Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Ada info terbaru pasal artis ?? emelkan ke kataegois @ gmail.com Hanya info yang bersesuaian sahaja dipaparkan

Featured Posts

Sunday, July 8, 2012

Buka lembaran baru: Anzalna

Lama gile aku tak update blog ni.. Aku bz dan banyak tulis kat http://celebtrending.blogspot.com. Tapi sesekali tulis balik la kan..
BUKAN niatnya memburukkan mana-mana pihak, apatah lagi mencipta permusuhan. Namun, segalanya sudah pun berlaku dan tidak ada apa lagi yang perlu dikesalkan. Justeru apabila diberi peluang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, yang diaturkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Isnin lalu, Nur Anzalna Nasir, 24, bersetuju menamatkan persengketaan yang berlaku. Biarpun ada pihak mempertikaikan permohonan maaf yang kelihatan seperti lakonan semata-mata, namun empunya diri menegaskan, dia ikhlas memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu. “Ingin saya tegaskan, saya ikhlas memohon maaf kepada dia (Neelofa) dan kalau diikutkan budaya kita, memang kita perlu bersalaman setelah memohon maaf dengan pihak satu lagi. Tapi tak kan kita nak paksa orang (untuk bersalam dan bergambar). “Selepas tamat sidang media tempoh hari, saya terus keluar bukan kerana larikan diri, tetapi pihak Seniman tarik saya keluar. Kebetulan saya perlu ke set penggambaran di Shah Alam. Jadi, saya turutkan saja untuk terus pulang. Kemudian, sebelah malam pula, saya bertolak ke Terengganu kerana ada penggambaran. “Kalau boleh, saya tidak mahu lagi bercakap tentang perkara ini, bimbang nanti ada yang menyalah erti permohonan maaf saya. Apa yang penting ia sudah selesai dan saya tidak perlu sakit kepala memikirkan perkara ini,” jelasnya kepada Zass. Anzalna berkata, industri seni di Malaysia tidak sebesar mana dan tidak mustahil suatu hari nanti akan ada pihak yang inginkan mereka bekerjasama. Oleh sebab itulah, Anzalna tidak kisah untuk beralah. Biarpun sesetengah pihak menuding jari kepadanya dan menganggap Anzalna sebagai pencetus perseteruan ini, namun Anzalna mengakui tidak sedikit pun patah semangat dengan tuduhan tersebut. “Saya akui apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri, jadi, nak atau tidak, saya kena hadapi. Peristiwa ini adalah dugaan paling besar buat saya. Apa yang penting kini saya mahu membuka lembaran baru. Saya tidak mahu orang kenal saya sebagai artis kontroversi. Saya ikhlas memasuki industri ini untuk cari rezeki dan berada di lapangan yang amat saya minati. “Alhamdulillah, walaupun ada yang membenci, tapi masih ada peminat yang terus beri sokongan. Ia membuatkan saya lagi rasa bersemangat,” katanya. Akui ketagih Berkongsi tentang perjalanan karier seninya, Anzalna berkata, dia baru selesai jalani penggambaran telemovie Aku Janda Belum Kaya dan klip video band dari Indonesia, Beleza untuk runut bunyi filem Tyickoouns. Anzalna juga bakal menjalani penggambaran sebuah drama episod untuk TV9 bersama Tasha Shila. Selain itu, filem pertamanya, Sepah The Movie akan menemui penonton pada 29 November depan. “Saya bersyukur kerana menjelang Ramadan ini, tawaran yang dapat kepada saya makin banyak dan saya terpaksa tolak kerana takut tidak dapat membahagikan masa. Jadi, saya hanya akan terlibat dengan dua projek sahaja sehingga Aidilfitri nanti. “Bila difikirkan balik, saya rasa lucu pun ada kerana dulu saya lambat menjebakkan diri dalam bidang lakonan. “Kini, saya jadi ketagih pula dan bila tiada penggambaran, saya rasa bosan dan tidak sabar untuk kembali ke lokasi penggambaran,” katanya. Jaja teman lelaki? BUKAN sekadar kariernya menjadi perhatian, kisah percintaannya dengan jejaka bernama Hanif juga turut terselit dalam perbualan antara penulis dan Anzalna. Lebih-lebih lagi apabila Anzalna kini kerap membawa teman lelakinya itu ke majlis-majlis hiburan. Tatkala ditanya adakah teman lelakinya itu kuat cemburu kerana sering mengikutnya, Anzalna tidak mengia mahu pun menafikan. “Saya tidak suka menipu dan bersikap hipokrit. Saya bawa dia (Hanif) bukan kerana saya nak tayang teman lelaki, sebaliknya selain teman lelaki, dia juga adalah pengurus saya. Saya tidak pandai memandu jadi dia banyak bantu melancarkan jadual seni saya. “Bagi saya, jika pasangan kita cemburu, ia sesuatu yang normal. Lagi pun orang selalu berkata, cemburu itu tandanya sayang (ketawa),” katanya yang menyasarkan untuk berkahwin sebelum berusia 26 tahun. - Sinar Harian Ah.. dah ada pakwe dia ni.. Cancel nak ngoratla

Wednesday, June 13, 2012

Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah

PETALING JAYA: Pelakon Neelofa, 23, melalui peguamnya telah mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, terdapat sembilan perkara fitnah yang telah dilemparkan dalam artikel itu dan Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya. "Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar. "Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya. Saya harap dia memberikan kerjasama, " tegas Neelofa pada sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel One World, di sini, Rabu. Neelofa telah melantik dua peguam iaitu Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak daripada firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk mengeluarkan notis tuntutan tersebut yang telah pun dihantar kepada Anzalna pada Rabu. Pelakon tersebut diberi tempoh seminggu untuk menjawab notis berkenaan. Tambah Neelofa, tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang. "Selepas kenyataannya keluar, saya terus menemui peguam untuk mendapatkan nasihat. "Dan sebagai permulaan, saya mengambil tindakan ringan dengan cara formal terhadapnya agar masalah dapat diselesaikan dengan mudah. "Andai kata dia enggan bekerjasama, saya akan memberi dia dua pilihan lagi untuk tindakan yang seterusnya," tegas Neelofa. Pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010. Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati. Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu. -MStar...

Thursday, June 7, 2012

Syamsul komen babak maki imam

FILEM sentuhan Syamsul Yusof kebanyakannya tergolong dalam genre aksi kecuali filem seram Khurafat. Terbaharu, Syamsul muncul dengan filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, 7 Jun. Masih mengekalkan elemen pelesit rempit yang menjadi teladan kepada masalah sosial dalam sekuel pertama filem itu, menerusi sekuel kedua ini, Syamsul menyuntik elemen islamik dan juga komedi. Mempertaruhkan bakat Nabila Huda, Salina Saibi, Zizan Razak, Sofi Jikan dan juga Syamsul sendiri selaku pengarah dan pelakon, sekuel filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu menelan kos sebanyak RM2.1 juta itu mengundang kontroversi kerana terdapat babak menghina imam masjid yang berlaku di depan masjid. Bukan itu sahaja, kehadiran watak antagonis, Keting lakonan berkesan oleh Sofi serta komedi bersahaja oleh Zizan berjaya menghangatkan filem tersebut tetapi kerana kelantangan watak mereka berdua secara tidak langsung telah mendominasi watak-watak utama yang lain. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Syamsul baru-baru ini. Kosmo!: Apakah yang menyebabkan Syamsul berani untuk tampil dengan sekuel filem Jalan Kembali: Bohsia 2? SYAMSUL: Filem Jalan Kembali: Bohsia 2 merupakan filem kritikan sosial, melihat kepada sambutan sekuel pertama dan juga selepas meneliti selera penonton yang gemarkan filem aksi, drama serta komedi saya yakin filem ini boleh diterima oleh penonton. Masih relevankah filem mengenai bohsia pada masa kini? Bagi saya masih relevan kerana setiap gejala sosial yang dipaparkan dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 masih berlaku dan sedang berlaku. Saya harap menerusi filem ini, selain berhibur dapat memberi kesedaran kepada mereka yang menontonnya. Babak Keting (lakonan Sofi Jikan) menghina seorang imam di hadapan masjid dilihat seolah-olah menghina agama Islam. Syamsul sedar atau tidak sensitiviti masyarakat sebelum melakukan babak itu? Saya sedar sensitiviti masyarakat tetapi babak itu merupakan pilihan terbaik untuk menggambarkan betapa jauh terpesongnya watak Keting itu apabila dia hanyut dalam dunianya sendiri. Babak itu dibikin bukan untuk cipta kontroversi tetapi memberi gambaran sebenar serta menyuntik kesedaran. Sofi pun sebenarnya menasihatkan saya supaya lembutkan sedikit babak itu kerana dia bimbang, tetapi selepas diterangkan maksud di sebalik babak itu dia akhirnya bersetuju melakonkannya. Meskipun Jalan Kembali: Bohsia 2 diterajui oleh lima orang pelakon tetapi watak lakonan Sofi dan Zizan lebih menonjol serta menjadi daya penarik di dalam filem ini. Komen Syamsul? Zizan dan Sofi Jikan, memang pelakon yang bagus kerana itu saya memilih mereka untuk memberi nafas baharu dalam sekuel Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ini. Saya sebenarnya mengawal mutu lakonan mereka supaya seimbang dengan watak yang lain tetapi terpulang kepada penonton jika mereka melihat watak Sofi dan Zizan yang lebih cemerlang. Apakah cabaran dalam menghasilkan filem ini? Saya menulis skrip, mengarah dan berlakon secara serentak tetapi cabaran utamanya ialah menghasilkan skrip yang menarik perhatian penonton. Melihat hasilnya saya cukup berpuas hati, saya amat berharap Jalan Kembali: Bohsia 2 mendapat tempat di hati peminat filem tempatan. - Kosmo

Amir (Raja Lawak) Tidak Segan Hidup Sederhana

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Amir (Raja Lawak) tidak pernah berasa segan dengan kehidupan sederhana yang dilaluinya kerana menyedari kedudukannya sebagai artis baru yang belum stabil dalam industri hiburan. Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23, berkata dia tidak perlu bersikap hipokrit atau menyembunyikan taraf kehidupannya yang sebenarnya hanya kerana dia seorang selebriti. “Saya selesa dengan taraf kehidupan pada hari ini. Selepas tiga tahun bergelar artis banyak perubahan yang dapat saya berikan kepada keluarga di kampung (Kelantan). “Kini, saya sudah mampu memiliki motosikal sendiri hasil duit lakonan dan tidak malu untuk mengakuinya. Walaupun tidak mewah tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang ada,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Bekas pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim ketiga itu berkata, dia bersyukur dengan perkembangan positif terhadap populariti dirinya kebelakangan ini. “Pembabitan saya sebagai pengulas program Super Spontan memberikan impak positif pada populariti, di mana orang ramai mula memberikan perhatian dan reaksi terhadap saya di laman-laman sosial. “Alhamdulillah, saya semakin dikenali dan diterima ramai berbanding ketika awal pembabitan dulu. Ini adalah rezeki saya, kalau tidak gah mana pun asalkan tawaran kerja konsisten, ia sudah satu rahmat bagi,” katanya. Mengenai perkembangan terbaru, Amir berkata selepas Super Spontan melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu, dia akan muncul pula dalam program bual bicara bersama Johan (Raja Lawak) iaitu Acaner Tu Johan tidak lama lagi. “Saya sedang terlibat dengan penggambaran drama sebanyak 13 episod iaitu Inspektor Ku Sayang di Kota Bharu, Kelantan. “Selepas ini, saya akan muncul sebagai pengacara sampingan (sidekick) kepada Johan untuk program bual bicaranya berjudul Acaner Tu Johan sebanyak 13 episod di Astro Warna,” katanya. Pemuda yang terkenal dengan istilah I'm sorry ini bakal muncul dalam beberapa filem termasuk Hantu Air, Hantu Bukit Cina dan Sebelum Subuh pada tahun depan. - MStar
Ala banyak ni pengunjung je online sekarang ni.. Apakata sebarkan blog ni kat kawan-kawan lain...

Statistik Pengunjung