Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, September 30, 2009

Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’

Selepas heboh bertekak dengan penerbit, David Teoh mengenai kutipan filem, Norman KRU sudah serik untuk menghebohkan jumlah kutipan filemnya.Beliau memberitahu bahawa kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.
Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”

Kontroversi itu timbul akibat daripada Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP) itu mendakwa kutipan 'Momok The Movie' selepas lima hari ditayangkan berjaya mengaut sebanyak RM1.25 juta berbanding 'Jin Notti' RM1.1 juta. Kedua-dua filem ditayangkan kepada umum sempena 1 Syawal lalu.

Norman akui dia tidak malu bertelagah dengan David demi mempertahankan kebenaran yang kutipan ‘Jin Notti’ lebih tinggi daripada ‘Momok The Movie’ setakat ini.

Kesan daripada kontroversi itu, Norman berkata dia enggan mengulas tentang kutipan sebenar ‘Jin Notti’ sehingga tempoh wajib tayang filem itu selesai.

“Kalau boleh selepas ini saya tak nak uar-uarkan tentang kutipan selepas mengambil iktibar kontroversi itu.

“Saya hanya akan cakap sambutan filem ini baik dan berharap kutipan memberangsangkan

“Selepas ini, biar pihak Finas yang buat keputusan tentang kutipan filem kerana mereka yang mengumpul maklumat tentang jumlah kutipan sebenar.

“Sebagai penerbit indie, saya tak perlu jatuhkan filem lain tetapi lebih fokuskan kepada filem sendiri,” jawabnya yang pernah 'tidak sebulu' dengan David.

Tambah Norman, “Hubungan saya dan dia ada pasang surut tetapi pergaduhan kami tidaklah sampai untuk memutuskan hubungan antara satu sama lain.

“Bertikam lidah itu bagus untuk kepentingan industri. Saya tiada masalah untuk berjumpa dengannya selepas ini.

“Insya-Allah, kami mungkin akan berjumpa dalam majlis buka puasa PFM nanti,” katanya yang menantikan tayangan filem terbitan KRU Studios iaitu ‘Planet 51’ pada 19 November ini dan ‘My Spy’ (3 Disember).




Selain itu, Norman mewakili KRU Studios menjemput semua peminat ‘Jin Notti’ untuk menghadiri majlis jamuan Hari Raya bersama para pelakon filem itu pada 3 Oktober ini, mulai pukul 2 hingga 5 petang di Berjaya Times Square, Bukit Bintang.

- MStar

Baguslah tu tak payah nak gaduh-gaduh. Industri filem bukan besar sangat. Diharap ia memberi iktibar kepada penerbit lain.

Chef Wan tubuh akademi masakan bertaraf dunia

DALAM diam-diam, Chef Wan sudah membuat dua perancangan besar pada tahun hadapan. Chef tersohor ini akan menubuhkan sebuah akademi masakan bertaraf dunia dan pada waktu yang sama akan meluaskan empayar perniagaan restoran di bawah jenama 'Chef Wan Restaurant'.

Rakan kongsi Chef Wan bukannya orang asing tapi Datuk Steven Sim, pemilik dan ketua Pegawai Eksekutif 'Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd'.

Pengalaman Steven yang luas, serta bidang bisnes makanan yang sama membuat Chef Wan begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk melihat produk akhir usahasama ini.

Tambahan pula, kini Secret Recipe juga baru melebarkan sayap perniagaannya dengan menubuhkan konsep kafe baru yang diberi nama ZEN.

Chef Wan juga akan tubuhkan akademi khas 'C.A.C.A' (Chef Wans Asian Culinary Academy) untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar memasak pada tahun hadapan
- MStar

Memang mantop sekali Chef Wan.. Selepas meraih kejayaan bergelar chef selebriti kini beliau mengembangkan sayapnya menjadi usahawan

Sunday, September 27, 2009

Adik Rusdi Ramli meninggal dunia kejar pencuri

Adik kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli , Edi Rizal meninggal dunia ketika mengejar pencuri setelah terjatuh dari balkoni. Edi Rizalyang juga anak kepada Norlia Ghani ini terlepas pegangan pada balkoni ketika usahanya untuk menangkap seorang pencuri, lalu terjatuh.

Jenazah dituntut jam 5-30 petang tadi di Bilik Mayat HKL oleh ayahnya, Ramli Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat

Sumber -
Thestar

Semoga mummy dan Rusdi tabah menghadapi kenyataan ini..

Friday, September 25, 2009

Ketiadaan Nur kasih menggemparkan

Nampaknya ramai yang tidak puas hati dengan ketiadaan rancangan tv yang makin mantop, Nur Kasih. Aku bukanlah peminat cerita ni mahupun pelakon-pelakon cerita arahan Pengarah hebat, Khabir Bhatia ni.


Tapi ketiadaan rancangan ni pada 25 September 2009 menimbulkan persoalan kepada peminatnya.. Apa taknya, biasa ramai yang menantikan persembahannya pada pukul 9.00 malam di TV3 tapi digantikan pula dengan cerita Lanun.. Tak ke haru...
Agaknya apa sebabnya ??

Wednesday, September 23, 2009

Jennifer's Body - filem terbaru Megan Fox

Aku rasa ramai minat dengan aktress seksi, Megan Fox yang hot..
Aku tak tau samada filem ni akan sampai kat Malaya atau tak sebab filem tajuk 'Jennifer's Body' ni memang betul2 ganas.. Kalau dalam Transformers dia kena kejar tapi dalam filem ni dia pulak kejar orang.. Korang layankan trailer dia ni dan harap filem ni dapat keluar kat sini..



Monday, September 21, 2009

Jin Notti berjaya tarik 1 Juta pengunjung

Hampir sejuta penonton telah menonton filem yang dinanti-nantikan sempena Hari Raya Aidilfitri, Jin Notti, pada hari pertama tayangannya di 70 pawagam di seluruh negara pada hari raya pertama.
- MStar
Jin Notti merupakan kisah seorang jin perempuan yang baik hati dan jujur menyebabkan semua jin marah terhadapnya kerana sikapnya itu seperti melanggar etika jin-jin.
Filem lakonan DJ terkenal, Farra Fauzana dan gandingannya, Mawi memang meletup di pasaran..

Jin Notti poster
Layan trailer dan nilaikan..

Friday, September 18, 2009

Noordin Mat Top sah dibunuh

AKARTA - Selepas tujuh tahun memburu Noordin Mohammad Top termasuk misi gagal yang mengecewakan di Temanggung, Jawa Tengah pada 8 Ogos lalu, polis Indonesia nyata tidak mensia-siakan peluang sebaik sahaja terhidu rumah persembunyian pengganas itu di Solo dalam operasi bermula kelmarin.

Mereka sebelum itu telah menangkap dua pengikutnya kelmarin dan selepas disoal-siasat, rahsia rumah selamat Noordin, 41, di kawasan kubu kuat Jemaah Islamiah (JI) itu terdedah juga.
Puluhan anggota skuad antipengganas elit Densus 88 dikatakan telah mengepung rumah kayu di tepi belukar itu selama sembilan jam bersama kelengkapan serangan termasuk kereta perisai.

Selepas arahan menyerah diri tidak dipedulikan, mereka menyerang rumah itu sehingga hampir hancur sebaik masuk waktu Subuh pagi semalam dan berakhir dengan empat pengganas terkorban termasuk seorang daripadanya yang disahkan sebagai Noordin.

- Kosmo..

Walaupun NOordin telah mati tapi tapi cerita keganasan militan ni pasti tidak akan tamat di sini sahaja.. Malahan akan wujudnya rangkaian pengganas seperti Mat Top ni..

Thursday, September 17, 2009

Mimi Rahzia pulang beraya di Brunei

Mungkin ramai yang kenal dengan pelakon Brunei ni..
Dalam laman blog beliau memaklumkan yang beliau akan pulang berhari raya di kampung halamannya di Brunei..

Gambar dari :- mimirahziablog...

Selamat Hari Raya untuk beliau.. Semoga bergembira di hari Raya dan akan kembali dengan mutu lakonan yang lebih baik..

Sunday, September 13, 2009

Hati Farah sudah dimiliki

Farah mana ye?? Mesti persoalan ni yang korang keluarkan dari mulut.. Yelah banyak sangat artis nama Farah kan..Tapi kalau tengok gambar ni mesti korang kenalkan..



Ala Farah AF yang juga duta Power Root tu.. Dalam wawancara beliau dengan Pancaindera bapanya mengesahkan bahawa Farah sedang berkawan dengan seorang usahawan berasal dari utara sejak tiga tahun lagi. Menurut bapanya lagi, lelaki itu pernah ke rumah mereka untuk berkenalan dan saling kunjung mengunjung antara satu sama lain. Mereka dibenarkan keluar bersama tetapi bukan berdua-duaan, kena membawa bersama adik beradik lain.

baguslah tu.. Cari usahawan.. Cerah masa depan..

Fakta menarik mengenai Farah

1. Membeli kereta Naza Ria 2.5 ( Edisi Terhad) berharga RM110,000 pada 25 Januari 2004. Pergh hebat gak dia ni.. Mahal kereta tu.. AKu tak mampu nak beli..
2. Demi peminat, Farah berdiet untuk kelihatan lebih cantik di majalah dan televisyen dengan menikmati secawan nasi sehari dan lebihkan sayur-sayuran, sup dan biskut.. Tips tu.. Kalau korang nak tips yang lebih, boleh beli ebook panduan langsing.. Klik je sini
3. Farah masih berjinak-jinak untuk memakai tudung ketika menjayakan program bercorak Islam.Ala rancangan dalam ASTRO OASIS , Rasa Halal Orient.

- Pancaindera..

Semoga beliau berjaya dengan cita-citanya..

Nurul Syuhada tunang lepas raya

Siapa tak kenal Nurul Syuhada, pengacara Majalah Tiga yang berlesung pipit tu..
Kalau sebelum ni banyak gosip antara beliau dengan angkasawan kedua negara, Mejar Faiz tapi nampaknya diberitakan bahawa beliau akan bertunang selepas Syawal dengan seorang jejaka kacak yang sedang melanjutkan pengajiannya di sebuah universiti.
Jejaka itu bukan sahaja kacak malah berkulit mulus dan berdarah kacukan..
- Pancaindera..

Siapalah agaknya gerangan jejaka yang menambat hati Nurul Syuhada ni ye.. Aku ke?? BUkan sebab aku tak belajar kat universiti..

Kak Ani beraya sendirian

Kesian bila baca artikel dalam Mstar yang Kak ANi (Noraniza Idris) akan beraya sendirian..

Noraniza Idris atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani yang akan menyambutnya seorang diri.

Jelas Kak Ani lagi, dia tidak menambah atau membuat apa-apa persiapan untuk sambutan kali ini kerana hanya akan menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja.

"Persiapan raya saya tahun ini sederhana saja... saya tidak sambut dengan meriah sebab saya beraya sendiri.

"Saya tidak tambah perabot atau tukar langsir baru... saya gunakan apa yang ada saja. Lagipun saya hanya beraya di Kuala Lumpur, mungkin akan balik Johor atau Sarawak, tengok pada hala tuju saya nanti sebab masih belum dirancang," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Apabila ditanya sama ada dia akan beraya bersama anak-anaknya, Kak ani memberitahu bahawa mereka akan beraya dgn bekas suaminya, Fareez kerana keluarga Fareez mempunyai ramai saudara mara yang rapat dengan mereka.

"Saya mengalah untuk anak-anak, mereka akan beraya bersama keluarga Fareez kerana di sana mereka akan mempunyai kawan, keluarga Fareez ramai.

"Kalau saya bawa mereka balik ke kampung saya, nanti mereka bosan pula sebab tiada kawan di sana...

"Tetapi saya tetap percaya, bagaimanapun anak-anak tetap akan mencari ibu mereka kalau ada masalah dan biasanya saya akan bantu dengan apa yang patut seperti salurkan duit," katanya.

Kak Ani juga mengatakan dia sudah biasa beraya seorang diri dan lebih rela tidak pulang ke kampung kerana ianya akan membuatkan penyanyi ini lebih bersedih.

"Saya dah biasa beraya sendiri, kalau balik kampung lagi sedih, sebab adik beradik yang lain ada anak-anak... tetapi saya hanya beraya di kampung seorang diri.

"Lagipun saya kerja sendiri, jadi tak boleh nak cuti, kemana sahaja saya pergi, saya akan bawa laptop dan siapkan kerja saya.

"Keluarga saya pun dah faham... mereka tak paksa saya untuk balik kampung, mereka cuma akan 'call' dan tanya sama ada saya balik kampung atau tidak.

"Lagipun saya tak suka bila saya balik mereka akan buat persiapan macam-macam, buat makan-makan... saya tak nak susahkan mereka, biar saya sendiri di sini tak apa." kata Kak Ani.

- Mstar..

Beraya seorang memang menyedihkan.. Tak pelah Kak ANi.. Semoga berbahagia walaupun dalam kesedihan..

Friday, September 11, 2009

Faizal jawab tuduhan cerai

Ini bukan Faizal Tahir ye tapi Faizal Yusof pelakon yang juga x- suami Siti Nordiana yang telah diceraikan .
"Jangan mudah menghukum kesalahan kepada sebelah pihak dengan hanya mendengar penjelasan Siti Nurdiana sahaja," kata pelakon Faizal Yusof pasal kes perceraian mereka sebelum Ramadan lalu.

Faizal menganggap semuanya berlaku kerana mereka tiada persefahaman dan enggan mengulas lanjut pasal kes tersebut. Dia sebaliknya mahu menjawab segala-galanya di mahkamah nanti.

Faizal juga meminta peminat dan sesiapa sahaja tidak mudah menjatuhkan hukuman dan meletakkan kesalahan di bahunya sahaja. Dia harap semua orang tidak melihat dari sudut pandangan sebelah pihak sahaja.

- Manggaonline

Sedih sebenarnya bila baca cerita perceraian antara artis2 ni.. Ntahlah dulu syok bercinta kan.. Jodoh di tangan Tuhan..Kesian kat anak la,,

ANita Sarawak dan suami diserang penyamun

Waduh Kak Nita dan ABg Mahathir kena serang dengan penyamun plak..

KUALA LUMPUR: Diva pop Malaysia, Anita Sarawak dan suaminya Mahathir Abdullah diserang empat perompak bersenjatakan parang di Taman Melawati pada 6 petang tadi.

Bagaimanapun, Mahathir tercedera ketika bertindak mempertahankan diri. Dia dikelar di bahagian dadanya dengan parang.

Kekecohan yang berlaku menyedarkan jiran-jiran. Perompak-perompak itu melarikan diri dengan dua motosikal.

Dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak untuk mendapatkan rawatan dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketika insiden tersebut berlaku, menurut sumber polis, pasangan itu sedang dalam perjalanan ke rumah ibu tiri Anita, Datin Umi Kalthum yang merupakan aktres veteran, berdekatan dengan Zoo Negara.

Mereka ingin mengambil Umi di rumahnya untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa.

- MStar..
Teruk sekarang ni.. Jenayah makin menjadi-jadi.. Salah siapa??

Wednesday, September 9, 2009

Memey akui ikut Norman dan anak-anak pulang kampung



SAYA mengaku memang mengikut Abang Norman pulang ke Kuantan tetapi apa yang berlaku selepas itu biar antara saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa hal ini tak perlu dikongsi dengan semua,” kata aktres cantik, Memey Suhaiza yang kini masih diburu kontroversi sejak dituduh berkhalwat dengan aktor Norman Hakim.

Dakwaan yang hangat diperbualkan kini mengatakan Memey mengikut Norman pulang ke kampungnya di Kuantan, Pahang semasa musim cuti sekolah baru-baru ini dengan menaiki kereta bekas isteri Norman, aktres Abby Abadi.

Memey mengakui dia menemani Norman dan tiga orang anaknya- Mohamad Danish Hakim, 6; Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1, ke rumah ibu Norman di Kuantan atas sebab tertentu.


-Mstar

Dah terang lagi bersuluhkan.. APalagi nak diceritakan.. Norman oh Norman.. Kawin je la...
Sampai bila lagi nak kasi bertambah dosa woo..

Khairy Jamaludin dalam 'Meter'

Dulu aku penah citer yang Khairy Jamaludin a.k.a KJ berlakon sebagai pemandu teksi kan.. NI filem pendek dia..
Ha haha.. Kutuk FAM tak leh tahan tu..

Tuesday, September 8, 2009

10 Selebriti berpengaruh di Malaysia

1. DATUK LAT ( Kartunis)

2. ZANG TOI ( Pereka Fesyen)

3. DATUK SITI NURHALIZA ( Penyanyi )

4. DATUK MICHELLE YEOH (Pelakon)

5. CHEF WAN ( Selebriti Chef)

6. AMY SEARCH (Penyanyi Rock)

7. AZNIL NAWAWI (Pengacara)

8. MAWI (Penyanyi )

9. DATUK BERNARD CHANDRAN (Pereka Fesyen )

10.DATUK JIMMY CHOO (Pereka kasut)



Alamak Saiful Apek tak termasuklah.. AKu ingatkan ada tadi... Mungkin dia tak top kalangan orang bukan Melayu kot..

Sumber :- NST

Raisuddin Hamzah kawin muda

Rasanya ramai yang tau tentang ayah kepada penyanyi genit SIti Sarah , Raisuddin Hamzah 52 yang berkahwin dengan wanita muda, Siti Fatimah Suberi, 22,.. Mudakan.. Pandai betul dia ngorat..

Kronologi kes faraq nikah Raisuddin-Siti Fatimah:

6 Februari 2009: Hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu.

7 April: Fatimah secara suka rela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007.

17 Jun: Mahkamah memutuskan Raisuddin 'faraq' perkahwinan (berpisah sementara dengan Siti Fatimah). Kes faraq itu dipohon oleh Suberi kerana perkahwinan anaknya, Siti Fatimah dengan Raisuddin diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah.

Permohonan faraq itu menghalang Raisuddin dan Siti Fatimah daripada menjalani kehidupan suami isteri.

-Mstar

Monday, September 7, 2009

Erra saman bekas rakan kongsi



Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan majlis pelancaran Sinar Lebaran yang diadakan di MayTower Hotel & Serviced Residences, Jalan Munshi Abdullah di ibu negara baru-baru ini, Erra meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap bekas rakan kongsinya yang pernah menjalankan usaha sama dengannya menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit berjenama Ferra Kosmo Look.

Menurut Erra, apa yang membuatkan dirinya tak puas hati adalah biarpun sudah lebih setahun dia menarik diri daripada kolaborasi itu, sehingga kini namanya masih lagi dipergunakan syarikat berkenaan.

"Bayangkan selepas lebih setahun Erra menarik diri, nama Erra masih lagi digunakan untuk produk itu. Dan apa yang membuatkan Erra marah adalah setiap kali mereka membuat masalah, kebanyakan pelanggan merujuk hal itu kepada Erra, walhal Erra sudah tak ada kena-mengena dengan produk itu. Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh menyebabkan nama dan reputasi Erra menjadi buruk.

"Justeru, selepas berfikir masak-masak dan tidak mahu mereka mempergunakan nama Erra untuk kepentingan peribadi mereka, Erra akan melantik seorang peguam untuk menyiasat perkara ini. Dan jika didapati mereka memang sengaja mahu menjatuhkan reputasi Erra dengan cara begitu, Erra tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," cerita Erra sambil ditemani suami tersayang, Engku Emran di sisinya.

Jelas penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini, sehingga kini dia sendiri agak kabur dengan statusnya. Apakah permohonannya untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi itu diluluskan atau sebaliknya?

"Sudah lebih setahun Erra menghantar surat permohonan itu, tetapi sehingga kini, Erra belum mendapat hitam putih mengenainya. Apa yang Erra tahu, selepas Erra menarik diri, Erra dapati produk itu masih lagi dijual dan namanya tidak ditukar. Masih lagi menggunakan jenama Ferra Kosmo Look.

"Sebab utama Erra menarik diri menjadi rakan kongsi kerana Erra sudah dapat merasakan bagai ada yang tak kena terutama dari segi pengurusan kewangan. Malah bayaran yang Erra terima juga tidak seperti yang dijanjikan. Ditambah dengan dibebani pelbagai masalah lain membuatkan Erra mengambil keputusan untuk angkat kaki. Lagi pun, sejak ketiadaan pengurus Erra, Syed, lagilah perniagaan ini menjadi tidak tentu hala," kata ibu kepada Engku Aleesya.

Pun begitu, tegas Erra apabila dia meluahkan perasaan tidak puas hatinya itu kepada media, itu bukanlah bermakna dia mahu mencari gaduh. Sebaliknya dia sekadar mahu membersihkan namanya yang sudah pun tercemar.

"Masa Erra minta dilepaskan itu, Erra tak minta pun sebarang ganti rugi daripada mereka. Erra tak mahu duit mereka. Apa yang Erra harapkan adalah mereka tidak lagi menggunakan nama Erra untuk produk itu. Erra tidak mahu teru -menerus dibebankan dengan masalah yang mereka hadapi,"

- Forum Cari

Baguslah kalau Erra saman je bekas rakan kongsi yang masih gunakan nama.. Nanti reputasi terjejas susah .

Saturday, September 5, 2009

Bibir Winnie Kok asli



AKu rasa Winnie Kok antara beberapa kerat artis bukan berbangsa Melayu yang berani menyanyi lagu Melayu...
Beberapa ketika dulu beliau dikaitkan dengan penggunaan botok pada bibirnya dan ini jawapan beliau dalam MStar..


"SAYA tidak pernah memakai botoks! Ini bibir asli saya," kata penyanyi Winnie K atau nama sebenarnya Winnie Kok Mui Kuan menepis tohmahan di satu laman Internet bahawa dia memakai botoks untuk mendapatkan bibir gebu.

Sambil mempamerkan bibir kecilnya dan barisan giginya yang tersusun kemas dan rapat, Winnie K berkata, dia tidak mungkin memakai botoks untuk mendapatkan bibir seksi seperti selebriti Hollywood, Angelina Jolie.

"Tidak mungkin. Cuba tengok bibir kecil asli saya ini. Saya tidak sempat memakai gincu hari ini," kata Winnie yang ditemui sejurus selesai segmen 'Selebriti Room Istimewa Merdeka @ Suria FM Breakfast Show', semalam.

Jadi harap2 penjelasan tu takdelah lagi kontroversi murahan buatnya..

Thursday, September 3, 2009

Eja selamat melahirkan anak

Pelakon versatil Eja dah melahirkan anak..

PETALING JAYA: Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.69kg dan setinggi 47cm pada 1.36p.m. hari ini, tiga minggu lebih awal.

"Kedua-dua Eja dan bayi berada dalam keadaan sihat," kata suaminya Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49 menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Aktres jelita tersebut sebelum ini tidak pernah mengiyakan mahupun menidakkan tentang statusnya.

Hakikatnya, Eja telah berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu.

Eja hanya mengaku dirinya sudah berkahwin apabila kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.

- Mstar

Aku respek dengan Eja sebab boleh sorok perkahwinannya dalam tempoh lama tu.. Dengan kehadiran anak harap dapat memberi sinar dalam hidup..

Tuesday, September 1, 2009

Adibah Noor angin dengan blogger

Adibah Noor naik angin bila ibu bapa dicaci

Oleh AU YEONG HOW


HIBURAN
Selasa September 1, 2009
Adibah Noor naik angin bila ibu bapa dicaci

Oleh AU YEONG HOW

Adibah Noor sebagai Cikgu Adibah dalam filem "Talentime".

SEBELUM ini, artis terkenal versatil Adibah Noor tidak ambil kisah tentang cacian dan maki-hamun daripada orang yang tidak dikenali mahupun mereka yang dikenali.

Adibah beranggapan itu adalah harga yang perlu dibayar oleh seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan lain-lain.

Bagaimanapun, kesabarannya teruji apabila ibu bapanya turut menjadi mangsa cacian menerusi komen sebuah laman blog baru-baru ini.

Semuanya gara-gara Adibah terlibat dalam program realiti Mentor terbitan TV3. Dia merupakan mentor kepada protegenya, Thye.

Bila kesabaran teruji, Adibah telah bersemuka dengan pengendali blog tersebut dalam satu programnya.

"Saya berani pergi menghentam dia sebab tak puas dengan pelbagai perkara yang dikendalikan dalam blog dia. Mungkin kerana kita ini berani tentang dia...dan dia jadi sakit hatilah.," katanya ketika menghadiri rakaman khas 'Mentor Raya' di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Khamis lalu (27 Ogos 2009).

Menurut Adibah, apabila hati blogger itu menjadi sakit, benda itu menular menjadi barah. "Ia perlu dirawat secepat mungkin sebelum ia menjadi mudarat yang hancurkan diri sendiri," katanya.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 2006 (kategori balada) menerusi album 'Terlalu Istimewa' ini memberitahu komen-komen tersebut meremukkan hatinya.

Walaupun dia hina saya, tak apa, tak kisah, tapi saya agak hampa dan kecewa seorang yang terpelajar macam dia boleh mengutuk sampai ke mak bapa saya.

"You bacakan blog itu? Sampaikan mak bapa saya diajarnya supaya tidak melahirkan anak-anak haram seperti saya. Itu perkataan dia, bukan perkataan saya. You baca, memang ada kat situ.

"Mula-mula dia suruh emak bapa saya ajar saya supaya tidak jadi kurang ajar. Lepas itu pula dia ajar emak bapa saya supaya .... tidak lahirkan anak-anak haram....macam saya," ujar Adibah yang berlakon dalam filem Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2007), Buli Balik dan Talentime (2009) arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Walaupun kesedihan terpendam di lubuk hatinya, Adibah tetap menyimpan sekelumit belas kasihan terhadap individu tersebut.

- Mstar..

Cerita ni rasanya ramai dah tau. Dan blogger tu pun rasanya korang semua dah tau kot.. Dan blogger terbabit yang terkenal dengan kontroversinya pun ramai tau.. Kalau tak tau cari le sendiri.. Aku tak nak promo blogger bengong tu,,

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung