul Kahar puluhan tahun lalu ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama, namun tidak pernah menghubungi lelaki terbabit sejak penggambaran selesai.

- HMetro.

Tak baik betul main fitnah2 orang.. Selagi tak dipastikan jangan lah tuduhkan.. Sabar je la Mama

Wednesday, October 7, 2009

Awal sudah jumpa keluarga kekasih, nafi 'bercinta' dengan Scha

KATALAH apa sahaja tentang hubungan tiga pelakon, pengacara dan model iaitu gosip cinta Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya yang dalam masa sama baru putus kasih dengan Fahrin Ahmad.

Scha mahupun Fahrin telah memaklumkan yang hubungan cinta mereka tidak dapat diteruskan atas sebab tiada persefahaman lagi.

Lantas apabila perpisahan itu berlaku, wujud pula gosip cinta Awal dan Scha.

Hakikatnya, Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin namun tidaklah sampai hendak menyakiti percintaan mereka berdua sekaligus menyatakan dia tidak mahu dikaitkan dengan cinta tiga segi!

Ramai sudah mengetahui yang Awal telah pun mempunyai teman istimewa atau lebih mudah dipanggil kekasih yang dikenali sejak 2006 dan mula serius beberapa bulan yang lalu.

Awal berkata dia akan bersedia untuk mengahwini ‘Mrs. Right’nya itu selepas dua tahun nanti.

- MStar

Harap-harap penjelasan Awal ni takde lagi orang kaitkan dia dengan kisah cinta tiga segi. AKu respek dengan Awal ni.. COol je

Soo Wincci , artis berpelajaran

Jarang kita dengar artis bangsa Cina menyanyikan lagu bahasa Melayu. Rasanya boleh dikira dengan jari.
Nampaknya bekas Miss World Malaysia 2008 ingin mencuba nasib dalam industri hiburan tanahair.Berasal dari Petaling Jaya, Winnci, 24 tahun mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian walaupun kerap menerima tawaran peragaan.Lebih selesa menyampaikan lagu Bahasa Cina walaupun Wincci mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun dan Perancis, dia memuatkan EP itu dengan lagu tiga bahasa. Empat lagu iaitu Secret, Half Revealed, Dream, Love, Be Seen dan Thinking Of Him? disampaikan dalam Mandarin.

Manakala lagu Beauty With A Purpose merupakan lagu Inggeris serta lagu Cinta Abadi disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
"Namun, pada masa akan datang, saya akan memilih untuk menyanyi dalam Bahasa Cina kerana lebih mahir dalam bahasa itu. Saya juga mahu menembusi pasaran Taiwan dan Hong Kong tetapi buat masa ini menumpukan kepada pasaran tempatan dahulu," jelas Wincci yang pernah menyanyi bersama Jacky Cheung dan Stefanie Sun.

- MStar

Aku baru je nak respek tapi rupa-rupanya dia lebih suka lagu Cina.. Ye lah pasaran lagu-lagu lebih besar prospeknya..Layan gambar.


Monday, October 5, 2009

Haliza Misbun eksploitasi tubuh

"Orang bayar untuk menonton filem jadi kita perlu memberikan lebih banyak ‘kejutan’. Kalau tidak lebih baik mereka menonton TV sahaja. Tapi ini tidak bermaksud kita perlu mengeksploitasi badan kita. Cuma saya eksploitasi sikit aset diri yang dianggap berharga buat saya" – HALIZA

- Kosmo..

Wek...Menyampah plak aku baca ayat ni. Tapi terpulanglah.. Dah besor panjang.. Korang kalau nak sgt tengok badan Haliza pegi le.. AKu tak nak

Sunday, October 4, 2009

Otai lawak jadi juri Raja Lawak 4

Kali ni akan gamatlah juri dalam Raja Lawak 4 ni..
Mana taknya jurinya orang yang agak sewel2 sikit..
Din Beramboi, Bob Lokman dan Afdlin ditugaskan memberi komen.
Afdlin mungkin pernah menjadi juri dan nampak cool je tapi tang Din Beramboi dan Bob Lokman tu aku tak tau camne agaknya.. DIn Beramboi ni kaki merapu, apa yang dihamun peserta nanti manakala Bob Lokman ni garang juga orangnya..
Tengok je la camne nanti..


Sesi ujibakat akan memulakan penjelajahannya bermula di Plaza Kotaraya, Johor Bahru pada 17 dan 18 Oktober, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 24 dan 25 Oktober, Megamall Kuantan, Pahang pada 31 Oktober dan 1 November, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 7 dan 8 November dan One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah pada 14 dan 15 November.

Kesemua sesi ujibakat akan bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Raja Lawak musim keempat akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009 pada jam 8.30 malam di saluran Astro Prima.

Dr Asri: Filem ‘Semerah Padi’ Mengelirukan Gambaran Hukum Sebat Dalam Islam

ISU hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno masih hangat diperbincangkan dan mendapat liputan meluas media.
Bagi pakar ilmu hadis yang juga mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, berkata, “sebahagian masyarakat Malaysia terkeliru mengenai gambaran hukum sebat Islam disebab beberapa faktor.

"Salah satunya, filem P. Ramlee iaitu ‘Semerah Padi’. Di samping wujudnya unsur-unsur positif dalam filem berkenaan, tetapi cara hukuman Islam digambarkan amat tidak serasi dengan hakikat hukum tersebut. Cara kes dibicarakan, sehingga hukuman dijalankan menggambarkan hukuman sebat dan beberapa perkara lain kelihatan rakus dan kejam," kata Dr Asri.

Kata Dr Asri lagi, hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak.

"Berbeza dengan jenayah yang membabitkan ancaman kepada hak individu lain atau keselamatan awam seperti mencuri, merompak, membunuh, merogol dan yang seumpamanya. Jenayah peribadi seperti zina dan arak pendekatan Islam amat lunak dan membuka ruang pelepasan dan cuba menutup ruang pendedahan," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, "Sebatannya juga tidak mencederakan, bahkan pada zaman Nabi s.a.w ada yang hanya disebat menggunakan kain sahaja. Bukan untuk mencedera dan memusnahkan, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran."

- MStar.

Entahlah kadang2 org selalu cerita pasal masalah sosial sana sini tapi bila buat tindakan tak boleh plak.

Saturday, October 3, 2009

Berbayarkah Advertlets

Untuk entri kali ni aku saja je tulis lain sikit.
Aku tulis pasal advertlets, satu tempat pengiklanan.
Kalau ikut yang dijanjikan duit akan tiba pada 30 -45 hari lepas tamat bulan kita 'cash out'. Jadi kalau ikut kalendar 34 hari.. Aku bukan apa.. Nak tengok samada diorang bayar ke tak.. Aku nak dapatkan RM100 earning tu terpaksa tunggu setahun lebih. Harap-harap mereka bayarlah sebab kalau tidak terpaksa beralih arah ke satu lagi program pengiklanan tu..

Thursday, October 1, 2009

Asaruddin bukan pilihan Rozita Che Wan


Janda meletup kini , Rozita Che Wan baru-baru ini menjawab gossip antaranya dengan Asaruddin Putra, pemain bolasepak Selangor.
Rozita ditemui ketika menjadi tetamu dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 yang di siarkan secara langsung di Sri Pentas, baru-baru ini.

Ditanya gosipnya bercinta dengan pemain bola sepak Selangor, Mohd Asrarudin Putra Omar, 21, yang masih hangat diperkatakan orang sampai hari ini, Rozita menegaskan, ia tidak berasas sama sekali.

"Hubungan saya dan Asrarudin sekadar kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Sebenarnya, adik saya, pelakon Ayu Raudhah yang bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

"Secara kebetulan, Mohd Zaquan juga berkawan dengan Asrarudin. Justeru, saya tidak faham kenapa timbul gosip saya pula yang bercinta dengannya?

"Selain itu, gosip yang mengatakan saya menyambut Aidilfitri bersama Asrarudin di Alor Setar, baru-baru ini juga tidak benar.

"Tapi memang saya ada pelawa dia datang ke rumah terbuka saya, sama seperti saya menjemput kawan yang lain.

"Pada masa sama, saya baru sampai ke Kuala Lumpur pada 27 September lalu dan bagaimana pula saya sempat beraya dengan Asrarudin di rumahnya di Selangor?," katanya.

Rozita berkata, Asrarudin juga tidak menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

"Beza usia saya dan Asrarudin ialah 15 tahun dan beza usia anak sulung saya, Ammar Affendy dengannya pula adalah lapan tahun.

"Justeru, dia (Asrarudin) adalah pangkat adik kepada saya dan takkanlah saya nak berkahwin dengannya pula?," katanya.

Tambah Rozita yang sudah enam tahun hidup solo, sampai hari ini dia masih mencari calon suami yang terbaik buat dirinya.

"Saya juga mensasarkan sebelum usia 40 tahun untuk saya membina rumah tangga semula. Saya mencari lelaki yang betul-betul ikhlas untuk berkahwin dengan saya yang sanggup menjaga saya ketika sihat dan sakit.

"Tapi saya tidaklah terdesak untuk berkahwin lagi kerana apa yang penting saya harapkan jodoh yang terbaik buat saya. "Soal jodoh sama ada cepat lambat itu adalah ketentuan Tuhan. Jika berkahwin kali kedua sudah pasti saya harapkan jodoh saya itu berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya.
- HMetro

Jadi harap2 hilanglah gossipnya dengan pemain bola tu ye..

Mas Idayu belum bersedia menamatkan zaman janda

WALAUPUN sudah lima tahun menggalas status ibu tunggal, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu belum pernah terfikir untuk mencari pengganti bekas suaminya aktor, Aman Graseka.Dia enggan menyeksa diri untuk menjalani sebuah lagi perpisahan yang menyakitkan gara-gara terlalu memikirkan persepsi dan desakan masyarakat untuk melihat dia kembali bersuami.

"Biar lambat jodoh ini datang, asalkan lelaki yang bertakhta di hati saya suatu hari nanti bersikap memahami dan menerima segala kelebihan serta kekurangan tanpa perlu membanding-bandingkan saya dengan wanita lain.

Jelas Ayu, dia juga lebih mengutamakan kebahagiaan anak perempuan tunggalnya, Nurdayini Ashiqah, 11, daripada memikirkan perihal menamatkan kembali zaman solonya.

- Kosmo..

Tak mengapalah Ayu. Sampai waktu adalah yang masuk meminang.. Ada sesiapa berani??

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung