Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, August 26, 2009

Putri Mardiana Zainal Abidin bercerai

Siapa dia Putri Mardiana ni?? Mesti banyak persoalan terpacul. Itulah terjadi pada aku bila baca suratkhabar Harian Metro .

HULU LANGAT: “Jodoh kami sampai di sini saja,” kata pelakon utama filem Santau, Putri Mardiana Zainal Abidin, 28, selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan talak dijatuhkan terhadapnya apabila wanita itu melanggar taklik dibuat suaminya.

Hakim Syarie Mohd Fazil Hasan @ Che Hassan mengesahkan jatuh satu talak terhadap Putri Mardiana, 28, selepas dia sendiri mengaku sengaja melanggar taklik dilafazkan suaminya, Shahnaz Norwawi, 32 (plaintif).

Pasangan itu bernikah pada 8 Mei 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara enam hingga tiga tahun.



Seram woo tengok gambar ni..



Putri Mardiana sebelum ini menjadi wakil tunggal negara dalam kategori lakonan Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat dan memenangi pingat emas.
- HMetro..

Kira hebat juga pernah menang pertandingan kat Hollywood sana... Tapi biasalah perjalanan hidup.. Makin bertambah artis janda kat persada seni ye..


Ops ada info menarik.. Sebelum berlakon dia ni penah jadi penjual nasi lemak.. Baca info kat Mstar ni

Suaminya bekerja sebagai jurutera mekanikal di Singapura sementara Mardiana pula berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan.

“Sebelum ini, saya menjual dalam 30 hingga 40 bungkus nasi lemak di pejabat-pejabat. Kiranya saya menyertai bidang lakonan ini bermula daripada ‘zero’.

“Saya memang tiada pengalaman dalam bidang lakonan teater dan sebagainya. Saya merupakan seorang suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.

“Saya dah lama pendamkan hasrat ini. Ikutkan dulu arwah ayah saya hendak menghantar saya belajar ke sekolah perfileman di New York tetapi tak sempat sebab dia meninggal dunia.

“Nampaknya Tuhan berikan rezeki itu sekarang,” kata Mardiana.

0 comments:

Blog Archive

Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung